Tuesday, August 16, 2011

Raya Tahun ini~

urm,, bila sebut raya nak dah dekat macam tak best pula.. yola,, budak calon SPM macam aku tak ada masa nak raya sakan... lagi2 orang jawa cakap 'baraan'.. haha,, baraan budak2 macam aku ni je lah... pergi raya rumah orang.. dapat duit raya... eii.. tak malu,, besar panjang minta duit raya.. haha,, dah rezeki... rezeki jangan ditolak,, maut jangan di cari.. betul tak?

raya tahun2 sebelumnya dapat di'cover' apabila salah seorang adik- beradik tak dapat beraya bersama... tahun lepas... kakak tak dapat beraya bersama kami sebab first time beraya dengan keluarga mentua... the next year,, kakchik pula tak dapat beraya bersama sebab atas urusan kerja.. urm,, kerja assistant manager di salah sebuah restoran francias(eh,, betul tak ejaannya... hantam saja daa.. malas nak cari kamus dewan bahasa dan pustaka.. hehe =0) tapi tahun ni.............................. panjangnya..hehe,, nak buat mood sedih... music please... sob,, sob,, kakak balik kelantan,, beraya dengan keluarga mentua,, kakchik pulak kerja... sedihnya... macam tak nak raya je... mood sedih bertambah bila bulan puasa nak dah habis... aku tak dapat bayangkan kalau aku tak berjumpa dengan bulan Ramadhan ni lagi... tak puas nak buat amal kebajikan di bulan yang mulia ini...

p/s : dah lama tak update blog.. busy dengan pecutan2 yang diadakan oleh guru2.. mantop! bila pengetua baharu,, semuanya jadi baharu.. cool lah pengetua baharu tu.. =) dia nak semua pelajar2nya berjaya.. dan nak naikkan lagi nama SAM Nurul Iman... hehe


Sakura menempek di entri ini:

:: Copyright Hanamiko Sakura ::

1 comment:

  1. huhu kurang sikit kemeriahannya jgn sedih2 ok... gunakan sepenuhnya bulan baik ni untuk beramal sebanyak mungkin...dan juga di buln2 lain jg insyaAllah

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...