بسم الله الرحمن الرحيم
sebelum tamatnya 2022, sebab aku ni sejenis perap cerita. kadang, cerita 2 tahun lepas pun pergi up. muehehe.
setelah 2 tahun menunggu, rasanya ni konvo paling lama nak tunggu. diploma dulu cuma setahun je, degree ni makan masa selama 2 tahun disebabkan pandemik covid-19. kawan yang habis belajar terus kahwin pun dah ada seorang anak. belum lagi yang datang bersama suami. tak kurang juga yang masih single.
aku cuma dapat rasakan konvo aku ni tak berapa best. bapa pula sudah berusia warga emas. yang temankan bapa cuma abang sorang. adik beradik lain masing-masing busy dengan life. kebetulan sidang waktu tu waktu bekerja, takkan semata nak amik cuti attend adik konvo kot.
masa aku sibuk duduk dalam dewan, aku dapat panggilan dari polis bantuan. katanya bapa duduk sorang-sorang. phone bapa masa tu takda kredit nak call abang atau aku. bapa dah terpisah dengan abang dalam kalayak ramai orang yang berpusu-pusu. tersangat la ramai orang! dalam dewan aku dah resah. risau dengan keadaan bapa. lagi-lagi dengan kakinya yang belum baik dari bengkak air akibat terseliuh. keluar dari dewan, kawan-kawan lain bergambar. aku mula mencari bapa sebab terlampau risau. jadi aku tak ada banyak gambar dengan kawan-kawan. apatah lagi gambar diriku seorang. ah sedihnya!
keluar dari dewan memang nak dekat waktu asar, aku pulak belum makan tengah hari lagi. dapat je jumpa bapa, terus aku bawa pergi makan dengan abang. abang pula dia datang naik motor. ada hikmah juga la dia datang naik motor. dia ambil cuti half-day je. so dia bawa bapa dari tempat parking yang nun jauh tu ke dewan. waktu tu UiTM memang tengah sesak walaupun musim cuti semester. aku tak dapat bayangkan kalau budak-budak dah masuk semester baru. mesti double jem dalam UiTM ni.
selesai makan dan berpisah dengan abang, terus pergi solat asar. lepas solat asar aku ajak bapa masuk UiTM semula sebab aku belum lagi pulangkan robe. sijil pun tak amik lagi. sempat la bergambar dengan bapa berdua ditemani dengan Adah (cousin) terima kasih sanggup datang lepas habis kerja. sobs.
ya.. tahniah untuk diriku.. anda berjaya juga dapatkan sekeping sijil ijazah sarjana muda walaupun sambung lambat. bila aku buat appreciation post dekat facebook tu, ada je jari gatal yang komen suruh sambung master. termasuk la cikgu sekolah menengah. sabar je la 😂
tiket masuk untuk parents. takda tiket ni tak boleh masuk dewan dan perlu memakai pakaian mengikut protokol yang ditetapkan |
dah la tengah musim covid dalam keadaan berjaga-jaga. perghh belakang pentas takda lansung penjarakkan. dengan suasa panas dan sempit. makeup masing-masing cair 😆 |
bukan usha pakwe, sekadar amaze dengan photographer punya attire |
sempat bergambar dan berkumpul sebelum dewan digelapkan. nak suruh graduan keluar dewan cepat-cepat, dengki sangat. |
bergambar dengan lecture. sebenarnya aku bergambar dengan budak kelas lain. tapi lantak la asal ada. |
MyLittleNote:: jadi emosi pula entri ni. haha.. jya mata ne!
Tahniah
ReplyDeleteterima kasih :)
DeleteTahniah!
ReplyDeleteAduh saya bacapun rasa serabut. Kasihan abah Hanamiko waktu seorang. Harap kaki sudah sembuh ketika ini.
terima kasih :)
Deletehaha, saya dah betulkan balik supaya tidak serabut susunan gambar dan cerita.
Alhamdulillah! Tahniah dik 👏🏽💐
ReplyDeleteAkak pun ada momen yang dikira tak best sewaktu konvo. Tapi takpe, kita fokus pada momen kejayaan yang telah capai.
Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat bapa.
terima kasih kak ujie! walaupun macam taknak cerita, tapi cerita la juga buat kenanagan walaupun pahit. hehe
DeleteYa cerita je, sebagai satu catatan hidup kita. Ada pahit manis, itulah namanya hidup.
DeleteTahniah dik...seronok tengok student grad ni...
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah dik...
ReplyDeletetahniah kerana sudah genggam ijazah...tidak semua ada peluang untuk berbuat demikian
ReplyDelete