Monday, January 9, 2017

Hiking 1.0: Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu



bismillahirrahmanirrahim

awal tahun hari tu aku ikut member-member sekolah pergi hiking. masa tu si Jat ni just bercerita yang dia nak pergi hiking. apa lagi, aku menyahut seruan dia nak ikut juga memandangkan aku ni bekas komander kampus dulu. yala, komander pencen yang tak aktif. orang sibuk buat latihan kawad, latihan sukan dan pt semua tu. aku lari. buat alasan yang aku banyak kerja studio. choii.

so,  syarat pertama yang kau kena hadap ialah bangun sebelum subuh. HAHA. aku hampir menangis sebab aku rasa macam tak mampu je. tapi aku gagahkan juga. tu pun kena perli dengan ibu sebab ibu tahu perangai aku macam mana. lol!

yang join trip hiking tu ramai. pergi 2 buah kereta bersama classmate member sekolah (baca: my schoolmate's classmate) gitu. pening dak? lol

perjalanan mengambil masa sejam lebih. sempat singgah empangan air dekat KKB tu. waktu tu musim panas yang membuatkan empangan air tu nampak macam surut sikit. subhanaAllah. memang cantik!

okay, teruskan perjalanan sehingga ke destinasi.

masa tu ada event. running daki bukit. like seriously? kalau aku lari naik bukit memang aku semput tahap apa ntah. ada negro tu semangat. bagus! semangat Usain Boltz.

daki dan daki. sumpah sangat-sangat penat. best boleh layan keindahan hutan. alhamdulillah semangatku berkobar-kobar memandangkan aku hampir rabak sebab dalam hati "bila nak sampai?!" hahaha. tapi waktu tu memang dalam hati aku nak sampai puncak cepat sebab nak rehat sepuas-puas hatinya. time daki tu boleh ada chemistry sikit dengan pendaki yang lain. memang best!

bila dah sampai puncak!
tada!


memang rasa macam tak puas menghirup udara segar. sejuk je rasa dengan angin yang bergitu kuat. tiada rasa bahang, silap hari bulan jadi burn bila kau tak rasa panas. hahaha. nak duduk puncak tu lama-lama tapi member-member nak turun. alaaa. tengok orang camping dekat puncak. seronoknya! siap ada yang buat solat jemaah. mashaAllah! 

dan puas posing, puas tidur dekat puncak tu (ada sebahagian hikers yang sempat tidur) dah puas tangkap gambar maka kami pun turun. ada history disebalik Bukit Kutu tu. cuba search dekat google. nak terang malas pulak. kehkeh. tapi yang pasti puncak ni pernah ada sebuah rumah agam. wow! manusia zaman tu macam mana lah kau boleh ulang alik naik turun bukit ni. dan ada misteri disebaliknya. jeng jeng jeng.

waktu turun ada kejadian yang tidak disenangi. ada hikers a.k.a climber kena sengat tebuan. sampai pitam orang tu dan kena paksa diangkat beramai-ramai. yang kesiannya ada abang ni kena turun bawah dan naik semula ambil stretchers. kesian abang tu. gigih! dan orang yang kena sengat tu akhirnya sedar. alhamdulillah. 

chemistry yang best tu bila tiap kali kita berselisihan dengan climber/hikers yang lain kitorang akan bagi semangat satu antara sama lain. 

"sikit lagi bang!"
"sikit lagi kak!"
"nak dah sampai dah tu"

orang yang nak turun lerr yang bagi semangat dekat orang yang nak naik tu. kihkih. kadang semangat tu macam bohong jugak. hahaha

sampai bawah dah petang. well, berjam-jam jugak nak naik dan turun tu. so, bekalan yang wajib kena bawa adalah makanan bila sampai puncak. kedai makan tak buka dik dekat puncak tu. dan yang paling best kalau kau bawa peralatan memasak. boleh masak meggi dekat puncak! jangan dik kalau nak masak yong tau fu dekat atas. penat nak angkut tong gas. 

track Bukit Kutu?
45 darjah ada. 30 darjah pun ada dik. yang hampir ke 90 darjah pun ada. sangat adventure! 

MyLittleNote:: balik tu kami ada masalah dari segi kenderaan. malas nak taip panjang so malas nak cerita. lol. ini cerita tahun lepas! 2016. yippi dan tak jadi draf. keh. and sorry ler entry takda gambar kami berhiking dan berposing dipuncak. mihmih. Jya Mata!
 

Sakura menempek di entri ini:

:: Copyright Hanamiko Sakura ::

11 comments:

  1. I remember first time I went for a hike, Broga Hill. I'm pretty huge so agak susahlah nak daki bukit tu. Lagi suku je nak sampai puncak but I can't do it. Tapi mmg betul like you said, ramai yg bagi semangat, ada yg tolong skali supaya boleh sampai puncak sama2 etc.. It's worth it but hiking is not for me hahaha klau dah kurus tu mungkin akan cuba lagi who knows.. Wallahuam 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Broga Hill is suitable for the beginner, but I never hike Broga Hill yet. LOL tak perlu tunggu kurus nak hiking. kalau kurus stamina kurang susah jugak. yg penting stamina . hehe

      good luck! ;)

      Delete
  2. hikin best kot..perit masa daki daki jela tapi once sampai aje puias ati giler..

    prefer hiking la compare jalan2 pusing shoppin mall bagai..eh?? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. that's right! lagi best dari jenjalan dekat shopping mall. hehe

      Delete
  3. wahhh bestnya hiking, teringin nak hiking sebab belum pernah lagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak hiking, hiking yang rendah dan track mudah. kalau pilih yang mencabar nanti parah jadinya. haha

      Delete
  4. akak 1st & last naik bukit broga.. esoknya muntah dan demam. hahahah.. salam kenal dr akak.. akak follower 180

    ReplyDelete
  5. yo hi, agak la 3, 4 tahun jugak, hahaha. caiyok, lepasni boleh daki bukit2 lain pulak.

    ReplyDelete
  6. Ala baru nak layan gambar. teringin nak panjat bukit kutu ni..entah bila nak sampai entah le.

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...