Friday, October 17, 2014

Cerita Hari Raya Korban

bismillahirrahmanirrahim.

sebenarnya ini buat julung-julung kalinya aku beraya diperantauan. mood exam nak masuk mood raya memang sakit lah kan. lagi sakit bila kena korban tak balik raya. ini memang makna korban dalam diri aku untuk raya tahun ni. dan ya, maafkan diriku ini untuk update cerita basi. kbai.

malam raya tu roommates memang tak ada. semua balik, tinggal lah aku keseorangan dan kesepian. dengar takbir mampu dari radio je. takbir dari surau dan masjid kedengaran sayup sayupan. dan pagi tu plan siap-siap nak solat sunat dekat masjid luar kampus.

tapi malang tak berbau. aku tertinggal solat raya. sampai je dah khutbah. masa tu memang kompius betul, aku kompius dengan khutbah jumaat dengan khutbah raya. haha ! khutbah jumaat kan khutbah dulu baru solat. khutbah raya, solat dulu baru khutbah. Allah , rasa macam dungunya saya. tuntut ilmu lepas tu lupa balik *nangis* patut lah bila datang masjid tu semua anak-anak muda atau pun yang tua (lelaki) pakat pandang pelik dekat aku. haha ! malu betul --'

lepas tu duk belek phone. tengok wassep, tengok insta. semua duk pakat makan-makanan pagi raya yang sumpah sedap untuk menu biasa pagi raya. dan aku hanya menikmati nasi lemak 2 hengget besama milo ais. *syukur*



haha ! tu je la kot nak cerita.
good news.
cuti sem sudah bermula.
dan sem depan praktikal.
honeymoon bak kata senior.
haha !
kbai.

MyLittleNote:: rasa macam banyak kali pulak dah post tentang raya haji ini. almost every year ! haha ! jya ne !

3 comments:

  1. amboii haneyymoonnn
    hahaha kita pun lahh hanamikoo :P
    hahaha

    ReplyDelete
  2. haha... untung la tgh cuti... ke dh start praktikal nie?
    lame blog xupdate nie ha.... hehehehehe...
    btw, hani-chan, gi CF x thn nie?

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.