Friday, April 28, 2017

Lain Bidang

bismillahirrahmanirrahim

sebenarnya dah setahun lebih aku tukar bidang. bidang aku yang seasalnya seorang interior designer a.k.a interior architecture menjadi seorang graphic designer di sebuah company yang berindustri fashion. gitu kelaut aku pergi. memandangkan dah lama juga aku minat dengan fashion ni. dari zaman sekolah rendah but aku bukan jenis berfashion yang mengenakan pada diri sendiri. aku suka buat untuk orang lain. contohnya aku akan apply pada kakchik. hahaha! konon dulu kau la reti fashion bagai. tak berani pakai shawl tapi lepas habis zaman diploma terus kau gila pakai shawl. takut dengan pandangan orang kununnya.

memang minat menjahit tapi tu la kadang malas sebab selalu kena buat detailing. bab detailing la aku paaaaling malas. bab detailing buat working drawing rajin pulak kau ye. hahaha!

ingat dulu nak belajar dekat Giat Mara ambil jahitan. sumpah nak belajar menjahit supaya kau dapat cipta baju yang cantik lagi muslimah yang menutup aurat gitu. tapi zaman sekarang ni banyak dah baju muslimah yang ada. beli jubah dekat Jalan TAR pun dah cukup. hahaha!

----------------

yang kerja dekat florist dan decor tu aku dah lama juga berhenti kerja dekat situ. almost setahun lebih. yakan aku dah kerja dekat company ni selama setahun. mesti lah dah setahun lebih aku tinggalkan dunia bunga-bungaan. dan company fahsion tu bukan Bella Ammara, bukan juga Leeyanarahman. company fashion biasa. ada butik. dan lawaknya bila diingatkan balik aku pernah buat final project tentang butik pakaian. bila dah ceburi dunia dan bidang ini. ilmu tu lagi banyak kau dapat dan rasa macam. arkh! aku rasa macam tak puas pula masa final project dulu aku tak collect data betul-betul. 

alaaa yang tak payah nak fikirkan lagi sebab aku dah convo dah pun. mihmih~



tapi kadang tu rindu 200% juga pada dunia construction ni. and guest what, masa office pindah dulu. bos aku biarkan aku sorang-sorang handle contractor urusakan air cond, wiring and so on. huuu~ bakat ID tu masih wujud lagi. cari contractor untuk pasang signboard. kadang susah juga kan bila kita dah fikir design bila orang letak limit bajet yang kecik. hahaha

MyLittleNote:: sampai sekarang aku masih teraba-raba dengan target kehidupan. lol kau bukan budak-budak lagi. jyaa ne!

Monday, April 17, 2017

My First Contact Lens

bismillahirrahmanirrahim

dah lama sebenarnya berangan nak guna mata berwarna warni ni. minta pendapat minta pandangan dengan kengkawan yang dah pakai. etc semuanya bagi feedback positif dan ada yang negative. ambil masa juga la nak buat survey. bertahun kot! gigih? ya. untuk kesihatan dan kebaikan mata sendiri mesti la kena gigih buat survey. mana boleh terjah macam tu je. yedak (?)

influence dari orang sekeliling ke sebab nak pakai contact lens ni? tu salah satu sebab juga. sebab lain orang asyik ingat umur aku ni budak baru lepas SPM. ye makcik. saya tahu saya ni immortal macam Goblin. kihkihkih. ye, mungkin sebab pemilihan bingkai cermin mata aku ni. style sangat sampai nampak macam umur 18 tahun. hahaha!

so dengan itu aku amik keputusan nak beli juga. dah berapa banyak kali dah aku asyik usha kedai cermin mata. asal jumpa kedai cermin mata je nak terjah. lepas tu mengada nak tanya "cik, contact lens ni berapa harga?" lepas dah tahu harga blah.

satu hari tu ada kedai baru buka area office tempat aku kerja. kedai cermin mata. gedik juga nak pergi usha tanya harga, quite cheap dari kedai sebelum-sebelum ni pergi survey. next month lepas dapat gaji terus pergi beli. dalam hati masih ragu-ragu tu. disebabkan nafsu nak juga pakai. maka beli la. memang survey tanya mana-mana kedai bila aku bagitahu power diorang suggest kena beli 2 kotak. boleh la 2 kotak untuk 2 bulan. tapi kedai ni aku beli 2 kotak dia bagi RM50. harga asal satu kotak RM30. murah la tu kan. guna jenama iContact. member cakap iContact pun elok pakai. sebab dia pakai iContact juga. 



bermula la sesi membelajaran macam mana nak pakai lens. gigih juga. cina tu kata setengah orang nak belajar pakai lens hampir setengah jam. alhamdulillah aku belajar tak sampai setengah jam. mata berair je tetiba masa nak apply tu. dia kata normal kalau first time pakai. jadi kepada sesiapa yang nak cuba pakai contact lens. biasakan jari bersih anda menyentuh bola mata. atau jenis yang tak takut pakai eyes drop. dulu aku nak pakai eyes drop pun dah ketakutan. minta kawan pakaikan. gedik bukan?

bila pakai tu memang akan rasa mata tu ada something. lepas pakai kiri dan kanan, terus menangis peluk kawan office. rasa macam dapat mata baru. jenis orang yang dah lama pakai cermin mata memang gini perangai dia. LOL sangat! 

first day pakai kena 4 jam, next day 6 jam and the then 8 jam. kalau lebih 8 jam kena pakai eyes drop. dan kena jaga elok-elok mata tu bila dah pakai lens. jangan main hentam je. dan setakat ni aku pakai 6 jam lebih je. sebab silau mata aku tinggi. so nak buat kerja hadap laptop pun susah. berjalan kawasan terang dengan cahaya matahari je cerah. bila masuk building yang berlampu tu jadi orang yang rabun sebab tak berapa jelas. 

disebabkan aku ni kerjanya hadap laptop (buat kerja grafik) terpaksa la hold dulu pakai. pakai bila waktu sesuka hati je la. hahaha. membazir je. lepas tu cakap dekat member this is my first and last pakai lens. lepas tu dia bebel, kahwin nanti pakai juga lens. LOL. kahwin nanti aku nak pakai cermin mata. dulik apa! haha

MyLittleNote:: silau makin tinggi sekarang ni. gara-gara drive memalam orang pakai lampu tinggi. menyirap darah woi bila hadap manusia perangai jenis gini. aku tahu la kereta kau power dari aku. lol. jya mata!

Friday, April 14, 2017

April is Spring

bismillahirrahmanirrahim

semua orang ada instagram kan? kalau tak ada tu maybe dia tak berapa minat dengan laman sosial tu macam orang tak minat dengan wechat. bash budak-budak wechat!! haha. disebabkan aku banyak follow orang-orang yang stay dekat Jepun. follow orang-orang Jepun Muslim. maka instagram wall penuh dengan gambaran bunga sakura yang sugoii. *heart eyes*

kadang-kadang berangan nak berhanami dibawah pohon sakura. petals sakura berguguran lepas tu terjumpa jodoh pula. euwww sangat! err, yang jumpa jodoh tu abaikan la. haha. favorite flower dari kecik juga. cuma berharap sakura tu warna biru sebab aku suka warna biru. merepek sangat wehy. cukup la langit indah tu buatkan bunga tu nampak lagi lawa. dan berharap sangat dapat sentuh the real sakura. sakura malaysia tak berguguran. pokok pun renek. haha. tacoma je yang dapat buat aku rasa acah-acah berada dekat nihon. 

[kredit to google]

[kredit to google]

dan April is my month. and I love April. dulu waktu kecik-kecik main dengan cousin, suruh dia panggil aku April. terlebih tengok drama indon lerr ni. lepas tu panggil dia Disember. haha motif sangat! #babyapril sebenarnya. hikhik

and I really don't know why I'm so fall in love with Japanese people, country, culture and many more! really love it. impian dari kecik sampai la sekarang. cuma belum ada rezeki lagi nak pergi ke sana. I hope one day. 

MyLittleNote:: sekarang ni cuba nak belajar bahasa jepun. belajar kenal huruf hiragana duluan. kanji payah banget sik XD jya ne!