bila dah lama tak menulis. rasa awkward pula nak karang ayat.
cerita ini diceritakan dimana aku bersama kawan-kawan studio berjimba untuk explore alam semulajadi di sekitar negeri Perak. selagi berpijak di bumi Perak. selagi itu kita akan meneroka sebelum pulang ke negeri asal. memandangkan semester ini adalah semester terakhir bagi kami.
pagi itu bergerak dalam pukul 9 lebih disebabkan masalah komunikasi. handphone cabuk ku masuk dalam air kemudian aku tak dapat menghubungi kawan-kawan yang lain. masing-masing dalam keadaan kelibut disebabkan urusan yang tidak sistematik. mungkin? biasa lah perempuan kalau nak bersiap lambat sikit.
destinasi yang pertama. pergi ke Taman Rekriasi Gunung Lang terletak di Ipoh.
bila dah sampai excited bukan kemain lagi. tak sabar melihat keindahan ciptaan Tuhan.
sebelum masuk ke dataran Gunung Lang, tetamu akan berpeluang untuk memberi makan ikan. ya Allah, ikan keli tu besar banget sampai aku tengok pun menelan air liur. otak dah terbayang kalau masak masak lemak cili api ke masak asam pedas ke. perghh, eh chop. ikan keli masak asam pedas?
syarat nak pergi dataran tu kena naik bot. harga tiket aku dah tak ingat. haha, maafkan saya. tapi harga bot tu memang harga pergi balik.

salah satu cara kita mendekatkan diri dengan Allah bila melihat ciptaanNya.
bila dah sampai ke jeti sebelah sana. kami pun turun dan berjalan menuju taman. semasa perjalan ke jambatan, terlihatlah binatang ini. tuntung ka labi-labi ka kura-kura?
idea untuk membawa bekal untuk piknik ni idea kawan aku. punya lah excited nak berjalan sanggup buat bekal untuk piknik. lagi pun dapat lah jimat duit makanan luar. dan kami dapat lah berpiknik di Gunung Lang disebabkan sebelum bergerak tu kami belum sarapan lagi. masing-masing bukan kemain kelaparan.

destinasi seterusnya ke Lata Kijang terletak di Tapah.
ketika didalam destinasi ke Tapah, budak-budak tu teruja dengan tiba-tiba apabila terlihat signboard ke Gua Tempurung. tanpa berlengah, singgah sekejap melihat keadaan sana. aku dengan teruja pun bersetuju disebabkan kali terakhir aku datang Gua Tempurung masa tingkatan 5. ketika itu kelab memanah di sekolah aku buat rombongan ke sana. menggamit memori silam lah aku. haha. malangnya Gua Tempurung tutup sementara waktu atas kerja-kerja renovation. alamak, salah timing datang.
duduk didepan gua. angin gua dia, mashaAllah sangat sedap dan sejuk.
destinasi ke seterusnya ke Lata Kijang.
sebenarnya aku nak bawa kengkawan aku ni pergi mandi sungai yang ada air panas tu. tapi aku tak ingat nama tempatnya. jadi hanya terlintas Lata Kijang. bila dah jejak kaki disana. aku tergamam. tak pernah ku jejak di sini sebelum ini. betul kah? atau tempat ini banyak berubah?
kebetulan waktu tu hujan. tak ada rezeki nak bermandi manda. maka kami sambung berpiknik kami dalam keadaan hujan lebat tu. bila hujan mulai reda, aku start masuk air sebab nampak ada budak lain pun masuk. tak sampai seminit masuk, dah kena panggil. katanya air deras, tapi bahagian yang aku masuk tu tak deras. bila aku naik, dekat bahagian lain, mashaAllah, deras sungguh. sebelum tu cetek je bahagian situ. sampaikan ada foreigner yang luka kaki disebabkan kederasan air tu. nasib baik anak-anak dia selamat. hampir menghanyutkan dia. terus aku jadi seriau. suasana ketika itu dalam keadaan kelibut.
kemudian kami berkemas dan pulang.
sempat la juga aku baca cerita dongeng tentang Lata Kijang ni. nak cerita tapi aku ingat-ingat lupa. tentang makhluk bernama Kijang tak silap aku. hikayat zaman dulu kala. bila diingatkan, memang mengarut, tapi cerita-cerita zaman dahulu ni menarik. ibarat kita tonton filem P.Ramli.
dan diakhir pengembaraan ini, aku minta kawan-kawan aku ni hantar aku ke Sungkai. disebabkan rumah mentua abang aku kat Sungkai. abang dan kak Zee pun balik kampung. kebetulan waktu tu cuti lama. cuti merdeka. nampaklah basinya cerita aku ni. hahaha.
MyLittleNote:: sebenarnya aku baru ingat, yang ada air panas tu tempatnya Kuala Woh. apadaaam tak tahu beza Kuala Woh dengan Lata Kijang. dan hey, aku akan aktif blog. jyaa ne!