Monday, August 13, 2012

Resepi Bubur Lambuk...

Bismillahirrahmanirrahim.

maaflah. baru sekarang terkedek-kedek nak update entri pasal resepi bubur lambuk. well, busy lah katakan. keh3. okey. scroll bawah ni. ni lah resepinya. XD

bahan-bahan.
  • bawang besar (dihiris)
  • bawang putih (dihiris)
  • beras
  • udang kering
  • lada putih
  • sayur campur
  • santan
  • daun bawang
  • daun sup
  • ayam (dipotong kecil)
  • halia (dihiris)
  • bunga lawang
  • kayu manis
  • daun pandan
  • perisa (contoh : tumix)
cara-cara memasak.

  1. rebus beras beserta air yang banyak. rebus bersama daun pandan, halia, bunga lawang, dan kayu manis.
  2. sementara menunggu ianya masak. goreng ayam sehingga agak garing. setelah itu, gorengkan bawang besar dan bawang putih.
  3. selepas itu. goreng udang kering serta lada putih. setelah itu, kisar hingga halus.
  4. potong daun bawang dan daun sup.
  5. bubur yang sudah masak itu kemudian masukan santan. 
  6. setelah santan masak, masukan bawang goreng, sayur campur, ayam dan bawang yang digoreng tadi. 
  7. masukan rempah yang dikisar tadi.
  8. akhir sekali masukan bahan perisa dan garam secukup rasa sebelum masukan daun bawang dan daun sup yang dipotong tadi.
dah siap. tapi pastikan bubur tu tak nampak cair tau. kuantiti bahan terpulang pada anda sebab saya hanya melihat dan meneliti bapa memasak. takut pula kalau ada yang terlebih atau terkurang. senang bukan ;)

lupa pula, ramai yang tanya. bapa tak jual tapi masak untuk orang kampung. jadi tukang masak je. bahan-bahan tu semua ada yang disumbangkan. jadi kami jadi tukang masak. alhamdulillah, rabu ni last buat bubur. lepas tu boleh rehat. (padahal masak dua hari sekali je. hehe)

ni sebab malas nak upload pic. yang pasti ini bukan rupa bubur lambuk yang bapa masak
[credit to google]

by the way, lain orang lain caranya. lain negeri lain buburnya. XD haha. tapi ini cara ibu dan bapa a.k.a cara orang jawa.

MyLittleNote :: eh! nak dah raya lah. jyaa ne!

14 comments:

  1. ohoo..wong jowo!

    nampak mudah resepinya, tapi angger wes males..
    (lama dah tak speaking jawa nih)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahaha! kak ujie dah speaking jowo dengan saya lah .. ahaks..

      Delete
  2. nyum2.. tunggu bubur lambuk free nnti.. ada kot.. keh2

    ReplyDelete
  3. adoyai... buat kite lapar je... hahaa xD

    ReplyDelete
  4. Wahh mantap tq for d recipe dear

    ReplyDelete
  5. Bulan ni x makn lagi bubur lambok... Sedang membiasakan diri... Akk... Bubur2 ni kureng sikit...

    Pas ni adik la yg warisi kan?

    ReplyDelete
  6. suka juga makan bubur lambuk..
    tapi xpandai nak buat..
    tq sebab share resepi..
    ada masa boleh cuba.. :)

    ReplyDelete
  7. post kat sayeee boleeee? heheehehhee <<<<---malas nak masak

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.