بسم الله الرحمن الرحيم
hai, sekarang pun nak penghabisan bulan sebelas. bagaimanakah keadaan 2022 saya dan anda? setakat ni segala checklist belum lagi tercapai. walaupun takda dalam list, but still tercapai dan rezeki tanpa diduga. checklist paling penting ni haa, aku janji nak rajin update blog. tahu-tahu semua kelaut 😤 dah karam agaknya.
kalau boleh la kan, aku nak aktif dalam dunia blog. taknak rajin sangat melayan sosial media. tapi tu la, dah kerja pun kena hadap sosial media. tu yang hari-hari duk hadap phone tengok life manusia dan kawan-kawan serta nak follow up trend terkini untuk gain customer dan viewers. lagi-lagi zaman sekarang TikTok jadi aplikasi yang hangat digunakan. mana taknya, video lawak banyak dekat situ, tips, suggestion dan lain-lain lagi. tengok video TikTok boleh jadi penghibur jiwa dan raga. tengah mood sedih, buka je TikTok terus gelak tak ingat dunia. rakyat Malaysia tu kadang tak pernah serius.
nak buat recap 2022 macam melampau sangat sebab belum masuk hujung tahun, takpa la kita story apa yang seronok je.
📅 awal bulan november aku masih lagi sibuk atas urusan kerja, urusan dari hujung bulan september sampai la awal bulan ni
SPRM ada bajet lebih kot siap ada tali landyard special. sebelum ni biasa je |
📅 dapat jadi ejen tempat menggundi buat kali kedua juga pengundi untuk kali kedua. sebenarnya masa jadi ejen buat kali pertama tu aku kena buat senyap-senyap sebab masa tu masih lagi seorang pelajar. tak ke naya kalau terkantoi. masa jaga saluran, ia juga merupakan kelas sewaktu aku darjah 5 dulu. ahh lama betul. kenangan mengusik jiwa. pernah kena panggil duduk depan kelas sebab fail math. masa tu aku sorang je. pelik la budak pandai duduk kelas ke 2 boleh pulak fail math. mengamuk guru kelas aku masa tu. HAHA (ye, zaman dulu cikgu boleh mengamuk, zaman sekarang? ngamuk sikit kena panggil pihak atasan. lol)
📅 FIFA world cup berlansung seiringan dengan keputusan perdana menteri ke-10. masing-masing minggu ni mood tak molek. nahh, sekarang PM sudah diumumkan, public holiday pun sudah diberikan. mari la kita fokus pada FIFA. HAHA
📅 esok! 26 november, cousin aku nikah. ya, cousin pertama yang muda dari aku akan mulakan hidup baru. ye, betul la tu bila dah kira dengan jari. selama ni cousin yang tua dari aku yang mulakan hidup baru. yang muda-muda ni semua pakat ambil no giliran nak kawen. aku? HAHA gelak je la. dah la dalam siblings cuma aku sorang je yang belum kawen.
okay, itu saja. tebiat juga ye aku boleh update 2 entri dalam 1 hari. gituu balas dendam sebab dah lama biar blog ni sepi. nak pulak otak dan jari ni boleh pulak ligat ada idea. see ya!
MyLittleNote:: sekarang ni aku duk dengar playlist FIFA sound anthem songs. jya mata ne!
Tidak dapat elak kalau kena hadap media sosial.
ReplyDeleteSokong pasukan mana?
betul tu, sebab dah jadi tugas hakiki
Deleteasalnya sokong argentina.. tapi kalah masa awal2.. eh tak sangka masuk final dan juara. haha
Selamat melayan fifa world cup
ReplyDeleteterima kasih
Deletejadi ETM duduk dlm kelas, menggamit kenangan, bunyi loceng rehat, loceng balik...hehe...lagu2 world cup best2 semuanya..suka Dreamers & Arhbo..yg Qatar Airlines pun ok jg, lain2 kureng sikit..
ReplyDeletePeminat bola rupanya.
ReplyDeleteSeronok dapat pengalaman jadi ejen tempat mengundi.
Kerja as content creator ke tuuu?
ReplyDeleteSaya baru pestime mengundi tahun ni. Mana2 yg buat promo undi semua saya sapu hahaha. Ckp pasal fifa, tahun ni saya tk tgok langsung bola. Cuma suka fifa punya lagu tahun ni xD
Saya bak update yg pasal gambar hilang tu, still tak berjaya. Dah alihkan dah gambar dri email lama ke email baru (buat sharing album). Tpi dia still takdee
Deletewah..layan fifa juga..mana satu pasukan pilihan??
ReplyDelete