Friday, November 25, 2011

Ape ye???


(tak tahu nak edit bagi warna.. ada photoshop, tak tahu guna.. tau guna photoscape je..hehehe)

Thursday, November 24, 2011

Demam Matsumoto Jun



<3 alangkah seronoknya kalau ana dapat jumpa matsumoto jun.. tapi ana lebih suka dia jadi sawada shin.. comel2 =) alamak! dah terlebih berangan dah ni.. hik hik hik


PERSOALAN

betul ke sawada shin ni suka cikgu dia.. yankumi a.k.a yamaguchi-sensai / yamaguchi kumiko..
episod last dalam Gokusen.. 

tetsu-san = ojou is in love with you, but i will not give her up
shinohara-san = alright, i wouldn't have it any other way.
detective 2 = what? are you two going for her? does that mean that the three of us are rivals?
sawada shin = sorry, but make that four of us

ahhhhh!!!
bila tengok gokusen special,, ana tertunggu2 bila sawada menyatakan sukanya pada yankumi.. huhu.. rupa2nya tak ada.. =( urm, kalau mereka berempat lawan siapa dapat pikat yankumi.. dah semestinya shinohara-san yang dapat sebab yankumi pun suka dekat shinohara-san.. HAHAHA

sudah2 lah tu berangan Hanisah-chan.. wuah.. wuah..(bila masa pulak ana jadi minah jepun~ apa salahnya =)
gomenasai, watasziwa wa kokkode arimasu..
sorry, i've got to stop now..
mata oaishimaso!
until we meet again!
sayonara!!


fuyoo.. cakap bahasa jepun.. haha


Tuesday, November 22, 2011

Archery

memandangkan sekarang ni tengah hot pasal sukan sea 2011 Indonesia, ana pula sibuk2 nak cerita tentang sukan kesayangan ana.. Archery.. 

hehe,, bergaya sungguh ana pegang bow.. diapit dengan junior2 form 4 dan rakan sepejuangan..

peserta lelaki..

peserta perempuan..

cuba teka ana dimana.. hehe..

gaya seorang pemanah negara.. hehe..(insya-Allah, nak juga jadi pemanah negara)

pic tak nampak muka, nampak tiang je..(buat mood marah pada tukang tangkap gambar)

syukur alhamdulillah.. memang tak disangka2.. ana menang bronze medal.. lagi pun belum cukup setahun ana main archery ni, dan lagi satu, kelab memanah dekat sekolah ana pun baru ditubuhkan.. memang tak disangka2.. memang gelabah waktu tu sampai terlupa nak ambil sijil, semua orang gelak.. malu ana! tu pun rasa macam tak percaya.. 

oh, lupa pula.. gambar2 di atas gambar masa archery tournament peringkat MSSD.. ^_^




Mat Salleh sesat???

balik rumah dari sekolah.. ana terus menuju ke dapur untuk mencari sumber rezeki yang boleh mengenyangkan perut ana.. lapar gila!!


selesai makan..
kakcik mula menjalankan tugas untuk menyampaikan berita pannaass.. kepada ibu..
ceritanya..
pagi tadi ibu pergi kerja.. so yang ada dekat rumah hanya ada bapa, kakcik dan budak kecik(my nephew)..
kakcik pun terdengar satu suara yang memelikkan..(macam seram je..)
ada orang datang lah.. 
kakcik intai, dia ingat kawan bapa.. tengok macam orang cina.. cerah kulitnya.. tapi kemerah-merahan.. orang putih ke?? kakcik pun turun selepas mengenakan tudung yang sesuai.. 
tetamu yang tak diundang.. rupa2nya orang putih dari itali.. orang itali kalau cakap bahasa inggeris kan ada slangnya.. kakcik tak ada masalah sebab dia dah biasa dengan bangsa lain cakap english.. pot..pet..pot..pet.. rupa2nya orang itali tu nak jual mesin gergaji(gergaji pokok).. harga yang ditawarkan RM500.. mak ai..0_0
kakcik ganyang minta kurang..erm.. tak dapat.. 
orang itali tu tanya kakcik dah kahwin ke belum sebab dia nampak kakcik dukung budak kecik.. mestilah kakcik still single.. orang itali tu pun tanya umur kakcik.. kakcik suruh teka.. orang itali tu tak boleh teka sebab kakcik pakai tudung... then, kakcik bagi tahu umur yang sebenar.. orang itali tu tak percaya sebab dia tengok kakcik macam budak sekolah menengah...(hehe, sebab faktor ketinggian..oppss!)
lepas tu, orang itali tu suruh tunggu 3 bulan lagi sebab nak jodohkan kakcik dengan ananknya.. hehe kakcik tolak.. hurm, tak nak ana ada abang ipar orang putih..


Friday, November 18, 2011

Gokusen / ごくせん

sedang enak menonton j-drama gokusen.. ceritanya memang lawak.. gokusen mengesahkan seorang guru yang bercita2 tinggi nak jadi guru yang cemerlang.. tapi dia mempunyai rahsia.. merupakan generasi yang ke-4 dalam kumpulan gangster..(agaknya lah kot.. tak pastilah..) dia sanggup melindungi anak muridnya yang perangai macam gangster.. dia juga seorang guru yang agak pelik sedikit.. maklumlah.. dia tu pun perangai macam gangster.. tapi terpaksa bersopan santun untuk melindungi rahsianya..

cerita ni pun dah lama.. ditayangkan pada tahun 2002.. masa tu ana baru darjah 2.. hehe.. kepada sesiapa yang tahu cerita ni.. meh lah kita kongsi2.. haha

ana suka hero dia.. Sawada-kun..^_^