بسم الله الرحمن الرحيم
Sambungan dari : Hiking 2020 #1: Gunung Tahan via Merapoh - Merapoh (Day 3)
24 Februari 2020 | Isnin
hari terakhir ni, kami tekad untuk sampai ke Kuala Juram sebelum asar. walaupun kami sepatutnya bermalam di Kem Kor, kami terpaksa bermalam di Kem Permatang. yang dah barai teruk sudah semestinya aku serta seorang lagi ahli. dia pun agak teruk sebab kedua belah kaki melecet habis! mana tidaknya, sepanjang perjalanan kasut masing-masing basah. jari kaki masing-masing dah kecut macam asam boi 😂 melecet? semua melecet. kuku kaki sampai ada yang nak tercabut dah. aku sampai rasa menyesal pakai kasut hiking. baik pakai je kasut adidas kampung.
orang yang kena gerak dahulu sudah semestinya orang-orang injured macam aku dan sorang lagi tu. yang sorang lagi kaki kerap cramp dia dah okay dah. semangat teruk terus jadi sweeper. aku pun melayan perasaan sepanjang perjalanan menuju ke Kem Kor. dekat Kem Kor ni kami ada tinggal beberapa barang antaranya sampah, pakaian yang tidak perlu dibawa naik ke puncak, kasut adidasku, dan barang-barang lain. kemudian, nak turun kena kutip la balik kan. naya je sampai Pejabat Taman Negara sebab kena kira semula tau sampah yang dibawa naik. waktu ni la ada benda mengeletis dekat tangan aku. nasib baik cepat perasan terus suruh orang buangkan. aku memang dah geli dengan benda pacat ni.
kronologi perjalanan sepanjang 4 hari 3 malam
kami tiba di Rentis Gunung Tahan anggaran lepas asar. Alhamdulillah. jejak je kaki dijambatan gantung tu, aku rasa terharu dan menangis. we did it guys! we did it.. walaupun masa tu ada sorang ahli dengan guide dah sampai dulu dan diorang patah balik sebab nak tolong angkut beg orang lain. aku ditawarkan juga memandangkan aku injured. tapi aku cuba untuk sampai dalam keadaan membawa beban. aku ingin berjaya! gitu la semangat yang membakar dalam jiwa.
![]() |
| betul-betul dah takda rupa bila dah sampai bawah.. HAHA |
![]() |
| sebenarnya ni gambar first day. masa last day kitorang ada tangkap beramai-ramai bersama sijil dekat pejabat pintu masuk Taman Negara. apakan daya! gambar hilang. HAHA |
![]() |
| naik Gunung Tahan pun dapat sijil. bukan saja naik Gunung Kinabalu je |
guide kami bernama Zulhilmy, tapi panggil dia Amy.. menurut kata dia, ni first time dia bawa trip line up kebanyakkan first time hiking tinggi macam ni. line up pun newbies, tiba-tiba pula hujan je manjang sepanjang trip dengan angin kencang dan sejuk beku. HAHA. kalau korang nak naik. boleh je naik dengan Amy.. dia pun banyak tolong aku. tolong bawa barang, tolong swipe, tolong bebel kat aku bila aku hampir give up. dia juga yang komen kata cara aku berjalan bila hiking tu salah. mendapat la kau kaki terseliuh bengkak habis.
MyLittleNote:: okay hutang cerita hiking Gunung Tahan dah tamat! start 2021, 2025 baru habis. HAHA kalau orang kata nak naik lagi? mesti la nak naik lagi sebab cerita ni pun dah 5 tahun. lagipun masa naik takda rezeki nak dapat view cantik.. tapi view berkabus macam tu pun tak semua orang dapat kan.. syukur alhamdulillah.. jya mata ne!
















