بسم الله الرحمن الرحيم
aku pun tak tahu kenapa tengah malam buta ni aku pergi stalk entry lama-lama aku dulu zaman sekolah menengah dan lepasan spm. bila baca balik memang cringe. tapi aku terjumpa satu entry yang aku pernah join giveaway melukis doodle. so aku decide nak lukis balik version 2021 dengan menggunakan ipad yang baru beli. (of course dah janji nak buat artwork right? haha) serta ilmu yang ada semasa zaman diploma. kini aku melukis balik menggunakan skills yang bertambah baik. dulu ye la kan aku lukis free hand gitu tanpa gridline. sekarang aku lukis semua benda kena gridline. kalau tak memang akan jadi senget dan benget. mata kiri terbesar la, kening herot la. 😂
versi 2012
versi 2021
MyLittleNote:: risau dengan diri sendiri kadang-kadang ni. semakin lama semakin banyak pulak post jadi draft. hope tak writing block. Jya mata ne!
Bagi akak yang cuma lepas lukis orang lidi ni, dua-dua cantik. Versi lama nampak garang sikit, versi baharu ala-ala lembut jinak gitu 😊
ReplyDeletelukis lidi pun satu art juga, hehe. mungkin garang dan lebut ni nampak dari segi cara colouring . hehe
Deletewahhhh pandainya doodle.
ReplyDeletealhamdulillah, :) ni kalau tak praktis lama2 memang akan ke laut XD
DeleteAkak rasa dua2 lawa, cuma versi 2021 tu nampak macam kurang sharp.
ReplyDeleteMaybe pasal awak baru belajar guna apps tu.
Hmm..akak pun, tulis sikit..pastu terbiar jadi draf.
betul tu, mungkin sebab saya baru explore apps tu..
Deletehmm, taktahu nak buat macam mana. hehe
Akak ke dulu duduk oversea tu kan? Sebab rasa dulu rajin gk bace2 blog kawan2.
ReplyDeleteBest jugak procreate boleh buat video pendek kan guna gmbr yang kita lukis.
Tapi sy guna apps adobe illustrator draw sebab bg sy apps ni dia boleh betulkan garisan yg bengkak-bengkok. Jadi senang sangat nak lukis tak perlu risau tangan lukis garisan yg tak smooth, dia automatically smooth kan garisan kita lukis.
By the way, lawa akak warna! Tutorial plis :)
ahaha, bukan kak. kak paani confius antara Hana Sakura dengan Hanamiko Sakura punya blog ni. hehe. ya procreate ni banyak benda boleh guna tapi tu la nak kena belajar lagi. adobe illustrator pulak saya memang nak belajar lagi. banyak betul software2 arts nak kena belajar ni.
Deletesaya tak pandai mana nak buat tutorial colouring ni. hehe
Oooooo hehehehe tersilap orang la tu...sorry ek... ada link blog yang Hana Sakura tu?
DeleteAwak student lagi atau dah keje?
http://hanasakura-tomodachi.blogspot.com/ ni link dia kak, hahah takpa tersilap orang, dulu pun orang kerap tersilap jugak. hehe
Deletesaya dah kerja sekarang :)
wahhh comelnya! makin improve! dulu saya selalu lukis doodle n pastu letak kat entry2 blog, sekarang dah lama sangat tak lukis kartun2 camni hahaha. Rasanya skill melukis dah tak berapa sangat dah kot xD
ReplyDeletedua dua lawa sebenarnya , saya selaku orang tak berapa seni dua dua saya hargai hehehe
ReplyDeleteHehe this is so cute! remake and the original both comel
ReplyDeleteCantik sungguh dah ni..kalau saya yang lukis tak terkeluar macam ni :P Selamat melukis!
ReplyDeleteOh very interesting darling
ReplyDeleteSekarang lagi lawoo apa. Btw nak follow twt pls
ReplyDeleteMore better pada saya. Cantik lukisannya. Practise make perfect :)
ReplyDeletecutenyer bahh.. 😅😅
ReplyDelete