Wednesday, August 11, 2021

Resin Alphabet Keychain

بسم الله الحمن الرحيم

Resin ni ada satu liquid yang lama-lama jadi plastik beku yang hmm aku sendiri taktahu nak explain macam mana 😂 bagi budak-budak sains adalah satu polymer chemistry. Resin ni juga adalah rembesan dari pokok yang mana dulu zaman kecik-kecik bila panjat pokok atau cederakan pokok, mak-mak akan berkata nanti pokok nangis. Terbukti la rembesan dalam bentuk titisan air yang keras. Kononnya pokok sedang menangis. Dalam istilah industri pulak - resin ni salah satu compound chemical yang unik yang akan membeku menjadi benda yang boleh tahan lama. Dia punya proses nak keras tu bergantung pada jenis resin atau jenis tempat untuk dijemur? 


Padahal benda yang tak perlu nak explain, tapi aku kena explain atas rujukan sendiri mahupun orang lain yang tidak tahu apa itu resin. Sebenarnya pun aku taktahu resin tu apa. Bila dibaca balik. Ohhh ini ke? Patut barang-barang banyak dibuat daripada resin, especially benda-benda kecil seperti deco or keychain or barang hiasan. Aku selalu tengok benda-benda art dari instagram apa ntah tak ingat. Tapi macam lama juga IG tu tak buat tutorial. Kalau tak dia akan buat keychain or anting-anting yang cute. Tuang cecair jernih yang dicampurkan macam-macam untuk nampak meriah. Dikeringkan dan menjadi benda yang cute. Lama-lama kelamaan baru aku faham cecair tu adalah resin. 


Resin ni sekarang quite popular dekat Malaysia. Banyak yang aku jumpa dekat tiktok dan shopee. Dekat tiktok mostly diorang tunjuk cara-cara nak buat. Dekat shopee, sudah semestinya small business yang jual art-art sebegini. Satu hari aku ada scroll twitter. Tetiba aku terjumpa satu tweet yang menjual resin alphabet keychain. Selama ni duk usha memang harga dia satu biji tu hampir mencecah RM10, tapi seller ni buat promo jual 2 RM10. Jadi aku tak teragak-agak untuk membeli terus saja whatsapp seller tu. Aku pilih floral design memandangkan aku ni florist part time. Aku beli sebab terkenangkan keychain dekat kunci kereta yang dah hancur. Tak selesa takda apa-apa dekat kunci tu. Satu untuk aku, manakala satu lagi aku hadiahkan dekat Khal merangkap kawan baik sejak sekolah lagi. Senyap-senyap aku pasangkan dekat kunci kereta dia. Seronok tengok reaksi dia. Oh ye, keychain tu lawa sangat. Aku puas hati. Kalau ada yang tercacat tu biasa lah, handmade. Kalau kilang buat nampak kemas la kan. 



Cantikkan? Yang ni aku beli kali kedua khas untuk cousin yang rapat sejak dari kecik, satu lagi hadiah untuk teman semasa menjalani tempoh latihan praktikal juga merangkap sebagai teman hiking Gunung Tahan. Boleh la beli beramai-ramai dengan seller ni. Peramah and sentiasa update dekat customer. Boleh follow IG dia guys By Mira nak belikan member hadiah pun boleh je bagi keychain ni. Comel je. 


MyLittleNote:: jaga diri dan pastikan jaga kesihatan mental anda. Jya mata ne!

6 comments:

  1. cantik..dia guna real flower kan..

    pernah nmpk souvenirs bunga orkid depa mcm ni..

    ReplyDelete
  2. Comel. Akak selalu juga tengok seller jual barang-barang utk jual resin craft ni. Memang rambang mata! Ada macam-macam acuan dan hiasan.

    ReplyDelete
  3. ada nampak kat ig! pastu ada satu ni dia buat coaster guna resin. pun cantik :D harga memang mahal kalau benda2 camni tapi rasanya resin tahan lama

    ps: boleh tak nak tahu kat mana tempat cybersecurity yg awak komen kat latest post tu? hehe thankyouu

    ReplyDelete
  4. Cutenyaa, kita selalu nampak benda ni dekat tiktok!

    ReplyDelete
  5. Cantik sangat. Pernah tengok orang buat kat TikTok. Agak leceh juga. Tapi kalau dah minat, nampak mudah kan.

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.