Friday, August 29, 2025

Terkedek-kedek Dua Ekor Itik

konnichiwa minna san!


dulu masa ada ibu, ibu pernah bela itik. nenek pun sama. disebabkan kenangan waktu tu masa muda, aku macam takda pengalaman sangat bela itik ni. aku dengan kakak sama-sama bingung. kadang sampai taktahu bezakan diorang ni jantan atau betina.


impromptu bela itik la kiranya. aku dengan kakak konon pergi MAHA 2024 sebab nak cari anak ayam warna warni. masa tu viral betul orang duk membeli. aku pula lambat ajak kakak pergi. bila dah hari terakhir, ayam pulak habis. merajuk kakak. yang paling merajuk si Harith-chan. tak dapat ayam, dia nak itik pulak 😫 maka, kami pun membawa anak itik tu yang taktahu jantan ke betina balik ke rumah. dari Serdang sampai la ke Klang. bila dah sampai rumah, abe Raat la yang membela. mujur la ada abang ipar yang memang membesar dekat kampung. dia la yang buatkan reban, larang kakak bagi makan sisa nasi basi. rajin tukarkan air dan layan mandikan dia tiap kali balik kerja. dia juga yang cadangkan untuk tambah anak itik untuk dijadikan peneman. 


bising minta makan


lepastu lari 🦆


anak itik tu belinya 2 ekor, tapi sekor hilang. bila dah hilang tu tinggal berdua je. diorang ni memang asal dari rumah kakak. tapi masa raya haritu kakak nak balik kampung mentua dekat Kelantan, dipindahkan ke reban belakang rumah. tu pun bekas reban belaan ayam-ayam ibu dulu. ayam masih ada, tapi bapa yang bela. 


yang kelakarnya dua ekor ni species itik yang berbeza 😫 mula-mula kakak kata itik serati tu jantan. aku cakap ni itik betina sebab aku pernah nampak nenek pernah bela itik serati yang jantan. merah dia banyak dari yang ini. kitorang pun lantak la, asal bagi makan minum cukup dan diorang pun sihat. 


sekarang ni dah hampir setahun bela diorang, nakalnya bukan kemain. asyik minta keluar. kalau sekor takda, mula la mulut dia tu bising. yang bising tu Kitam. itik serati tu nama dia Maha. sekali nohhh jiran aku cakap dedua itik ni betina. kemain rancak diorang bertelur kalau dibagi dedak dengan jagung. tapi diorang taknak makan sangat. bapa cakap diorang nak daun-daun, sebab tu memekik minta keluar dari reban. ewahhh. tapi abe Raat buatkan kolam dan tiap minggu dibersihkan. kalau tengok diorang tengah mandi tu, geram rasa. nak pegang tapi melarikan diri. diorang ni nak dekat dengan abe Raat je. mengada! 


semoga Maha dan Kitam sihat hendaknya. kalau tengok Kitam macam tak sihat taknak berjalan tu sayu je tengok. pernah sekali Maha pergi mengeram (tak faham la telur itik kalau takda jantan telur dia boleh menetas ke? 😭) Kitam cari dia keliling rumah sambil menguwek. pernah la menguwek tepi telinga. volume dia kuat sangat sampai aku terkejut. lepas dia jumpa Maha, dia duduk menyendeng, masa tu la dia mula taknak bangun lepastu lembik. cuakkkk mattt.. nanti la ada rezeki lain kita beli itik jantan pula. ayam jantan bapa tu suka kacau diorang. tu lagi buat perangai, awek dia keliling pinggang kot. itik pulak kau nak sebat. 


MyLittleNote:: hasil telur-telur semua aku bagi dekat abe Raat. aku bukan jenis makan telur itik sangat. aku cuma makan telur masin je 😂 bapa pun dah banyak buat jeruk. jya mata ne!

Wednesday, August 13, 2025

Bujang Senja dari Lahir

konnichiwa minna san!


random juga aku ni tengok reality dating show Better Late Than Single. agak lewat juga aku tengok sebab dah habis episod bulan lepas. baru nak tengok bulan ni, senang nak marathon terus. tak tengok promo or trailer pun. memang random sebab poster pink gitu. apa yang membuatkan aku tertarik nak tengok sebab ada perkataan single. tapi single ni lagi menarik minat aku dari Single's Inferno sebab para peserta ni diorang bujang dari lahir. kiranya tak pernah bercinta. pengalaman bercinta tu 0%! sama la macam aku. hahahaha *lawak hambar*


kredit: here


padahal semua peserta cantik-cantik. lelaki tu ada la 2 3 orang yang nampak handsome sikit dimata aku *joke* dan macam mana peserta perempuan yang cantik-cantik tu boleh tak pernah bercinta dari lahir? aku curious. dalam ramai-ramai peserta ni, aku tertarik dengan 2 orang peserta dengan alasan tersendiri. seorang peserta lelaki tu dia cakap, dia mengalami masalah bersosial. kelompok dia kecik je. dia tak berapa yakin dengan diri sendiri dan juga pemalu like pemalu tu teruk gila! terus aku teringatkan diri aku sendiri. rasa nak menangis bila wujud juga ciri-ciri manusia yang sama macam aku. orang lain mungkin tak faham dan akan perlekehkan kita. kita ni nak explain pun tak reti. orang pun bosan nak bersosial kita. bila kita diam, katanya sombong. bila kita nak bersosial, dapat pula reaksi dan layanan macam ni. *insert bingung memes* tapi orang yang ada personaliti macam ni kan, kalau kita buat kerja diam-diam kena tegur jadi gelabah. rasa macam "aku ada buat salah apa?" 


seorang lagi peserta yang buat aku tertarik tu, peserta perempuan. dia cakap dia agak gementar bila bertentangan mata dengan orang lelaki. dari kecik dia bersekolah dengan majoriti perempuan. bila sambung belajar pun dia masuk universiti perempuan. kerja dia pun bidang tarian dengan majoriti perempuan. disebabkan dia tu cantik, dia pernah kena hendap dengan lelaki yang membuatkan dia cemas dan agak trauma. disebabkan tu dia habiskan masa dengan duduk didalam rumah. hobi dia memang suka lepak dekat rumah. aku pun macam ternampak diri sendiri, aku juga agak gementar bila nak bercakap dengan lelaki *cry* aku boleh bercakap dengan lelaki bila berkaitan dengan kerja. setakat nak borak kosong tu memang sayonara!


jalan cerita mereka semua lain-lain. ada yang terlampau sibuk dengan kerjaya sampai tak terfikir tentang soal cinta. ada yang kena buli dan dipulaukan sampai sukar nak bersosial. ada yang agak cerewet tentang pemilihan pasangan bercinta, ada juga yang mempunyai trauma kanak-kanak yang membuatkannya takut untuk bercinta. ada yang terlampau enjoy dengan diri sendiri sampai lupa nak bercinta. 


bagi aku rancangan ni agak menarik, ingatkan orang korea ni semua pernah bercinta, maklumlah kdrama cinta tu banyak. tak sangka tiap manusia itu jalan hidupnya berbeza. kebanyakkan umur diorang ni berumur antara 26 hingga 28, paling tua sebaya aku. tapi dia pakar bedah.. aku pulak pakar tidur. *lawak hambar sekali lagi* 


dulu aku pernah deep conversation dengan Dasol unnie (ahli Blimey) dia cakap, average orang korea kalau berkahwin sekitar 35 tahun ke atas. kalau berkahwin di usia bawah 35 tahun dikira muda. dah tu,  kahwin usia 30an pun dikira paling muda, tak pernah bercinta di usia 26 hingga 28 tahun pula dikira bujang terlajak. hahaha pelik aku 😭 beza betul dengan budaya malaysia. kat malaysia ni, tak kahwin dalam usia 25 tahun ke atas dikira terlajak. 😅


MyLittleNote:: mungkin ada season lain. season ni je la kot yang aku layan.. jya mata ne!