Thursday, March 10, 2022

Home Surveillance Order

بسم الله الرحمن الرحيم

baru je update tentang kisah ringkas menjadi pesakit covid, tahu-tahu kakak dan satu family dia pula yang terkena jangkitan tu. aku pula dikategorikan sebagai contact rapat. sebabtu dikenakan home surveillance order. seminggu juga tak masuk office. kena work from home. sepanjang menjadi contact rapat, alhamdulillah tiada simptom seperti demam, batuk dan sebagainya. cuma nak pesan, booster pun salah satu ikhtiar untuk mengelakkan terkena jangkitan covid variance omicron ni. kakak dan abang ipar pula belum lagi amik booster. 


sebelum aku amik booster, aku takut jugak nak amik ni sebab terdengar kisah-kisah orang yang amik booster meninggal dunia. lepastu aku tertengok video Shazz Zainuddin yang dia pergi amik booster. kata-kata dia begitu menusuk hati aku sampai nak nangis. katanya, mati ni tak kira dimana saja, berapa umur. sakit apa. kematian tu rahsia Allah. jadi aku nekad untuk amik booster. 




jadi kalian yang belum lagi amik booster, pergi la amik. kita pun nak dekat fasa endemic ni. nak keluar negara tak? sampai boarder buka pun aku masih tak mampu nak travel luar negara. haha, so sad.


MyLittleNote:: duduk rumah ni semua drama korea yang ongoing pun aku dah habis tengok. ni pun merana nak tunggu next episod. HAHA, jyaa mata ne!

9 comments:

  1. dah ambik booster...take care, semoga dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, semoga kita semua terhindar dari penyakit ni. aminn

      Delete
  2. Dah lama juga kita boleh ke luar negara, tapi akak masih tak ke mana.
    Pasal yang buka border tu negara jauh-jauh, kena sedia kos tinggi dan bajet hal tak terduga di musim covid ni (pcr test/kuarantin dll). Memang belum mampulah 😅

    Alhamdulillah akak pun dah selamat booster awal Januari. Memang nak ambik cepat-cepat, memikirkan itu jelah cara yang ada setakat ni untuk melindungi diri. Kita usaha, Allah tentukan segala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, nak pergi luar negara yang dekat2 belum buka lagi. yang dah buka pun jauh2. tu pun masih tak mampu dengan kos pcr dan kuarantin 😂

      alhamdulillah, semoga Allah lindungi akak dan keluarga akak..

      Delete
  3. wak yg kt luar negara ni pon blom amek booster lg.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. hari tu dapat dah tarikh booster dan dah pergi pun..tapi atas sebab2 tertentu, tak dapat ambil..in shaa allah soon..

    ReplyDelete
  5. Akak dah booster, tumbang gak hari tu.
    Semoga HS sekeluarga baik-baik sahaja. Jaga diri ya.

    ReplyDelete
  6. YaAllah kita sama lah, waktu nak ambil booster tu takut gila sebab orang cakap pasal kes kamatian lah itu lah :(. Alhamdulillah sekarang okay je

    ReplyDelete
  7. Pada awalnya Cik TK pun takut nak ambil booster. Tapi lama2 fikir hmmm pergi je lah.

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.