Wednesday, July 3, 2024

Kembara ke Kelantan dengan Ekspres Rakyat Timuran

Konnichiwa! こんのちは!


(Disclaimer: this is a dump long lost story in the year 2021)


Aku dah lama plan, kalau kakak balik Kelantan aku nak ikut. Tiba-tiba masa tu pulak abe Raat nak balik awal. Ah sudah, aku cuma apply cuti satu hari je. Nak apply lebih-lebih kang risau pulak tinggalkan banyak kerja dan membiarkan officemate terkontang kanting buat kerja. Jadi aku ajak kakak naik Anatarabandar KTM. Asalnya ingat nak naik bertiga je. aku, kakak dan Harith-chan. sekali abe Raat suruh bawa semua sekali termasuk Hazem-chan, Hana-chan. Okay takpa, I will let the kids this experience. 


Perjalanan bermula pada hari rabu malam which is malam khamis. Balik kerja aku terus berkemas dan bergerak ke Bahau dengan menaiki kereta yang dihantar oleh abang. Sebenarnya boleh je naik ETS dari KL Sentral ke Gemas. Tapi aku nak jimat duit dan masa, jadi kita gunakan orang lain. HAHA


Budak-budak nampak gembira tapi sebenarnya mengantuk


Tiket dari Bahau ke Wakaf Bharu memang cuma ada 1 masa saja iaitu jam 1.11am. Sebab tu budak-budak mengantuk. Dalam perjalanan ke Bahau dari rumah pun diorang sempat tidur. Masing-masing muka mamai baru bangun tidur. Tak tahu la diorang tidur balik ke tidak dalam kereta api.


Tunggu kereta api yang tak kunjung tiba


Suasana dalam gerabak kereta api Ekspres Rakyat Timuran


Masa beli tiket, aku tak dapat nak secured tiket katil. Yang ada hanya cuma tiket kerusi sahaja. Lambat beli tiket, begini la nasibnya 😆 Suasana tidur dalam keadaan duduk. Tak seseronok naik bas sebab lampu terbuka. Dengan orang keluar masuk pintu nak pergi tandas. Tidur pun dapat tidur-tidur ayam. Budak-budak pula sambung tidur agak lewat juga. Mungkin tak selesa tidur dalam keadaan duduk dan cahaya lampu yang menganggu mata mereka. 


Tempat duduk yang mungkin tidak selesa untuk tidur


Menikmati permandangan alam semula jadi


Waktu subuh aku dan kakak solat duduk. Masa tu aku tak tahu yang dalam kereta api ni ada menyediakan surau. Maklum la tak banyak buat kajian. Main redah je. Sebenarnya dulu aku pernah naik kereta api ni sewaktu latihan  industri di Merapoh. Nak merasa balik Selangor naik kereta api. Bersendirian pula tu. Sampai je dekat Bahau, aku dah terkebil-kebil tengok suasana pekan yang terasa asing. Sampai Bahau, ngam-ngam waktu subuh. Jadi tiada masalah solat subuh.


Bukit batu kapur di stesen Gua Musang yang memukau permandangan mata


Sampai je stesen Gua Musang, kereta api berhenti agak lama. Ada penjual makanan untuk sarapan. Sepanjang kereta api ni ada 1 gerabak khas untuk kedai makan. Harga makanan pun boleh tahan mahal. Sebab tu ramai penumpang lari ke penjual di stesen Gua Musang. Kakak pun sempat turun beli makanan. 


Seronok bila sampai stesen tempat latihan indusri dulu. Rasa macam balik rumah


Belakang tu pintu masuk ke gerabak. Ada orang pernah buka, aku pun tak berani sebenarnya


Dalam kereta api ni boleh je berjalan dari gerabak ke gerabak yang lain. Hazem-chan pun perlukan berjalan untuk bergerak. Tak terasa kematu la duduk sepanjang 12 jam perjalanan ni. Kakak pula berkesempatan pergi ke hujung gerabak dan merekod permandangan landasan dan suasana alam semula jadi yang berkabus. Aku pula tak terfikir 😂


Dah sampai!


Kami sampai di Wakaf Bahru dengan masa yang dijanjikan dalam tiket iaitu 12.14pm. Sampai je kami tersangat la lapar. Aku dah bayangkan makanan Kelantan yang sedap-sedap. Jujur dulu masa mula-mula jejak kaki ke Kelantan, aku tak berapa gemar dengan makan manis dia. Tapi lama kelamaan aku jadi selesa dan sekarang aku dah mengidam nak makan makanan Kelantan *nangis bucu katil* Jadi, yang ambil kami di stesen Wakaf Bharu adalah abe Raat sendiri.


MyLittleNote:: kakak ajak ulang lagi naik kereta api Ekspres Rakyat Timuran  lagi sebab kakak tak puas hati tak dapat katil. HAHA. Jya mata ne!