Sunday, December 31, 2023

The Ending & Conclusion of 2023

Konnichiwa & salam penutup 2023..

dalam setahun, dalam bulan tertentu mesti ada ujian. ya, ujian yang aku hadapi pada bulan desember. macam rasa kelakar. tapi tu la hakikatnya. tiap ujian mesti ada markah. wahh lawak hambar.. 


awal bulan 12, walaupun sudah 4 minggu berlalu, aku ada kekuatan sikit untuk bercerita. tak ada angin tak ada ribut walaupun waktu itu sudah memasuki musim hujan. aku kemurungan. walaupun aku tak declare yang aku kemurungan, tapi aku ada simptom tersebut. dalam minggu kemurungan tu, aku jadi faham dengan perasaan Jung Daeun.. (Jung Daeun, watak dalam kdrama Daily Dose of Sunshine)


masa tu aku nekad nak baik dan cuba call HELP. kaunselor tu tak dapat nak diagnose yang aku betul-betul ada kemurungan atau tidak. dia cuma cakap yang aku ada simptom dan berpesan suruh jumpa doktor, tapi masa tu aku betul-betul taknak jumpa sesiapa pun. kalau aku jumpa doktor aku jadi anxiety. 


atas nasihat kaunselor tu, aku cuba merawat diri dengan berjalan-jalan. walaupun hanya cuma berjalan dalam mall. amik mood tengok dunia luar. dan minggu dalam proses membaiki diri. aku akhirnya meluah dekat Khal.. sampai Khal rasa kecik hati.. tapi aku terangkan dari A sampai Z. lepas meluah tu terus beban jadi ringan. 


ye awak. kalau dah depress tu, memang kau taknak meluah dekat sesiapa pun. kau rasa taknak jumpa sesiapa pun. kau rasa takut. kau rasa useless. rasa nak tidur je. mood semua takda. nak buat benda yang kau minat semua hilang. HILANG!


cuba bayangkan macam mana perasaan Lee Sunkyun sebelum dia nekad untuk ambil nyawa sendiri.. 


jadi, penyakit mental ni memang wujud dalam kalangan manusia normal. sampai sekarang aku tak tahu punca apa aku jadi macam tu. boleh la fahami pesakit-pesakit mental dengan tengok kdrama Daily Dose of Sunshine.


(kredit: wikipedia)
baju oren depa sekali ni la Jung Daeun


seminggu dalam proses rawatan minda sendiri, minggu seterusnya aku positif covid untuk kali kedua. walaupun buat self-test. sudah jatuh ditimpa tangga 😂 alhamdulillah.. waktu tu cuma demam biasa. batuk serta selsema yang tak berapa teruk. boleh rasa makanan minuman serta bau. 


tahun 2023 banyak mengajar aku sebagai seorang dewasa. sebelum memasuki dunia 30an... huarkhh, masih rasa diri ni budak-budak lagi sebab suka buli anak-anak buah. kihkihkih


RECAP 2023

FEBRUARI
day trip ke Kuala Kangsar atas jemputan undangan perkahwinan anak kepada bos kakak


MAC
ini kes takda kerja. tahu tak mampu nak beli tiket, sanggup bersesak-sesak duduk luar layan konsert BlackPink


JULAI
play tourist dekat Kuala Selangor pula. walaupun dah banyak kali naik. why not! siap singgah galeri permainan zaman kanak-kanak dulu. best!


SEPTEMBER
jalan-jalan dekat Ipoh. saja bawa Adah rasa pengalaman naik ETS. 10 tahun lalu, zaman belajar diploma pernah ke Kellie's Castle. genap 10 tahun datang balik. ada perubahan sikit dari segi service.
(update: aku pernah tulis la dekat blog. hahaha ini cerita dia)


NOVEMBER
buat pertama kali buka carboot setelah 5 tahun berniaga. buka sorang-sorang memang letih. dengan kitanya ni introvert tak peramah nak layan customer. nervous wrap bunga tu depan orang.


semoga tahun 2024 akan jadi lebih tabah, dewasa dan sihat.. aminn mana tahu tahun depan jumpa jodoh.. bye young adult. welcome to adulthood :) seperti biasa untuk azam 2024 untuk Hanamiko Sakura. azam rajin update blog. kihkihkih


MyLittleNote:: dalam melangkah ke tahun baru, terus kita ingatkan saudara kita di Palestine. teruskan memboikot. please saya merayu.. kita boikot.. banyak brand coklat yang terpaksa aku tukar untuk teruskan perjuangan boikot ini. Jya mata ne!

Monday, August 28, 2023

The Biggest Decision in 2023

Hujung tahun 2022 iaitu 6 Disember 2022, aku mengambil keputusan untuk menghantar notis berhenti kerja. Setahun 10 bulan aku berkhidmat di syarikat aku bekerja sekarang. Aku mengambil keputusan terbesar ini tanpa ada perancangan lain. Aku sudah tidak tahan lagi bekerja disini akibat perancangan bos besar yang tiada hala tuju yang benar buat syarikat ini. Sudah banyak kali aku berzikir kepada Khal yang aku mahu berhenti kerja. (Khal, kawan baikku meranggap pengurus pejabat termasuk pengurusan sumber manusia) Aku bekerja disini kerana niat mahu menolong Khal, disebabkan Khal juga aku masih bekerja disini kerana niat mahu menolongnya atas dasar projek yang perlu kami selesaikan. 


Sementara menunggu hari terakhir, aku cuba pohon dengan syarikat yang lain. Aku juga mengambil keputusan untuk sambung belajar. Bukan sarjana, tapi aku teringin nak cuba belajar kemahiran. Lalu aku menyelidik dan mengkaji tentang GiatMara. Sebelum aku cuba menyelidik dan mengkali, aku ada seorang kawan yang sedang belajar di GiatMara ni. Setelah yakin, aku cuba memohon dengan menghubungi cawangan yang menawarkan kursus yang aku inginkan. Cuba teka aku nak belajar apa? Ya. Aku teringin nak belajar menjahit. Walaupun dulu minat fesyen dan tak sambung belajar pun dalam bidang ini, tapi minat menjahit tu berkobar-kobar. Masalah mencari baju yang bersesuaian dengan diri ini yang tinggi lampai dan kurus keding ni susah betul nak cari melainkan menempah baju dibutik-butik mahal mahupun menempah dengan tukang jahit yang ada. Kebanyakkan tukang jahit yang mengambil upah yang agak murah pun pangkat makcik-makcik. Yang sebaya-baya kita kebanyakkan pereka fesyen. Upahnya sudah semestinya sama harga dengan tempahan dibutik-butik mahal. 


Persoalanya, kenapa tak belajar je dengan kelas-kelas swasta yang berlambak bila dihujung minggu? Aku ni pun bukannya berduit sangat nak pergi kelas-kelas begitu walaupun minatnya tersangat la mahal. LOL.. lagi satu, aku suka jika ada sijil yang sah. Entah apa-apa.. Oh ya! Dengan belajar di GiatMara ni aku dapat SKM iaitu Sijil Kemahiran Malaysia yang diiktiraf dengan Malaysia. Gituhhh. So adik-adik lepas SPM yang minat belajar kemahiran ni boleh la belajar di GiatMara dengan kursus yang adik-adik minati. Banyak je kursus yang ditawarkan. Kena rajin buat kajian. 


Walau apapun, baru la namanya THE BIGGEST DECISION IN 2023


Kursus yang aku ambil ni cuma 6 bulan saja. Sekarang ni dah bulan Ogos.. dah hampir dua bulan juga aku menganggur ni. HAHA. Awalnya aku nak buat posting cerita ni bulan Januari. Pejam celik dah bulan lapan. Lepas raya haritu terus sibuk dengan nak siapkan tugasan dan peperiksaan. Tak sempat nak belek blog. Buka blog pun cuma tenung je. LOL


minggu orentasi iaitu minggu awal tahun 2023


penghujung orentasi ada makan-makan


Lepas habis kursus ni, perancangan masa depan? aku hanya berserah saja pada takdir dan berdamai dengannya. HAHA. Pertengahan tahun 2023 banyak betul dugaan dan ujian yang buat kita sedar hidup di dunia ini bukan selamanya duduk di atas roda. Kadang-kadang boleh jatuh ke bawah.

MyLittleNote:: Sekian dari saya~ nak cerita tentang kursus ini, memerlukan entri yang lain. Malas pula nak muatkan dalam satu posting. Nanti tak menarik. HAHA Jya, mata ne!