Thursday, March 17, 2022

Hiking 2020 #1: Gunung Tahan via Merapoh - Merapoh (Day 2)


بسم الله الرحمن الرحيم


22 Februari 2020 | Sabtu

pagi-pagi lagi hujan turun. aku pun tak sedar sejak bila hujan turun. menurut rakan sependakian, tempat tidur dia habis basah termasuk sleeping bag kepunyaannya. kebetulan aku tidur dibahagian tengah, memang tak merasa kebasahan itu. dalam keadaan hujan sebegitu, kami telah diberi arahan oleh guide untuk bergerak sekitar jam 8 pagi. cuaca begitu sejuk sekali menyebabkan masing-masing berat untuk bergerak. nak taknak terpaksa juga bergerak dalam cuaca hujan sebegitu. walaupun tak lebat tetap meneruskan perjalanan. asalnya bergerak bila hujan mula reda, jam 10 pun hujan tak reda. memang kami redah saja la 😂 juga terpaksa meredah sungai  yang arusnya deras. mujur tidak berapa deras dan melintasinya menggunakan tali yang ada. 


destinasi utama seterusnya ialah ke Kem Botak untuk bermalam. check point pertama setelah bergerak dari Kem Kor adalah Kem Permatang lebih kurang 2.5km. walaupun jaraknya pendek, trek memang tak boleh bawa bincang. tersangat la pacak dengan bawa bebanan yang agak berat (sebenarnya aku sendiri tak tahu berapa berat bebaban yang aku tanggung). berehat sebentar minum air sikit serta mencari kekuatan fizikal terutama sekali mental.


emoji senyum tak ikhlas sebab mood dah kelaut dan lencun. dah la hujan, basah, sejuk pulak tu 😫


kemudian meneruskan perjalaann ke Kem Kubang, check point untuk berkumpul dan menikmati makan tengah hari. makanan tengah hari disediakan di Kem Kor sebelum bertolak. dekat Kem Kubang ni ketinggian dah mencecah 1406m. sikit lagi nak sampai.. 


masing-masing lencun. tengok suasana sekitar yang dipenuhi dengan kabus dah boleh agak sejuknya bagaimana.


lepas makan tengah hari, teruskan perjalanan ke Kem Berlumut. walaupun Kem Berlumut ni bukan check point untuk berehat, tapi buat sekadar kita ni dah sampai mana. trek Berlumut ni buat mental aku betul-betul koyak orang cakap. trek yang pacak aku boleh hadap lagi. ni trek berlumut walaupun mendatar buat aku hampir putus asa. laluan yang berselut, kasut tak rupa dengan kasut. yang membuatkan perjalanan kita bertambah berat. Maha Suci Allah, dekat atas gunung pun ada laluan berlumpur dan berlumut macam membajak tanah gambut. siap ada pucuk pakis pulak tu. 


masa ni aku dah mula sendu. walaupun tinggal aku sorang kebelakang ditemani dengan guide. serius, aku la paling lambat antara line up semua. sumpah rasa nak putus asa. dengan kawasan Kem Berlumut ni buat aku terkenang pada seseorang.


menurut guide, trek berlumut ni memang sentiasa berlecah begini. kecuali waktu musim panas. mungkin trek kering? sebenarnya tak putus asa pun. aku tetap meneruskan perjalanan. walaupun lambat, aku yakin akan sampai jua. tapi tak seronok sebab aku terlalu fokus dengan pendakian. orang lain dapat menikmati view yang cantik. aku hanya mampu merenung trek dan fokus pada stamina diri sendiri. guide pesan, ikut pace sendiri dan jangan kejar orang hadapan. 


sewaktu berkumpul di Kem Kubang, kami dinasihatkan oleh guide untuk berkumpul kembali di Kem Bonzai. sebenarnya perjalanan aku dari Kem Berlumut ke Kem Bonzai, otot pangkal peha aku agak tengang. sepanjang perjalanan kaki aku kerap cramp. tu pun kena paksa telan ubat serbuk untuk kaki cramp tapi rasanya tersangat la masin 😐 orang yang menemani aku memaksa aku untuk berjalan sebab aku dah terlampau amik masa. ahli lain magrib dekat Kem Bonzai, aku pula magrib dalam perjalanan. memandangkan aku ni ahli yang lambat, maka aku sampai Kem Bonzai dalam keadaan gelap. cuaca di Kem Bonzai tersangat la sejuk dengan angin meniup agak kuat. pokok-pokok pun mulai renek dan tiada lagi pokok yang tinggi.


tak lama kemudian, yang lain mula gerak ke Kem Botak. risau tiada tempat untuk pasang khemah. aku pula dinasihatkan untuk berehat dan cuba untuk melawan ketegangan otot yang membuatkan aku tak mampu lagi untuk mengangkat kaki. masa tu aku dan kawan intern antara ahli yang lambat. maka kami berdua ditemani seorang ahli (dia ni kaki masuk hutan, tawan Gunung Tahan ntah berapa kali) yang memastikan kami benar-benar bersedia untuk meneruskan perjalanan ke Kem Botak. oh ye, kami ni dah jadi geng lambat sebab dia dah start injured disebabkan kaki cramp. kes macam aku asyik cramp 😭 setelah bersedia, kami meneruskan perjalanan. perjalanan ke Kem Botak ni bukan takat menguji mental dan fizikal. aku pun tak tahu la menguji apa. angin tersangattttt la kuat yang membolehkan kau bila-bila masa boleh tumbang. sudah la nak melawan arus angin, lapar pulak tu. nak terkucil satu hal. mujur trek tu ada air yang mengalir 😂


sampai je dekat Kem Botak, aku dah kekakuan termenung taktahu nak masuk dalam khemah macam mana. sejuk tak boleh bawa bincang. dari atas sampai bawah kejang dan basah. dengan hujan turun rintik-rintik. kemudian kami makan malam di dalam khemah ditemani cuaca yang sangat sejuk. mujur ada kopi panas yang dapat menghangatkan dingin malam. 


seterusnya, kita tunggu hari ke 3 untuk next entri 😅


MyLittleNote:: aku dah terpublish entri ni tau, tak habis edit lagi. tu yang terpaksa habiskan edit.. haha jya mata ne!!

9 comments:

  1. hebatt daki gunung.. kipidapp 👍👍

    ReplyDelete
  2. Tidak sangka saudara inti hiking yang mencabar.

    Tq follow blog saya. Saya dah follow balik.

    ReplyDelete
  3. Never try hiking but i'm sure its seems fun..

    ReplyDelete
  4. Respek orang kuat hiking. Kawan saya sampai buka kedai outdoor. Core Republic.

    ReplyDelete
  5. Bestnye dpt peluang utk pergi hiking

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak buat aktiviti macam ini. Last zaman sekolah. Rasnya saya sekarang ini memang tak into the camping macam ini. Mungkin sebab dah tak fit huhu

    ReplyDelete
  7. Untuk cramp tu yang masin, garam ORS kan?
    Akak biasa amalkan minum air campur ORS sepanjang mendaki.
    Memang nampak berbeza, tak cramp, kurang rasa letih badan. Dulu tak tau pasal kegunaan ORS.

    ReplyDelete
  8. Lama tak hiking, masuk hutan dll.. rasa kalau nak buat sekarang tak larat dah kot.. huhuuu..

    ReplyDelete
  9. Last week kawan saya baru balik lepas seminggu bertapa kat tahan. Tengok dia punya ig story, fuhh bersepaii. Orang yang pegi tahan ni memang saya salute habisla sebab trek dia gila, mental boleh koyak kalau tak kuat T_T please share more!

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.