Thursday, February 24, 2022

Penerbangan Pertama: Sabah

بسم الله الرحمن الرحيم

25/12/2021
selama ni memang teringin sangat nak naik kapal terbang. nak rasa macam mana rasanya duduk dalam kapal terbang dan dilayan baik oleh pramugari dan pramugara. pernah la dulu nak cuba naik flight ke Penang. bila difikirkan balik, tiket naik bas lagi murah berbanding naik flight. banyak kali juga la plan kalau holiday merasa nak naik flight. dan akhirnya mengambil keputusan untuk menaiki kenderaan darat saja. satu hari, Ana, ex-roommate aku masa belajar dekat UiTM Seri Iskandar bakal melansungkan perkahwinan. aku dah berjanji dengan dia, aku akan jejak kaki ke Sabah bila dia akan berkahwin nanti. dan ini la masa dia. penerbangan pertamaku ke bumi Sabah. nak ke Sabah memang kena naik flight, tak boleh nak menidakkannya lagi. 


aku book tiket awal, lambat book memang harga berkemungkinan akan berubah atau tiada lagi tiket. kebetulan pula aku sudah bekerja dan mampu untuk ke Sabah. jadi aku travel ke Sabah bersendirian. orang lain ni kalau holiday ke Sabah bersama kawan ataupun keluarga, tetapi aku pergi sendiri. aku pun tak tahu kenapa la beli tiket terbang jam 8 pagi. ingatkan beli tiket flight ni macam beli tiket bas. tak sangka kena ada dekat airport awal. nak masuk ke balai berlepas pun banyak proses dia. dan ini pengalaman pertama dan aku kena hadapinya berseorangan.


selamat tiba di Kota Kinabalu, terus aku pergi makan. lapar sangat sebab pagi tu aku tak breakfast. takut kena tinggal dengan flight punya pasal padahal aku sampai balai berlepas terlampau awal. lepastu aku gerak ke Masjid Negeri Sabah. solat dan berehat sementara menunggu bakal pasangan pengantin menjemput. 


cantik betul masjid ni. percaya lah, masjid tempat wajib yang akan kita pergi dahulu kalau travel.


perasan bila dah naik kapal terbang ni? pertama sekali, aku agak cuak. lagi-lagi bila kapal akan buat u-turn. dia punya belok tu rasa macam naik roller coster. overall, memang macam rasa naik roller coster 😆 tapi alhamdulillah, perjalanan sangat baik dengan cuaca yang baik. kalau naik time hujan tu, mau fobia terus aku. 


mampu naik airasia je buat newbie macam aku. kalau dah expert sikit mungkin naik MAS lepasni 😂


selepas 2 jam menunggu, akhir bakal pasangan pengantin sampai! kemudian Ana dan tunangnya bawa aku ke area Todak Waterfront untuk makan. sebagai seorang seafood lover, sudah semestinya ini adalah tempat yang ingin aku tuju di Kota Kinabalu. 


bila aku cerita dekat Khal, dia cakap menyesal aku tak amik lobster :')


seronok makan dekat tepi laut sambil tengok sunset walaupun masa ni rasa macam tak berangin.


makanan tu banyak pula baki. tapau bawa balik boleh makan masa dalam perjalanan balik Kota Marudu nanti. lepas makan tu terus Ana bawa aku jalan-jalan sekitar tugu todak. ramai orang datang melepak situ petang-petang. memandangkan aku pertama kali jejak kaki ke Sabah, agak janggal juga la aku dengan waktu dekat situ. pukul 6 je kawasan dah mula gelap. selepastu aku jalan-jalan dalam mall sebab Ana masih lagi mencari barang-barang untuk majlisnya nanti. kemudian baru la kami gerak ke Kota Marudu. perjalanan memakan masa selama 2 jam. menurut Ana, duduk dekat Sabah ni walaupun satu negeri, perjalanan 1 tempat ke 1 tempat ibarat kau travel dekat negeri-negeri di semenanjung. memandangkan dalam perjalanan tu gelap dikelilingi hutan, maka aku memilih untuk tidur. 


26/12/2021
Ana bawa aku berjalan ke Tips of Borneo yang terletak di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. disitu la sempadan dan titik pertemuan antara laut china selatan dan laut sulu. betapa terujanya aku apabila dapat melihat sendiri laut lain selain dengan laut china selatan dan laut selat melaka. sebelum aku sampai ke Sabah, Ana ada tanya aku sama ada nak ke kawasan laut atau kawasan gunung. aku memilih gunung memandangkan aku ni forest lover walaupun dulu ada belajar tentang marine park. menurut Ana, musim cuti ni kawasan gunung sekarang ni agak ramai orang dan sesak. oleh itu, kami memilih pantai untuk berjalan. kalau tak dah sampai ke Kundasang 😂


ramai orang juga masa sampai ni. lepas bergambar dan berehat (sebab kawasan berbukit sikit, berkicap jugak sebab dah lama tak bersenam) baru lah pengunjung mulai berkurang. 


lepastu, turun sekejap lepak dekat tepi pantai Tanjung Mengayau. 


lepastu Ana nak bawa aku ke tempat lain untuk hiking, tapi malangnya kesuntukan masa memandangkan perjalan Kudat dan Kota Marudu pun memakan masa selama sejam. maka kami pun pulang sahaja. sebelum balik ke bilik penginapan, aku sempat la ke pasaraya untuk borong kopi tenom. kopi kegemaran kakak. 


27/12/2021
Ana dah start busy dengan persiapan perkahwinannya. aku jadi serba salah sebab menyusahkan Ana. Ana pula dah serba salah tak bawa aku jalan-jalan. katanya susah-susah datang dari jauh cuma duduk dekat Kota Marudu saja. aku lagi tak kesah duduk situ lama-lama dekat kawasan kampung. seronok sebab boleh belajar tentang adat budaya mereka. kebetulan ada saudaranya yang buat majlis perkahwinan. bertambah la seronok sebab aku dapat join sekali sambil mempelajari budaya kampung mereka. yang penting akhirnya aku dapat makan bouso batang pisang yang aku rindui :') 


first time bawa ATV. padahal dekat Selangor tu berlambak yang ada ATV sport ni 😂

petang tu, jalan-jalan dengan Ana masuk ladang. aku bawa ATV, Ana pula bawa basikal. oh ya, dekat kampung Ana ni banyak anjing. aku sudah semestinya agak fobia dengan anjing sebab pernah kena kejar :') yang peliknya, bila aku sampai rumah Ana, anjing-anjingnya tak menyalak pun dekat aku. malah nak beramah mesra :') agaknya diorang tahu yang aku ni penakut anjing. sama la mungkin formula dia bila orang yang takut kucing, kucing makin datang dekat. 


28/12/2021
masa ni memang Ana busy habis dan aku sempat berjumpa dengan dia walaupun hanya sementara. kemudian aku duduk dengan adik-beradiknya sambil mempersiapkan diri sebagai bridesmaid. diorang je la, aku hanya memerhati dari jauh. 


masa ni juga pihak catering sedang bertungkus lumus untuk menghias pelamin dan menyediakan makanan. aku hanya memerhati dari jauh bersama dengan makcik-makcik Ana.


sambil memerhati, sambil tu aku menunggu lagi seorang rakan kami, Shera yang datang dari Keningau. tetamu undangan pun mulai hadir sikit demi sedikit. majlis bermula pukul 6 dimulai dengan kemasukan bride and groom maids berdiri dekat aisle sehingga la pengantin perempuan. waktu pengantin lelaki nak amik pengantin perempuan dari parentsnya, aku pulak nak nangis. Ana dah kahwin!! selepas tangkap gambar beramai-ramai, baru la start makan. 


okay, ini adalah pengalaman pertama aku menghadiri majlis perkahwinan kristian. tapi ni berbeza tau dari dalam movie atau drama yang selalu kita tengok yang ada 'you may kiss the bride' tu 😂 tapi yang penting ada pertukaran cincin. disebabkan Sabah dan Sarawak ni kaya dengan pelbagai etnik dan agama la yang membuatkan mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain. habis je majlis, aku, Ana dan Shera bersembang lama. sungguh! tersangat la lama kami tidak kumpul bertiga.


29/12/2021
dapatlah stay satu malam dengan Shera. banyak betul benda yang dibincangkan sampai tidur pun lewat malam padahal nak kena bangun awal pagi. pukul 7 dah kena gerak ke Kota Kinabalu memandangkan flight aku tengahhari. masa ni rasa menyesal :') baik amik flight petang, sempat la jalan-jalan lagi. masa ni juga waktu perpisahan dengan Shera. jumpa sekejap sangat! kami pun tangkap gambar sebagai kenangan.


sepanjang perjalanan, baru lah aku nampak permandangan yang cantik. Ana pun ada cerita serba sedikit tentang kampung halaman dia. dalam perjalanan, aku terperasan la satu bukit yang tinggi dan ganjil juga puncaknya. aku tanya Ana, baru la perasan. Ana cakap aku beruntung sebab dapat tengok Gunung Kinabalu dengan begitu jelas. kalau tak, puncak tu akan sentiasa tertutup dengan awan. maka berposing la bersama puncak kinabalu walaupun jauh nun disana. one day! aku akan naik Gunung Kinabalu. 


permandangan sawah pagi bersama puncak gunung kebanggaan rakyat Sabah.


sebelum balik, sempat la singgah sebentar di Pasar Filipina untuk beli makanan ringan yang dikirim dari orang-orang semenanjung. Ana bekalkan aku dengan buah unik dari Sabah iaitu bambangan dan tarap. gigih betul aku selitkan dalam luggage. nasib baik lepas dekat kastam 😂 


yang aku tak puas hati tu, masa pergi aku beli seat tepi tingkap. balik pula tetiba dapat seat tepi tingkap bila aku harapkan seat tepi aisle. lol


tamatlah perjalanan penerbangan pertama kalinya dalam hidup aku. sampai je KLIA2, lidah aku masih lagi cakap Sabah. dalam hati tu rasa macam, mana bahasa jawa aku? kena makan sambal belacan ke ni? 😆

MyLittleNote:: tahun 2022 ni memang tahun aku travel merata tempat untuk attend jemputan perkahwinan kawan-kawan. hujung minggu ni pula ke Nilai dan Batu Pahat. kalau sempat ke Melaka. i need a friend yang boleh jadi driver. letih 😂 jyaa! mata ne~

16 comments:

  1. Alhamdulillah, berjaya lepas ke Sabah sorang2...tak pernah attend majlis kahwin orang Kristian..orang Sabah & Sarawak, mereka very friendly walaupun berlainan agama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, ayah pun sporting bagi lepas terbang sorang-sorang. ^^

      betul! seronok tengok culture mereka yang saling hormat menghormati

      Delete
  2. Wah…pengalaman menarik - pertama kali naik kapal terbang dan menghadiri majlis perkahwinan orang sana.
    Hebat dik boleh terbang pertama kali sendirian 👏🏽

    Menariklah khemah tu, lutsinar. Tak gelap, cantik bergambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, saya pun tak faham kenapa buat kerja pelik macam ni. haha.

      majlisnya sebenarnya malam, kalau dalam suasana malam lagi nampak cantik kak. berkilau kilau

      Delete
  3. Happy lain macam kan dapat naik flight domestic jauh sikit. Seronoknya dapat jejak kaki kat Sabah, Tips of Borneo tu menarik sangat tempatnya. Rasa macam nak ambil gambar banyak banyak je kalau sampai situ. Alhamdulillah dapat pergi kenduri kahwin Ana seperti yang dirancang. Selamat pengantin baru untuk Ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau naik flight domestic dalam semenanjung lain sikit ya kak ? saya pun tak tahu macam mana sebab first time, haha. Alhamdulillah, selamat juga pergi dan pulang

      Delete
  4. Untung ada kawan yang bakal jadi pengantin bawa pergi jalan-jalan.
    Hehe pengalaman pertama naik kapal terbang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dia excited bila saya datang. lagi pun dia belajar tourism, mungkin dia applying study dia dekat sy as tour guide 😆

      Delete
  5. best kann naik flight pergi ke sabah bahh itu.. 😅😅

    ReplyDelete
  6. Idolanya you travel alone. I want to be like you one day . Travel alone. Sekarang ini berjaya beranikan diri pergi mall sorang sorang je dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah one day.. lagi pun saya takda la travel alone sangat. sebab ada orang yang menjemput.. hihi

      Delete
  7. wah bestnya dapat melancong ke sabah dan pergi ke wedding kawan, dapat tengok adat dan budaya lain mesti seronok.. cantik pemandangan di sabah.

    ReplyDelete
  8. Wah, akak seronok baca catatan perjalanan ni! Semoga lepas ni boleh terbang dan travel jauh-jauh pula.

    ReplyDelete
  9. huwaa paling teringin nak ke Sabah.. tahla bila boleh pergi AHAHA

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.