Friday, August 29, 2025

Terkedek-kedek Dua Ekor Itik

konnichiwa minna san!


dulu masa ada ibu, ibu pernah bela itik. nenek pun sama. disebabkan kenangan waktu tu masa muda, aku macam takda pengalaman sangat bela itik ni. aku dengan kakak sama-sama bingung. kadang sampai taktahu bezakan diorang ni jantan atau betina.


impromptu bela itik la kiranya. aku dengan kakak konon pergi MAHA 2024 sebab nak cari anak ayam warna warni. masa tu viral betul orang duk membeli. aku pula lambat ajak kakak pergi. bila dah hari terakhir, ayam pulak habis. merajuk kakak. yang paling merajuk si Harith-chan. tak dapat ayam, dia nak itik pulak ๐Ÿ˜ซ maka, kami pun membawa anak itik tu yang taktahu jantan ke betina balik ke rumah. dari Serdang sampai la ke Klang. bila dah sampai rumah, abe Raat la yang membela. mujur la ada abang ipar yang memang membesar dekat kampung. dia la yang buatkan reban, larang kakak bagi makan sisa nasi basi. rajin tukarkan air dan layan mandikan dia tiap kali balik kerja. dia juga yang cadangkan untuk tambah anak itik untuk dijadikan peneman. 


bising minta makan


lepastu lari ๐Ÿฆ†


anak itik tu belinya 2 ekor, tapi sekor hilang. bila dah hilang tu tinggal berdua je. diorang ni memang asal dari rumah kakak. tapi masa raya haritu kakak nak balik kampung mentua dekat Kelantan, dipindahkan ke reban belakang rumah. tu pun bekas reban belaan ayam-ayam ibu dulu. ayam masih ada, tapi bapa yang bela. 


yang kelakarnya dua ekor ni species itik yang berbeza ๐Ÿ˜ซ mula-mula kakak kata itik serati tu jantan. aku cakap ni itik betina sebab aku pernah nampak nenek pernah bela itik serati yang jantan. merah dia banyak dari yang ini. kitorang pun lantak la, asal bagi makan minum cukup dan diorang pun sihat. 


sekarang ni dah hampir setahun bela diorang, nakalnya bukan kemain. asyik minta keluar. kalau sekor takda, mula la mulut dia tu bising. yang bising tu Kitam. itik serati tu nama dia Maha. sekali nohhh jiran aku cakap dedua itik ni betina. kemain rancak diorang bertelur kalau dibagi dedak dengan jagung. tapi diorang taknak makan sangat. bapa cakap diorang nak daun-daun, sebab tu memekik minta keluar dari reban. ewahhh. tapi abe Raat buatkan kolam dan tiap minggu dibersihkan. kalau tengok diorang tengah mandi tu, geram rasa. nak pegang tapi melarikan diri. diorang ni nak dekat dengan abe Raat je. mengada! 


semoga Maha dan Kitam sihat hendaknya. kalau tengok Kitam macam tak sihat taknak berjalan tu sayu je tengok. pernah sekali Maha pergi mengeram (tak faham la telur itik kalau takda jantan telur dia boleh menetas ke? ๐Ÿ˜ญ) Kitam cari dia keliling rumah sambil menguwek. pernah la menguwek tepi telinga. volume dia kuat sangat sampai aku terkejut. lepas dia jumpa Maha, dia duduk menyendeng, masa tu la dia mula taknak bangun lepastu lembik. cuakkkk mattt.. nanti la ada rezeki lain kita beli itik jantan pula. ayam jantan bapa tu suka kacau diorang. tu lagi buat perangai, awek dia keliling pinggang kot. itik pulak kau nak sebat. 


MyLittleNote:: hasil telur-telur semua aku bagi dekat abe Raat. aku bukan jenis makan telur itik sangat. aku cuma makan telur masin je ๐Ÿ˜‚ bapa pun dah banyak buat jeruk. jya mata ne!

Wednesday, August 13, 2025

Bujang Senja dari Lahir

konnichiwa minna san!


random juga aku ni tengok reality dating show Better Late Than Single. agak lewat juga aku tengok sebab dah habis episod bulan lepas. baru nak tengok bulan ni, senang nak marathon terus. tak tengok promo or trailer pun. memang random sebab poster pink gitu. apa yang membuatkan aku tertarik nak tengok sebab ada perkataan single. tapi single ni lagi menarik minat aku dari Single's Inferno sebab para peserta ni diorang bujang dari lahir. kiranya tak pernah bercinta. pengalaman bercinta tu 0%! sama la macam aku. hahahaha *lawak hambar*


kredit: here


padahal semua peserta cantik-cantik. lelaki tu ada la 2 3 orang yang nampak handsome sikit dimata aku *joke* dan macam mana peserta perempuan yang cantik-cantik tu boleh tak pernah bercinta dari lahir? aku curious. dalam ramai-ramai peserta ni, aku tertarik dengan 2 orang peserta dengan alasan tersendiri. seorang peserta lelaki tu dia cakap, dia mengalami masalah bersosial. kelompok dia kecik je. dia tak berapa yakin dengan diri sendiri dan juga pemalu like pemalu tu teruk gila! terus aku teringatkan diri aku sendiri. rasa nak menangis bila wujud juga ciri-ciri manusia yang sama macam aku. orang lain mungkin tak faham dan akan perlekehkan kita. kita ni nak explain pun tak reti. orang pun bosan nak bersosial kita. bila kita diam, katanya sombong. bila kita nak bersosial, dapat pula reaksi dan layanan macam ni. *insert bingung memes* tapi orang yang ada personaliti macam ni kan, kalau kita buat kerja diam-diam kena tegur jadi gelabah. rasa macam "aku ada buat salah apa?" 


seorang lagi peserta yang buat aku tertarik tu, peserta perempuan. dia cakap dia agak gementar bila bertentangan mata dengan orang lelaki. dari kecik dia bersekolah dengan majoriti perempuan. bila sambung belajar pun dia masuk universiti perempuan. kerja dia pun bidang tarian dengan majoriti perempuan. disebabkan dia tu cantik, dia pernah kena hendap dengan lelaki yang membuatkan dia cemas dan agak trauma. disebabkan tu dia habiskan masa dengan duduk didalam rumah. hobi dia memang suka lepak dekat rumah. aku pun macam ternampak diri sendiri, aku juga agak gementar bila nak bercakap dengan lelaki *cry* aku boleh bercakap dengan lelaki bila berkaitan dengan kerja. setakat nak borak kosong tu memang sayonara!


jalan cerita mereka semua lain-lain. ada yang terlampau sibuk dengan kerjaya sampai tak terfikir tentang soal cinta. ada yang kena buli dan dipulaukan sampai sukar nak bersosial. ada yang agak cerewet tentang pemilihan pasangan bercinta, ada juga yang mempunyai trauma kanak-kanak yang membuatkannya takut untuk bercinta. ada yang terlampau enjoy dengan diri sendiri sampai lupa nak bercinta. 


bagi aku rancangan ni agak menarik, ingatkan orang korea ni semua pernah bercinta, maklumlah kdrama cinta tu banyak. tak sangka tiap manusia itu jalan hidupnya berbeza. kebanyakkan umur diorang ni berumur antara 26 hingga 28, paling tua sebaya aku. tapi dia pakar bedah.. aku pulak pakar tidur. *lawak hambar sekali lagi* 


dulu aku pernah deep conversation dengan Dasol unnie (ahli Blimey) dia cakap, average orang korea kalau berkahwin sekitar 35 tahun ke atas. kalau berkahwin di usia bawah 35 tahun dikira muda. dah tu,  kahwin usia 30an pun dikira paling muda, tak pernah bercinta di usia 26 hingga 28 tahun pula dikira bujang terlajak. hahaha pelik aku ๐Ÿ˜ญ beza betul dengan budaya malaysia. kat malaysia ni, tak kahwin dalam usia 25 tahun ke atas dikira terlajak. ๐Ÿ˜…


MyLittleNote:: mungkin ada season lain. season ni je la kot yang aku layan.. jya mata ne!

Thursday, July 31, 2025

Pendakian Setelah 5 Tahun - Kebun Che Mah

konnichiwa minna san!


alhamdulillah akhirnya setelah 5 tahun berehat dari aktiviti lasak. akhirnya dapat jugak jejak kaki masuk trail hutan buat geli-geli training untuk next hiking. mungkin la ๐Ÿ˜†


19 Julai 2025 haritu kakchik cuma bagitahu je tempat kerja dia beramai-ramai satu office buat aktiviti hiking. menurut kakchik, ni aktiviti ikut KPI. semua kena buat termasuk yang berusia. aku ambil kesempatan untuk ikut buat aktiviti ni memandangkan aku dah lama tak masuk hutan. lagipun kali terakhir aku hiking dengan kakchik pun pergi Gunung Angsi (sebenarnya tu next entri.. sebab cerita dia aku simpan elok dalam draft ๐Ÿ˜†)


my signature - hiking guna crocs ๐Ÿ˜† kasut pula jenis tinggi. lantak la


yang lain semua dah naik dulu. yang belum mula ni bergambar dulu


Kebun Che Mah ni dekat atas ada tempat makan ya! geng-geng nak sarapan pagi memang biasanya kena paksa hiking untuk menjamu selesa. tapi sebenarnya selain hike, 4x4 boleh je naik memandangkan trail memang trail tanah merah untuk 4x4 atau ATV. start hiking dalam lebih kurang jam 8.30 pagi. mula-mula nak naik memang pacak sebelum mendatar. disebabkan aku dah lama tak hiking ni takut juga kot-kot termuntah apa semua. aku pernah hiking dekat mana ntah boleh termuntah ๐Ÿ˜ญ hujung jari sejuk dengan muka pucat. padahal sebelum hiking dah jamah sikit makanan. tak silap aku nasi lemak kot. LOL benda dah lama. tapi bila difikirkan buat malu je. bukit tu bukan tinggi mana pun. tapi tu la, cara kita hiking pun boleh jadi faktor. jadi dengan perlahan-lahan. aku cuba kawal cara pernafasan. ikut pace kita jangan terlampau ikut pace orang lain. alhamdulillah. semuanya baik-baik saja bila sampai atas. 


orang lain naik pelamin. kau naik bukit. dekat bukit pun ada pelamin


dah sarapan, dah bergosip, dah berposing bergambar beramai-ramai, lebih kurang 10.30 pagi masing-masing dah mula turun. ada yang tak larat naik 4x4 tapi kena bayar rm10 sekepala. aku pula konon nak santai-santai je masa turun. tapi lutut dengan jari kaki tak bagi kerja sama. terutama sekali hujung jari kaki. kalau kita turun, selain lutut kena tahan graviti, hujung jari kaki pun ya juga. jadi terhimpit dengan kasut. nak taknak aku terpaksa berlari-lari anak. alhamdulillah sampai bawah dengan selamat. yang mana susah nak turun aku bagi tips dekat diorang suruh jalan macam ketam. dapat kurangkan sikit sakit lutut. 


bila dah sampai bawah, masing-masing ucap selamat tinggal. aku sebagai usher kakchik cuma memerhati dari jauh. kawan-kawan kakchik yang ni aku tak berapa kenal. aku kenal dengan kawan-kawan dekat HQ dia. kakchik pun dah hampir 4 tahun kerja dekat cawangan. ulang alik la dia dari klang ke kajang. 


info board berkaitan dengan Kebun Che Mah


sebenarnya kalau kita naik lagi dan teruskan perjalanan boleh je sampai dekat Empangan Klang Gates, juga boleh sampai ke perkampungan orang asli. orang asli suku apa? tak pasti. banyak lagi aktiviti rekreasi yang lain. dengar cerita ada kebun batu permata. 


MyLittleNote:: boleh dah kot sikit-sikit hiking. nak comeback hiking gunung pulak. rindu! jya mata ne!

Wednesday, July 16, 2025

Hiking 2020 #1: Gunung Tahan via Merapoh - Merapoh (Day 4 - Last)


ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…




24 Februari 2020 | Isnin


hari terakhir ni, kami tekad untuk sampai ke Kuala Juram sebelum asar. walaupun kami sepatutnya bermalam di Kem Kor, kami terpaksa bermalam di Kem Permatang. yang dah barai teruk sudah semestinya aku serta seorang lagi ahli. dia pun agak teruk sebab kedua belah kaki melecet habis! mana tidaknya, sepanjang perjalanan kasut masing-masing basah. jari kaki masing-masing dah kecut macam asam boi ๐Ÿ˜‚ melecet? semua melecet. kuku kaki sampai ada yang nak tercabut dah. aku sampai rasa menyesal pakai kasut hiking. baik pakai je kasut adidas kampung.


orang yang kena gerak dahulu sudah semestinya orang-orang injured macam aku dan sorang lagi tu. yang sorang lagi kaki kerap cramp dia dah okay dah. semangat teruk terus jadi sweeper. aku pun melayan perasaan sepanjang perjalanan menuju ke Kem Kor. dekat Kem Kor ni kami ada tinggal beberapa barang antaranya sampah, pakaian yang tidak perlu dibawa naik ke puncak, kasut adidasku, dan barang-barang lain. kemudian, nak turun kena kutip la balik kan. naya je sampai Pejabat Taman Negara sebab kena kira semula tau sampah yang dibawa naik. waktu ni la ada benda mengeletis dekat tangan aku. nasib baik cepat perasan terus suruh orang buangkan. aku memang dah geli dengan benda pacat ni. 






kronologi perjalanan sepanjang 4 hari 3 malam


kami tiba di Rentis Gunung Tahan anggaran lepas asar. Alhamdulillah. jejak je kaki dijambatan gantung tu, aku rasa terharu dan menangis. we did it guys! we did it.. walaupun masa tu ada sorang ahli dengan guide dah sampai dulu dan diorang patah balik sebab nak tolong angkut beg orang lain. aku ditawarkan juga memandangkan aku injured. tapi aku cuba untuk sampai dalam keadaan membawa beban. aku ingin berjaya! gitu la semangat yang membakar dalam jiwa. 


betul-betul dah takda rupa bila dah sampai bawah.. HAHA


sebenarnya ni gambar first day. masa last day kitorang ada tangkap
beramai-ramai bersama sijil dekat pejabat pintu masuk Taman Negara.
apakan daya! gambar hilang. HAHA


naik Gunung Tahan pun dapat sijil. bukan saja naik Gunung Kinabalu je


guide kami bernama Zulhilmy, tapi panggil dia Amy.. menurut kata dia, ni first time dia bawa trip line up kebanyakkan first time hiking tinggi macam ni. line up pun newbies, tiba-tiba pula hujan je manjang sepanjang trip dengan angin kencang dan sejuk beku. HAHA. kalau korang nak naik. boleh je naik dengan Amy.. dia pun banyak tolong aku. tolong bawa barang, tolong swipe, tolong bebel kat aku bila aku hampir give up. dia juga yang komen kata cara aku berjalan bila hiking tu salah. mendapat la kau kaki terseliuh bengkak habis. 


MyLittleNote:: okay hutang cerita hiking Gunung Tahan dah tamat! start 2021, 2025 baru habis. HAHA kalau orang kata nak naik lagi? mesti la nak naik lagi sebab cerita ni pun dah 5 tahun. lagipun masa naik takda rezeki nak dapat view cantik.. tapi view berkabus macam tu pun tak semua orang dapat kan.. syukur alhamdulillah.. jya mata ne!

Monday, July 14, 2025

MyKasih - Sumbangan Asas Rahmah 2025

konnichiwa minna san!


hujung bulan 6 haritu kecoh pasal MyKasih tak boleh digunakan. aku bukan la jenis yang beria sangat. sebab dekat rumah pun tinggal berdua dengan bapa. apa yang ada, adalah. apa yang tiada tu memang akan aku keluarkan duit sendiri atau minta ihsan adik-beradik minta tolong belikan ๐Ÿ˜‚ ni dikira guna kuasa veto anak bongsu la. kau masih muda ke, masih tua ke. selagi belum kahwin, boleh je paw adik-beradik.


lepas kecoh-kecoh tu tergerak la hati aku nak check sama ada aku ni layak atau pun tidak. bila disemak memang tak layak walaupun dapat STR. aku try guna ic bapa. oh bapa layak la! bapa sebagai warga emas yang tiada pasangan dikira layak. dalam kategori bapa, program ni dapat masa bulan April 2025, tapi sekarang baru tahu. takpa la, yang lepas tu kita anggap bukan rezeki. untuk bulan Julai ni kita habiskan untuk stok duduk berdua dengan bapa saja. 


sebenarnya kan, bapa taktahu pun dia dapat MyKasih. yang dia tahu dia dapat STR je. STR memang akan terus dikreditkan dalam akaun bank. tapi MyKasih ni dikreditkan dalam kad pengenalan. tiap kali aku nak membeli tu aku akan pinjam ic dia. bebel bapa.. HAHA tapi aku tak bagi tahu tau sebab bapa tak reti sangat benda-benda baru ni. risau aku entah apa-apa yang dia duk beli. lagi risau dia pergi ke pekan bawa motor. sekarang ni dekat kampung lori-lori tanah berkeliaran. risau sangat!


cukup la untuk dua orang bujang ๐Ÿ˜‚ syukur alhamdulillah


ada keperluan bapa aku belikan juga. bapa suka minum-minum kopi 2in1 ni walaupun kopi ni kandungan gula tinggi. bapa pun kena kawal pengambilan gula sebab dia ada kencing manis. keperluan diri sendiri pun aku beli juga. jajan-jajan buat kudap-kudapan diwaktu pagi atau petang. 


MyLittleNote:: bila ambil barang tak tengok harga tu. makkk aihh terkejut kita. tak banyak pun barang tapi harga dah cecah 200 lebih. hidup zaman sekarang tersangat la berat. jya mata ne!