Monday, March 12, 2012

Wanita berperwatakan Lelaki

Nak tau tak kenapa aku buat entri macam ni tiba2... sebenarnya… aku nak tau lah pandangan korang terhadap wanita yang ganas, yang berjiwa lelaki dan berhati kewanitaan… emm… korang tau tak aku ni gadis alim yang brutal?? Emm… tak payah ambil tahu lah… bukan penting pun…(har3… tetiba pulak)

Ikuti kisah cerita ini… yang osem + kool… (eh! ikut gaya Inche Gabanna pulak dah)


Ada seorang gadis ini, yang ayu… yang sweet… yang kawaii… yang manis bak gula2 sekilogram dekat kedai runcit cik temah… tapi… perangai dia amat brutal… mengalahkan lelaki… jangan salah sangka… dia tetap tutup aurat sebagai tuntutan wanita islam… menutup auratnya dengan sempurna dan lengkap… siap dengan tudung labuh dan berstokin…

Sejak kecil, dia bersahabat dan amat rapat dengan abangnya… adik-beradik yang lain sibuk mengejar impian masing2… yang tinggal dirumah hanya dia dan abangnya sahaja… hanya bersama abangnya sahaja mereka bermain… main permainan budak2 lelaki… main bola sepak, panjat pokok, lumba basikal, main parit depan rumah, memancing, dan macam2 lagi permainan yang khas untuk budak2 lelaki… tapi dia juga main permainan budak2 perempuan… bersama anak2 jiran… mahu bermain dengan sepupunya… kesemuanya lelaki…

Apabila meningkat remaja, jiwanya seperti lelaki… tidak takut kepada cabaran… lebih suka kepada sukan ekstrem… dia lebih berani… perangai pun macam lelaki… bencikan sifat gedik seperti perempuan… bencikan sifat lemah… dia bencikan segala2nya yang menyebabkan dia menjadi lemah… malah dia lebih suka bersahabat bersama budak lelaki dari budak perempuan… katanya budak perempuan suka cerewet… memilih… penakut… dan macam2 lagi lah… satu hari, dia mengenali seorang rakan perempuan yang satu kepala dengannya… sama2 brutal… maka, terjalin satu persahabatan yang rapat sehinggakan rakannya itu berubah sejak berkapel… dia juga pernah terniat hendak menjadi lemah lembut… jalan dengan sopan santun… tapi semuanya tidak menjadi… dia tidak boleh! Noktah!! Dia juga pernah terdengar… jadilah diri kamu yang sebenar… berprinsipkan kata2 itu dia berdiri dengan sifat semula jadinya itu…

Tetapi, kadang2 terselah sifat kewanitaannya… sifat malu terhadap lelaki… sifat keibuan, apabila dia bekerja sebagai babysitter… serta sifat2 semula jadi sebagai muslimah solehah… jiwa sebagai lelaki tidak pernah berubah… dia juga pernah merasakan untuk menjadi pelindung terhadap kaum2 yang lemah… pernah juga dia terasa untuk melindungi ibu dan adik-beradik perempuannya… ada satu malam, dia bertukar menjadi singa betina apabila adik sepupunya hampir2 kena buli… pantang benar baginya jika ada pembuli yang membuli insan yang lemah…

Penampilan luarannya amat lah seperti lelaki… berambut pendek dan berpakaian seperti lelaki… katanya, memakai pakaian perempuan membuatkan dia rasa sesak dan sempit… memakai kemeja lengan panjang yang bersaiz XL walaupun berbadan S… lama-kelamaan… dia mula menyedari dirinya lemah… tidak sehebat seperti dulu… tidak sekuat seperti dahulu… tapi dia juga tetap menolong bapanya melakukan tugas2 sebagai seorang lelaki… kerana hanya dia seorang sahaja anak yang berada dirumah ketika itu… dalam kehidupannya, dia menjadikan khaulah al azwar sebagai idola… kerana dia bercita2 mahu melindungi golongan yang lemah… mahu menjadi sehebat khaulah al azwar…

Ehem2 … apa korang fikir?? Adakah dia seorang pengkid?? Atau tomboy?? Mintak pendapat kamu semua ek… J patutkah dia teruskan sifat dia atau dia harus berubah??

MyLittleNote :: isu2 semasa… yang akan aku kupaskan untuk entri akan datang J (tiba2 dapat rasakan aura peguam syariah XP… har3) kepada cik faseha jika terbaca entri ini… aku hanya mampu (^_^) V kacang pice~

Ayam berkokok di atas rumah,
Ilalliqa’ maassalamah…

7 comments:

  1. wahhh.. belum pengkid lagi rasanya selagi dia ada sifat kewanitaan tu kan cuma nak kata berubah tu biarlah dari diri sendiri kan.. kalau disebablan pengaruh lain takut tak kekal lama.. asalkan dia kuat... dia kan kuat =)

    ReplyDelete
  2. ai dulu agak tomboi cuma beza x der rambut pendek kawaii gituew....tapi khen biler dah masuk alam remaja perangai tue dah tinggal

    ReplyDelete
  3. cuba die ubah sikit supaya nmpk keperempuanan die.. takot nnti org slh anggap n kate die tu tomboy laa.. hehe :)

    ReplyDelete
  4. Salam Hanamiko,

    kak Ros rasa tak kisah lah macam mana pun.. asalkan jiwanya tetap masih seorang wanita....tapi kalau dia boleh berubah menjadi lemah lembut sikit tu.... lagi la bagus kan....

    ReplyDelete
  5. hisy ubah sikit perangai tu... nanti tak de calon suami kang... XD

    ReplyDelete
  6. Macam mana nak tahu dia masih punya naluri keperempuanan?

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.