Friday, November 4, 2016

Forum: Laman Sosial

bismillahirrahmanirrahim

pernah tak dengar perkataan forum. ya, bukan forum macam hal ehwal islam dalam tv1. bukan juga macam forum yang kita join atau lihat dipertandingan sekolah. yang saya ingin ceritakan ini berkaitan forum dilaman sosial. cara permainan lebih kurang macam forum-forum secara lisan yang kita biasa lihat. ini forum yang kita guna sebagai keyboard warrior. yela, zaman dulu mana dipanggil keyboard warrior. keyboard warrior untuk forum ni tak perlu nak tunjuk siapa diri kita yang sebenar. siap boleh menyamar lagi tu. tak tahu la rakyat Malaysia zaman sekarang ni masih lagi main forum tu. 

cara permainannya bila kita buat satu forum, bertanyakan soalan atau berbincang sesama ahli forum tentang pendapat masing-masing. as a stranger. kita tak kenal pun dengan siapa kita berbicara tu. kalau ada masalah pun boleh berbincang disitu. dulu aku join satu laman ni, yang pasti kena buat akaun dulu baru boleh menyelit untuk meluahkan atau memberi pendapat. laman yang aku join ni namanya I Luv Islam. Seha yang ajar aku cara guna ni. waktu tu tingkatan berapa tak ingat. dimana hangat dengan khabar risalah I Luv Islam. memang best guna forum tu. aku ada tanya tentang pendapat mengenai akidah, ibadah serta berkongsi ilmu yang lain. dapat juga berkenalan dengan kawan-kawan yang lain even tak pernah jumpa. dan satu hari tu aku melupakan I Luv Islam ni. kenapa ntah.


dulu ianya dikenali sebagai iluvislam.com, sekarang ni bertukar menjadi iluvislam.my
(baru aku perasan sekarang, alamak)

dan semalam aku tengok drama korea yang Song Ji Hyo berlakon. drama terbaru dia. suami dia buat forum. dan kebetulan hari ni aku terbuka forum tentang manga dan anime. wujud juga rupanya permainan forum ni. ingatkan dah lapuk dek zaman akibat kemajuaan laman sosial yang baru. 

ada juga jenis forum yang ikut pengkelasan. zaman tak matangnya aku dulu boleh pulak ter-join Sekolah Sri Bangsar. sekolah yang tak wujud dialam nyata yang diwujudkan oleh penulis buku remaja terkenal. Ain Maisara. Sekolah Sri Bangsar ala ala sekolah swasta yang wujud dilaman internet. but I'm not sure kalau sekolah tu masih wujud lagi atau tidak. tapi bila kita mula mendaftar, kita dikategorikan sebagai pelajar baru dan masuk semester 1. gitu.


yang ini namanya kiss community. nampak perkataan kiss ni nampak sangat aku salah satu pengguna KissAsian.com XD sebab suka tengok drama jepun macam ni lah jadinya. haha. kiss community yang aku perhatikan ni dia ikut pengkelasan macam Sekolah Sri Bangsar. baru daftar dah jadi pelajar semester 1. jadi kalau nak acah-acah sekolah jepun meh join sini. siap ada kelab mana kita boleh join.

tapi banyak-banyak laman sosial, laman sosial yang ada forum yang best sebab kita dapat jumpa dengan kawan-kawan dimerata dunia. boleh berbincang tentang minat apa saja yang kita boleh bincang. janji benda tu baik dan bukan memudaratkan diri. jangan sesekali cari jodoh pulak kat situ. konon nak cari jodoh orang korea lettew. hahaha.

yang PENTING! forum ni ada rules. siapa mencarut atau timbulkan topic yang harem lagi jadah tu memang akan diblacklist. admin akan buang kau terus dari jadi ahli forum. so kena berjaga-jaga. tak boleh mencarut. tettttttttt.

MyLittleNote: kalau ada info yang tak lengkap sila beri komen dan pandangan. nanti I akan buat segment yang ke 2 ^_~ jya mata!

oh ya, siapa pernah main forum ni kita geng. hoho

4 comments:

  1. Nanti saya baca.
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. dulu2 salu layan i luv islam page ni.. tapi sekarang hmm... macam tulah

    ReplyDelete
  3. BV suka jugak join forum2 macam nie.
    tapi kat disqus akaun je la. :D
    dari situ, macam2 jenis forum ada XD

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.