Monday, December 29, 2014

Kisah Seterusnya

Hanamiko Sakura is typing...
stop
delete

Hanamiko Sakura is typing...
stop
delete

sigh.
aku tak tahu nak mulakan mukadimah yang macam mana. balik balik taip lepas tu delete. macam ini lah kalau kes dah lama tak menghapdet dan masalah writing block. heyyy, seorang blogger kadang-kadang mengalami writing block okay. (sebenarnya kalau malas tu cakap la malas okay)

oh ye,
sekarang semester baru bermula untuk adik-adik diploma macam saya ni. (tapi ni tengah cuti mid sem) dan sem ini seperti diutarakan. this semester, i'm practical student in somewhere company. hehe. somewhere company sudah tentunya dekat KL. pengorbanan nak cari ilmu jauh-jauh kena ulang alik dari Klang ke KL. mujur ada kakak-kakak berkhidmat di KL juga. kalau tak memang aku sorang-sorang terkontang kating dekat bumi metropolitan ni. by the way, kakak-kakak ini juga berulang alik dari Klang ke KL. dapat lah juga rasa pengorbanan dan kepayahan mereka kena bangun sebelum subuh untuk bergegas ke tempat kerja. terkejar-kejar KTM dan mengelak kesesakkan lalu lintas. (TT_TT)

kemudian.
Hanamiko Sakura loading...

sepuluh minit kemudian...

okay la. dah tak tahu nak cerita apa dah.

mari kita sama-sama menadah tangan berdoa semoga semua magsa banjir selamat hendaknya. dah ramai kematian yang dilaporkan. 


oh ye, saya ada perniagaan online. tapi saya buat dekat account instagram je.
sila sila jemput follow dan beli. hehe
@ananeesa

MyLittleNote:: bertaubatlah sebelum nyawa dicabut dari kandung badan. Jauhi Maksiat ! jyaa ne!