Tuesday, August 16, 2011

Raya Tahun ini~

urm,, bila sebut raya nak dah dekat macam tak best pula.. yola,, budak calon SPM macam aku tak ada masa nak raya sakan... lagi2 orang jawa cakap 'baraan'.. haha,, baraan budak2 macam aku ni je lah... pergi raya rumah orang.. dapat duit raya... eii.. tak malu,, besar panjang minta duit raya.. haha,, dah rezeki... rezeki jangan ditolak,, maut jangan di cari.. betul tak?

raya tahun2 sebelumnya dapat di'cover' apabila salah seorang adik- beradik tak dapat beraya bersama... tahun lepas... kakak tak dapat beraya bersama kami sebab first time beraya dengan keluarga mentua... the next year,, kakchik pula tak dapat beraya bersama sebab atas urusan kerja.. urm,, kerja assistant manager di salah sebuah restoran francias(eh,, betul tak ejaannya... hantam saja daa.. malas nak cari kamus dewan bahasa dan pustaka.. hehe =0) tapi tahun ni.............................. panjangnya..hehe,, nak buat mood sedih... music please... sob,, sob,, kakak balik kelantan,, beraya dengan keluarga mentua,, kakchik pulak kerja... sedihnya... macam tak nak raya je... mood sedih bertambah bila bulan puasa nak dah habis... aku tak dapat bayangkan kalau aku tak berjumpa dengan bulan Ramadhan ni lagi... tak puas nak buat amal kebajikan di bulan yang mulia ini...

p/s : dah lama tak update blog.. busy dengan pecutan2 yang diadakan oleh guru2.. mantop! bila pengetua baharu,, semuanya jadi baharu.. cool lah pengetua baharu tu.. =) dia nak semua pelajar2nya berjaya.. dan nak naikkan lagi nama SAM Nurul Iman... hehe


Tuesday, August 2, 2011

~Bubur Lambuk~

opss,, tercerita fasal makanan pulak. urmmm... sedapnya (oit,, puasalah!)hehe.. memandangkan tahun ni aku dah tak tolong hamba Allah berniaga.. kali ni aku nak tolong bapa masak bubur lambuk buat penduduk warga qariah surau Al-Islah.. bapa ditugaskan untuk memasak bubur dan dibantu oleh ibu.. tapi bila ibu dah tak larat.. aku bantu... hait! puasa kedua buat aku bertenaga.. siap buli kawan2 dekat sekolah(only girls).. haha,, hobi


Monday, August 1, 2011

Perjalan Pertama kali!

1 Ramadhan aku cutttttttiiiiiii,, yeah! semalam aku berharap sangat puasa hari isnin. why?? HAHA.. sebab hari ini exam add math.. aku belum bersedia lagi.. asal dengar add math.. lutut aku macam nak cabut. HAHA.. lawaknya! (tak lawak pun sebenarnya, jangan gelak!)

okey! berbalik kepada tajuk entry di atas. Alkisah... semalam hari sabtu,, buat pertama kalinya aku naik motor pergi Shah Alam.. oh yeah!! aku tak ada lesen lah =( tapi aku pergi dengan Sya.. dia yang dah ada lesen P.. aku yang cadangkan pergi Shah Alam.. sebab hari isnin dah puasa dan hari ahad Sya tuisyen.. so aku buli dia. jahatnya aku ni! hehe, main2 je.. 

lepas class add math, petang tu kami bertolak.. memandangkan Sya tak tahu jalan so aku yang tunjukkan.. siap tersesat. haha.. teruk aku ni.. mula2,, nak pergi punyalah aku kata yang aku tahu jalannya.. pusing2 macam rusa masuk kampung. lama2 sampai juga ke destinasinya.. tujuan kami ke Shah Alam untuk study dekat PPAS Shah Alam.. tapi malangnya PPASnya sulah terpindah.. haha ikut ayat cerita cicak-man pulak. ceh! rumah kedua PPAS dekat seksyen 13.. aku tak tahu! =( tak apa! kita study dekat tasik.. dia tak tahu dan aku tahu.. jalan2 sampai tersesat lagi.. Sya salah masuk! salah aku sebab aku diam je.. penat lah mulut,, asyik nak bercakap je. last2 masuk highway.. pusing2 tiba2 aku nampak signboard PPAS my second house.. woohoo! ada hikmah juga kami tersesat.. Sya pun ikut je signboard tu.. finally,, jumpa pun! aku tersenyum lebar sampai ke telinga.. dan kami masuk.. ramainya teenagers! aku tak kenal pun..

time masuk tu,, ada orang tegur.. alamak! gerunnya... haha,, pegawai bertugas je.. dia kata suruh buka kasut bila masuk.. siap dengan beg gantung  buat isi kasut.. Sya ni buat malu je... ada ke patut dia buka kasut depan kaunter.. pegawai tu cakap buka bila nak masuk.. ish! kawan siapa lah ni.. mallluuu! kami memang macam rusa masuk kampang.. dan aku terpaksa memberanikan diri.. huh! gementar gila! kami masuk bilik yang di tuju.. for teenagers only! hehe,, masuk pun dah ketakutan.. lepas tu aku suruh Sya tanya macam mana nak guna kemudahan di sini.. Sya tanya soalan lain... urm,, tak apa lah.. kerana dia aku jadi berani.. ganbatte! 
then, kami study.. tak sampai berapa minit dah kena halau keluar.. PPAS tutup pukul 5.. adoi! belum puas study di bawah air-cond yang sejuk gila.. tapi tak apa.. boleh datang lagi kan Sya?? Sya pun mengangguk.. aku dah buat muka kebudak-budakan.. yei2.. sayang Sya erat2... tapi Sya kata kena ingat jalan nak pergi PPAS ni tau.. okey Sya =)

 masa ketakutan bila masuk PPAS ni aku dah buat muka sedih.. Sya,, aku teringat dan terindu  pulak dekat makcik PPAS Bukit Kapar... Sya pun angguk.. kan bagus kalau makcik PPAS tu kerja dekat sini.. tak ada lah aku takut sangat.. (aku dengan makcik tu memang agak rapat,, aku selalu tolong dia susun buku.. maklumlah.. aku ni pengawas pusat sumber.. library dengan aku tak boleh dipisahkan.. bak kata sepupuku,, PPAS adalah rumah keduaku... okey! cukup untuk meroyan)... 

tiba untuk pulang! opss,, Sya kata suruh tunggu sebentar.. ada mamat handsome  dekat tepi motor kita! okey.. kita tunggu sehingga mamat tu bla.. 5 seconds later.. yess! dah bla pun.. time untuk bertolak,, aku terpandang seorang mamat macam aku kenal.. eh! mamat tu pandang kat aku pulak.. apa lagi,, pandang tempat lain lah.. nanti perasan pulak mamat tu... aku cakap dengan Sya.. eleh! mamat macam tu berlambak dekat tepi longkang... bukan handsome sangat pun.. (sebenarnya boleh tahan,, ceh!)

okey! cerita sampai disini.. akhirnya kami sampai ke rumah dengan selamat.. Alhamdulillah!

p/s : selamat berpuasa saya ucapkan.. puasa penuh ye! (macam lah penuh sangat!) malam ni jangan lupa solat tawarikh...*upin ipin punya ayat! oh! oh! solat terawih penuh tau! 20 rakaat beserta solat sunat witir.. 3 rakaat 2 salam =) lagi satu,, solat witir tu bila dah pertengahan ramadhan ada baca doa qunut tau! buat peringatan kepada sesiapa yang lupa =)

p/s : mungkin bulan ni saya jarang update blog.... mungkin lepas raya atau masa raya pertama... hehak!