بسم الله الرحمن الرحيم
10/7/2021
aku disahkan positif setelah mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif covid-19. aku beramai-ramai dengan adik beradik, bapa serta anak-anak buah membuat swab test, result keluar 3 hari kemudian. aku dan bapa disahkan positif manakala yang lain negatif. aku tak risau dengan diri sendiri, yang lebih merisaukan adalah bapa. bapa tu dalam kategori warga emas. syukur alhamdulillah, bapa tidak mempunyai simptom yang berat dan juga sudah lengkap dengan 2 dos vaksin. mula-mula bapa agak marah juga, dia siap tunjuk kad vaksin dia. "saya dah ada vaksin ni, macam mana boleh positif" sambil ketawa menunjukkan bapa sedang bergurau dengan pegawai yang bertugas. "sekurang-kurangnya peluang untuk duduk dekat hospital rendah pakcik" pegawai kkm pun balas dalam nada bergurau.
tunggu turn buat PCR test (7/7/2021)
bapa dan aku masing-masing berkurung dalam bilik masing-masing. tetapi masih berwaspada dengan ahli keluarga yang lain. kuarintin dalam rumah papan ni susah, tandas cuma satu dan berkongsi. terpaksa keluar bilik dalam keadaan berselubung serta memakai mask. pada hari kedua setelah mendapat tahu kami positif, maka kami pun pergi ke CAC setelah mendapat panggilan dari pihak PKD. kebetulan masa tu hari pertama selangor buka CAC khas untuk daerah masing-masing. suasananya begitu meriah dengan orang-orang positif sampaikan orang awam mulai berada dalam keresahan dan kerisauan.
ramai sangat orang. line beratur pun panjang sampai ke rumah-rumah orang lain.
disebabkan pembukaan CAC pada waktu tu hari pertama, suasana agak tidak terurus. kami datang pada awal pagi dan habis urusan pada lepas asar. dengan berlapar, tempat solat pun takda. terpaksa balik rumah qada' solat. aku dan bapa dapat masuk ke dewan jam 4 petang. urusan yang sangat cepat, yang amik masa mungkin sebab beratur. atau dengan warga asing yang tak berapa faham dan pandai dengan teknologi sekarang. aku kesian tengok warga asing yang terkebil-kebil tak berapa faham dengan bahasa melayu. merenung borang seolah-olah sedang menjawab exam. nak tolong pun aku tengah tolong bapa. maaf!
waktu ni orang dah makin berkurangan sebab dah petang.
sewaktu berjumpa dengan doktor, keadaan aku sihat sahaja. alhamdulillah. cuma doktor cakap bapa berkemungkinan akan dibawa ke MAEPS disebabkan bapa mempunyai masalah kesihatan. aku dah tak senang duduk dengan kata-kata doktor tu. cuma doktor cakap, tunggu saja sehingga mendapat panggilan dari pihak KKM. setelah urusan selesai di CAC, maka kami pun pulang serta menyambung semula sesi kuarintin kami. kebetulan, vaksin dos pertama makin hampir tarikhnya dan aku berharap agar diberi peluang untuk menerima vaksin ketika itu.
17/7/2021
tamat juga akhirnya sesi kuarintin dalam keadaan yang tiada simptom. aku dan bapa pergi semula ke CAC. alhamdulillah, syukur sangat bapa masih belum dapat panggilan dan tidak dibawa ke MAEPS. sepatutnya potong gelang "emas" tu 16hb, tapi kami datang tengahhari dan CAC tutup 😢 terpaksa la tunda untuk keesokkan harinya.
awal sangat tutup 😂
dapat line depan sebelum pintu CAC buka.
pagi-pagi datang, rupanya semasa kami beratur ada pegawai bertugas cakap, warga emas diberi que hadapan. aku dengan pantas panggil bapa dan kami pun beratur didepan pintu. selain orang tua, ada juga kanak-kanak dan bayi. sedih sangat 😢
sebagai seorang covid fighter, aku tak sangka boleh dijangkiti virus ni. syukur alhamdulillah semuanya dalam keadaan yang baik-baik saja. cuma selepas post covid ni aku agak sukar melakukan kerja-kerja berat yang membuatkan diri sendiri cepat penat. selepas potong gelang ni, sepatutnya aku ada appointment vaksin, tapi malangnya bila aku sampai ke PPV, MySejahtera aku masih merah dan mereka tak terima. terpaksa la tunggu sehingga MySejahtera status jadi biru 😢 (alhamdulillah, sekarang dah dapat complete booster pun)
MyLittleNote:: sekarang virus omicron pulak, orang yang dah pernah positif pun boleh dijangkiti semula. cuak jugak.. jaga diri semua! kepada yang belum pernah dijangkiti, jaga diri elok-elok!! 💪 jya mata ne!!
Semoga Allah beri kesembuhan daripada gejala post covid tu.
ReplyDeleteAhli keluarga dan kawan2 akak pun tengah ramai yang positif ni. Ada yang kali ke-2. Akak belum, tapi hati sentiasa bersedia kot tiba giliran diuji dengan covid.
alhamdulillah kedua duanya sihat semula. sedih pula dengar side effect tu
ReplyDeleteadik ipar kite 2x dah kena covid..1syt yang delta tu..2nd yang omicron..
ReplyDeletesekarang ni macam senang betul merebak,kan..
semoga awak sentiasa dilindungi..
oo..pengalaman kena covid tahun lepas..
ReplyDeletesemoga baik2 & dilindungi Allah tahun 2022 ni...aminn.
Mudah-mudahan by this time HS dah kembali kuat dan pulih sepenuhnya.
ReplyDeleteSemoga Allah terus lindungi kita semua.
Take care!
ReplyDelete