konnichiwa minna san!
alhamdulillah akhirnya setelah 5 tahun berehat dari aktiviti lasak. akhirnya dapat jugak jejak kaki masuk trail hutan buat geli-geli training untuk next hiking. mungkin la 😆
19 Julai 2025 haritu kakchik cuma bagitahu je tempat kerja dia beramai-ramai satu office buat aktiviti hiking. menurut kakchik, ni aktiviti ikut KPI. semua kena buat termasuk yang berusia. aku ambil kesempatan untuk ikut buat aktiviti ni memandangkan aku dah lama tak masuk hutan. lagipun kali terakhir aku hiking dengan kakchik pun pergi Gunung Angsi (sebenarnya tu next entri.. sebab cerita dia aku simpan elok dalam draft 😆)
![]() |
| my signature - hiking guna crocs 😆 kasut pula jenis tinggi. lantak la |
![]() |
| yang lain semua dah naik dulu. yang belum mula ni bergambar dulu |
Kebun Che Mah ni dekat atas ada tempat makan ya! geng-geng nak sarapan pagi memang biasanya kena paksa hiking untuk menjamu selesa. tapi sebenarnya selain hike, 4x4 boleh je naik memandangkan trail memang trail tanah merah untuk 4x4 atau ATV. start hiking dalam lebih kurang jam 8.30 pagi. mula-mula nak naik memang pacak sebelum mendatar. disebabkan aku dah lama tak hiking ni takut juga kot-kot termuntah apa semua. aku pernah hiking dekat mana ntah boleh termuntah 😠hujung jari sejuk dengan muka pucat. padahal sebelum hiking dah jamah sikit makanan. tak silap aku nasi lemak kot. LOL benda dah lama. tapi bila difikirkan buat malu je. bukit tu bukan tinggi mana pun. tapi tu la, cara kita hiking pun boleh jadi faktor. jadi dengan perlahan-lahan. aku cuba kawal cara pernafasan. ikut pace kita jangan terlampau ikut pace orang lain. alhamdulillah. semuanya baik-baik saja bila sampai atas.
![]() |
| orang lain naik pelamin. kau naik bukit. dekat bukit pun ada pelamin |
dah sarapan, dah bergosip, dah berposing bergambar beramai-ramai, lebih kurang 10.30 pagi masing-masing dah mula turun. ada yang tak larat naik 4x4 tapi kena bayar rm10 sekepala. aku pula konon nak santai-santai je masa turun. tapi lutut dengan jari kaki tak bagi kerja sama. terutama sekali hujung jari kaki. kalau kita turun, selain lutut kena tahan graviti, hujung jari kaki pun ya juga. jadi terhimpit dengan kasut. nak taknak aku terpaksa berlari-lari anak. alhamdulillah sampai bawah dengan selamat. yang mana susah nak turun aku bagi tips dekat diorang suruh jalan macam ketam. dapat kurangkan sikit sakit lutut.
bila dah sampai bawah, masing-masing ucap selamat tinggal. aku sebagai usher kakchik cuma memerhati dari jauh. kawan-kawan kakchik yang ni aku tak berapa kenal. aku kenal dengan kawan-kawan dekat HQ dia. kakchik pun dah hampir 4 tahun kerja dekat cawangan. ulang alik la dia dari klang ke kajang.
![]() |
| info board berkaitan dengan Kebun Che Mah |
sebenarnya kalau kita naik lagi dan teruskan perjalanan boleh je sampai dekat Empangan Klang Gates, juga boleh sampai ke perkampungan orang asli. orang asli suku apa? tak pasti. banyak lagi aktiviti rekreasi yang lain. dengar cerita ada kebun batu permata.
MyLittleNote:: boleh dah kot sikit-sikit hiking. nak comeback hiking gunung pulak. rindu! jya mata ne!




19 comments:
Tenang je mata ni dan minda bila tengok warna hijau2 ni.
Nice...Sy last hiking tahun 2013 kot..Dkt bukit broga =)..itu dipanggil hiking ke? Entah la...janji kita panjat bukit =)
Uish..kebun batu permata..
Nie kalau ada geng, teringin juga hiking .tp,takot semput je.. hahaha
Eh, samalah kita last hiking gunung Angsi. Tapi saya tahun lepas lah. Saya dah 7 bulan cuti hiking. Rindu betul nak hiking. Tapi apakan daya, kena rehat dulu.
Dah lama tak hiking, okaylah tu mulakan dengan mudah-mudah dulu buat panas enjin. Betul, cara hiking tu kena betul baru kita fit untuk turun naik. Ni dah start ni, rasa-rasa lepas ni rancak naik turun bukit ke gunung ni. Keep it up!
Tahniah che Mah ada kebun atas gunung
Boleh pula hiking guna crocs. Macam sayapun jalan laju guna crocs juga.
uish kakchik ulang alik klang kajang everyday? ni bangun pukul berapa nak gi kerja agaknya haha
kebun che mah ni pernah dengar sebab ada port breakfast. dah penat2 buang lemak, boleh topup balik kan :p trek dia pun nampak santai n sesuai utk keluarga
Menarik...akak pun minat hiking...lama dah x pi ni...kena tu nggu anak dara akak balik cuti dulu...
betul tu.. kalau kita jalan slow dapat la menikmatinya.. kalau dah semput tu tak sempat nak nikmati.. hehe
hiking juga tu sebab kena naik bukit. haha
takpa, boleh je slow-slow ikut pace kita. haha
seronok naik gunung angsi kan? mana tahu lepasni rancak naik turun bukit/gunung.. inshaAllah.. terima kasih bagi semangat !
nak pergi kebun pun kena daki bukit. haha
jalan laju saya tak boleh guna crocs, nanti kaki melecet.. kalau hiking rasa selesa.. tak tahu kenapa. haha
yep, everyday :') dia kata kena bangun pukul 5am tiap hari. haha tu pun mujur dia naik public transport.
baru ada semangat nak hiking kalau kat atas ada nasi lemak. haha
boleh la akak cuba dengan dania nanti.. santai2 sambil bersarapan..
Tahniah dik! Moga lepas ni makin rajin panjat bukit. Buatlah sementara ada masa dan kudrat.
Zaman akak remaja dulu, hiking guna sandal bertali tu je. Sebab masa tu duit tak berapa ada dan tak ada pengetahuan pun 😅. Main ikut kawan. Padahal pakai kasut dan pakaian yang sesuai boleh memudahkan pergerakan dan untuk keselamatan.
Sekarang bila dah mampu beli, jarang pulak pergi hiking. Cabaran masa dan kudrat.
Tahniah! Bukan senang nak sampai situ.
dulu member penah ajak smpi ke empangan klang gate tu. tp disebabkan cuaca tak menentu, akhirnya smpi ke sudah kami x pegi...
Post a Comment