Monday, June 13, 2022

Meet and Greet: Blimey

بسم الله الرحمن الرحيم

dah lama layan channel Blimey ni dari tahun 2017, apa yang aku minat dengan mereka ni sebab cara editing, producing content dan macam-macam lagi. lagi-lagi content mereka melibatkan Malaysia. content dan editing mereka ni makin lama makin profesional setanding variety show dekat Korea. semakin lama aku semakin minat dengan kerja producing ni. tapi tak terfikir pun untuk jadi producer, cukup la sekadar jadi graphic designer. tu pun dah rasa terbeban. jadi talent? jauh panggang dari api. walaupun ada talent, tapi setakat belakang camera je. depan camera aku tersangat la kaku. 


haritu Blimey berkesempatan beraya bersama dengan peminatnya. apa tunggu lagi, ini la masanya aku nak jumpa diorang depan-depan! setelah sekian lama asyik tertangguh disebabkan kerja. sebelum puasa haritu diorang datang Malaysia setelah 2 tahun disebabkan covid. Blimey jemput peminat-peminat jika berkesempatan untuk datang ke restaurant yang terpilih untuk content pengalaman bekerja di restaurant Malaysia. disebabkan masa tak kena dengan waktu kerja, aku tak dapat la datang. kali ni Blimey kembali lagi ke Malaysia untuk content yang seterusnya.

 

tetiba panjang pula mukadimah




aku ajak Adah (cousin) memandangkan hanya satu-satunya teman sebaya yang belum kahwin dan boleh go on dengan benda yang aku minat. ps: aku ada je kawan lain, tapi kebanyakannya dah berkahwin dan tak minat pun dengan apa yang aku minat. lol


cuaca tak berapa nak cun masa on the way. Blimey bagi info pertemuan tu terpaksa buat dalam sebuah cafe berdekatan. tapi bila dah sampai elok pulak cuaca, lagi cun masa tu cuaca redup. bila sampai ramai la juga yang menunggu siap aku kena panggil dengan peminat yang lain suruh tunggu tempat diorang tunggu. tapi masa tu aku dah terlampau lelah dan teringin sangat nak minum ice latte, jadi aku tetap cari juga cafe tu. nak masuk cafe tu aku nampak la Blimey dari luar, tapi masa tu pak guard dan mungkin pekerja ? staff ? Malaysian Blimey crew ? nak halang aku untuk masuk. katanya akan dibuat dekat tempat asal disebabkan tiada permit untuk berkumpul ramai-ramai dalam cafe. disebabkan keinginan ice latte dan kehausan tu lagi tebal dari berjumpa dengan Blimey, diorang benarkan aku masuk. 


sambil tunggu air siap, aku sempat la perhati dari jauh. salah satu crew diorang (Malaysian Blimey crew?) datang dekat kalau nak jumpa Blimey terus. aku segan betul! rasa macam tengah tengok youtube je. Adah dah tarik tangan suruh jumpa juga. maka terjadi la meet and greet yang singkat dan bermakna itu. 


🍍🍍🍍


I was like: ohh macam ni rupanya di belakang camera


habis je sesi beramah mesra tu, aku playing tourist dengan Adah disekitar Dataran Merdeka. peminat-peminat yang tunggu pun beratur panjang jumpa Blimey. dalam hati aku pun rasa macam bersyukur juga, kalau tak kena tunggu dan beratur. 


Jade unnie dan Dasol unnie tersangat la ramah. karakter sama saja even di belakang dan dalam youtube. cantik pun ye. biasa la orang korea. haha. selama tengok content Blimey, aku curios betul dengan ketinggian Dasol. nampak dia betul-betul tinggi dari tetamu jemputan dalam content. bila dah jumpa face-to-face ni baru la aku puas hati. 


MyLittleNote:: it's been a while, sejak tugas dekat office bertukar jadi website wartawan ni, aku dah jarang buka blog. jya mata ne!

11 comments:

  1. layan juga blimey...dieorang jenis yang kelakar..hihihi..seronok dia dapat jumpa blimey.. :)

    ReplyDelete
  2. pernah tengok depa masak2 masakan melayu..

    ReplyDelete
  3. ooh, mesti sonok jumpa artis kesayangan youtuber dari korea., mantapp mbakk ;p

    ReplyDelete
  4. Blimey ini dari Korea ya?
    Bagus betul ikuti sampai jumpa secara bersemuka.

    ReplyDelete
  5. Rezeki orang kehausan, terus dapat bergambar sama kat situ 😄

    ReplyDelete
  6. Comelnya diorang! Paling penting ramah dengan peminat xD

    ReplyDelete
  7. Rezeki betul tu tak perlu beratur untuk berjumpa dengan mereka tu

    ReplyDelete
  8. Bagus betul dapat jumpa sampai tak perlu beratur tuu

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.