Thursday, March 22, 2012

Kem Form 4...

Syukur Alhamdulillah… aku antara insan yang terpilih untuk menjadi urusetia bagi satu program bagi pelajar2 tingkatan 4… mula2 aku fikir kena jadi fasilator… err, serious aku tak pandai nak cover budak2… nanti aku jadi gemuruh… oh! Lupa nak bagi tau, aku dan Nur Sakinah yang jadi urusetia… tempat dekat sekolah lama kami… semestinya sekolah kebanggaan kami iaitu SAM Nurul Iman… fuhhh! Memang seronok masuk sekolah balik… jumpa adik2 junior yang rindukan kami… dan sebaliknya…


Jadi, tugas aku sebagai urusetia hanyalah mengurus apa yang patut… tolong2 ke… tapi, tugasan yang berat untuk kami ialah mengurus game outdoor untuk peserta… bukan aku nak bangga… syukur kepada Allah yang telah memberikan aku beribu2 idea yang tak boleh dipakai… sebab idea aku semua mengarut… hahaha… aku adalah ratu mengarut… =P adalah juga idea aku yang boleh dipakai… kalau tak mesti dah kena lempang bertalu2 dengan Nur Sakinah… hahaha…

adik2 form 4 yang happy dengan
aktiviti yang kitaorang buat

Malam tu ada aktiviti camp fire… ceh,, aku tipu je… hahaha… sebenarnya aktiviti untuk mentarbiyah budak2… iaitu panas berapi… hohoho… mula2 aku tengok tentatif program, perut dah kecut… otak aku dah terbayangkan api neraka… Ya Allah, aku betul2 takut masa tu… takut tercampak ke api neraka… time tu, semua keadaan menjadi tegang… fasilator semua menjadi garang… siapa yang couple, siapa yang tinggal solat, siapa yang kurang ajar dengan guru dan ibu bapa, dan banyak lagi lah pengakuan yang mereka(peserta) kena jawab… elok lah juga diorang kena hadap unggun api yang besar… time aku dulu, kena menghadap kubur malam2 seorang diri tau… tak boleh tutup mata… suruh pandang je kubur tu… adakah korang rasa seram?? Hehehe… tapi aku bukan insan terpilih untuk menghadap kubur itu… yang terpilih dikalangan budak2 lelaki… tu siapa yang berani saja yang ditawarkan… aku pun nak juga… yela, sekurang-kurangnya nak memantapkan iman aku ^-^ (boleh caya ke aku ni… baru sampai dah menangis meleleh air mata… hahaha)

aktiviti malam... serius... gambar buruk ngeh3
Esoknya… semua fasilator menceritakan pengalaman mereka semasa mereka study di Mesir… banyak betul sejarah islam di Mesir… lagi2 ada makam imam kita… iaitu imam Syafiee… tujuannya supaya budak2 form 4 tu nanti semangat dengan SMA…  ganbatte minna-san ^-^ semoga korang semua tunaikan janji korang untuk berubah… menjadi muslim dan muslimah yang soleh dan solehah ^-^

Kesimpulannya, (ceh… macam karangan pulak..) aku banyak sangat dapat ilmu… walaupun aku hanya urusetia… ilmu boleh dituntut dimana-mana saja… kan3 J

sekolah terchenta...


Orang yang belajar bahasa arab dan faham bahasa arab… apabila membaca Al-Quran ibarat membaca surat cinta dari Allah J


MyLittleNote :: jumaat dan sabtu aku jadi fasilator... err... terpaksa tinggalkan saudara2 yang sedang bertungkus lumus buat kenduri kahwin... dekat sebelah rumah pulak tu... sebab aku sayangkan adik2 junior lillahitaala... aku sanggup buat apa saja untuk mereka ( ^-^ )

9 comments:

  1. Besy jugak....

    ha..ha..ha.. "ada yang rindu dan SEBALIKNYA"..

    ReplyDelete
  2. eh uols punya result oke ker
    future study mana nnt??
    nihon maybe ngeee
    sorry off topic plak ngeee

    ReplyDelete
  3. ahaa.. belajar ni bknnya time dalam kelas je.. tp hakikatnya setiap masa pun kita belajar.. ahaa sebut pasal skolah dah lama tak gi elawat cikgu2 kt skolah.. junior yg lapis skrg ni mmg xkenal la.. actually nk sgt join program2 yg dianjurkan oleh alumni utk adik2 junior kt skolah tp tiap kali ade program mesti miss sbb tak cuti and xde kt mesia.. insyaAllah one day akan joi jgak buat program utk adk2 junior.. =) teruskan usaha anda tu ya

    ReplyDelete
  4. ade campfire ? bestt nyee :)

    ReplyDelete
  5. @☆*♥L@dy @yU♥*☆
    hahaha... akak ni
    nak jugak future study kat nihon..
    memang negara idaman kalbu ^_^
    result spm??
    okey je... tak ada yang gagal... alhamdulillah...
    lebih baik dari result trial.. ^^

    ReplyDelete
  6. best2 jadi fasi kan... tahniah dgn keputusan yg dpt.. =)

    ReplyDelete
  7. biasanya idea gila2 tu la yang terbest.

    ReplyDelete
  8. seronok jadi fasi... tapi malangnya tiada pengalaman :(

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.