Wednesday, August 29, 2012

Usiaku 2 tahun...

alhamdulillah. sudah 2 tahun aku be'rumah tangga' dengan blog Hanamiko Sakura. err... garu kepala. jika dilihat di Blog Archive, start tahun 2011. apa pasal jadi 2 tahun?

sebenarnya. aku mula kenal-kenalan, beramah mesra dengan dunia blog pada tahun 2011. kerana ketika blog ini ditubuhkan. memang aku satu haram tak tahu langsung berkaitan dengan blog. just suka-suki buat blog tengok orang lain buat blog. akak-akak senior dekat sekolah punyalah beria memberitahu url blog mereka. sahabat terchenta Nur Sakinah, antara blogger yang membimbing aku cara-cara berbloging. (serius blur waktu itu) dan yang membimbing aku blog Hanamiko Sakura ditubuhkan ialah kezen terchenta. (dia merupakan seorang blogger juga. tapi blog dia nampak pelik. oleh sebab aku tak nak bagi korang pening tengok blog dia. so, aku tak nak bagi link :P) 

aku mula berjinak dengan blog di awal tahun 2011. waktu itu, aku hanya merapu meraban seorang diri. (yela, masa tu belum jadi peymes. ecehhh!) terjumpa pulak blog akak senior sekolah dulu. secara tidak rasmi, aku jadi pembaca tegar blog beliau. (secara silent reader) serius, aku tak tahu pun dan tak reti komen-mengomen. kerana aku lebih suka menjadi silent reader. :) sehinggalah aku menjumpai satu blog biru yang chantek molek. iaitu blogger kak Hanis :) cuba scroll cari top commentators. malas ek? takpe. ku berusaha untuk memaparkannya XD


beliau lah antara blogger pertama yang aku kenal. asal blogwalking. blog beliau tidak pernah ku lupa. terima kasih kak Hanis. arigatou-arigatou *sambil terangguk-angguk gaya orang jepun* XD. teringat lagi ketika waktu itu beliau memberi tutor agar word notification dibuang. memang aku tak tahu menahu kewujudan word notification itu. sadis. oleh sebab aku minat gila dengan negara matahari terbit itu. ku mula mengenali blogger-blogger yang tinggal di sana. antaranya kak Ayu dan kak Fatin :) dan ramai lagi lah.

tiba-tiba, teringat entri pertama yang cuba ku post. ada ke patut perginya post enrti game. hahaha! game spongebob masak crabby patties pulak tu. dah tu, game tu tak boleh buat main. last-last aku buang. background blog warna hitam bercorakan warna purple. header pic anime. ish ish ish *geleng kepala* 

back to title. aku nak ucapkan selamat ulang tahun blog kesayangan yang ditubuhkan pada bulan ogos 2010. :) semoga update selalu :P

MyLittleNote :: 31 ogos ni dekat I-City Shah Alam ada event tak? sekadar bertanya. jyaa ne!

44 comments:

  1. sekejap ke msa berlalu. tau2 nanti kan dah jadi sepuluh tahun pulak. ;)

    ReplyDelete
  2. Selamat Ulang Tahun ke2! Teruskan usaha berblog, tau? :D

    Rasanya dekat ICT takde event apa apa kott.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :D yeah! saya akan teruskan berblogging ;)


      oh! terima kasih bagi tau :)

      Delete
  3. selamat ulangtahun blog jugak ei.. sy punya ulang tahun tak pernah tgk.. hee~~

    ReplyDelete
  4. auwww hepi eniberseri... memang makin lama makin mantap... akak ni dr dulu nk tukar header tak sompek2 haha.. keep on blogging ya sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak :) saya akan sentiasa berblogging :D

      Delete
  5. selamat ulangtahun dik... eh silap... buakn tu k adik... tuk blog adik ni... hehehe

    teruskan berblog... ececehceh

    ReplyDelete
  6. selamat ulang tahun :P hehehe untunglahh dah rayakan blog . kite tak tau bila huhuh

    ReplyDelete
  7. aaaaaa...........takde dalam list huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oleh itu, bro TP kena komen blog saya banyak2.. baru dalam list :P hehe

      Delete
  8. happy 2nd bufday to hanamiko-sakura babeyyy
    tetiba nama ai pong ader gak ekkk
    rajin betui ai comment kat sini ekkk hahaha x perasan pong :P

    ReplyDelete
  9. lawak la baca...entri game!
    tapi biasalah, 1st entry mmg ntah2 apa2. sbb baru nak belajar.

    *tahniah! masih kekal blogging utk 2thn ni. happy anniversary blog!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, bila dikenang balik memang agak funny :)

      terima kasih :D

      Delete
  10. TAHNIAH! DAH DUA TAHUN. KALAU BABY DAH PANDAI MACAM MACAM DAH NIH...

    TERUSKAN BERBLOG YER.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis GB :) hehe, betul tu..

      i'll keep blogging. insyaAllah :)

      Delete
  11. selamat ulang tahun blog hanamiko...

    ReplyDelete
  12. biase aa tue..
    dlu time akak mule blogging pun, mrapu aje entry, huhu~..

    btw, hepi merdeka day~!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, sama2 merapu kan ikan kerapu.. eh! hehehe

      hepi merdeka day to!

      Delete
  13. selamat hari lahir blog akak :)

    ReplyDelete
  14. happy besday bloggie!!! naseb baik dia xmintak kek kan....huhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :) err, blog saya tak makan kek la.. hehe

      Delete
  15. wah.. lama juga ea awak da start berblogging.. tahniah sebab dapat kekal berblogging... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, start memang 2010, mula bergerak aktif 2011.. terima kasih, walaupun entri cuma seciput je :)

      Delete
  16. owh... samalah kite... aku pon dlm 2 tahun je.. huhhuhu

    ReplyDelete
  17. eh , umo belog kite same laa.. hihihi :)

    ReplyDelete
  18. wahhhh.. saya pun peminat negara matahari terbit tu.. wish i'll be there..one day..some day.. eheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. amin~

      kalau saya tengok cerita jepun, hati ini membuak-buak nak pergi jepun :)

      Delete
  19. sy pun minat ngara matahari terbit tuh...heeee... Selamat ulang tahun blog yg kedua...hee

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.