Monday, August 28, 2023

The Biggest Decision in 2023

Hujung tahun 2022 iaitu 6 Disember 2022, aku mengambil keputusan untuk menghantar notis berhenti kerja. Setahun 10 bulan aku berkhidmat di syarikat aku bekerja sekarang. Aku mengambil keputusan terbesar ini tanpa ada perancangan lain. Aku sudah tidak tahan lagi bekerja disini akibat perancangan bos besar yang tiada hala tuju yang benar buat syarikat ini. Sudah banyak kali aku berzikir kepada Khal yang aku mahu berhenti kerja. (Khal, kawan baikku meranggap pengurus pejabat termasuk pengurusan sumber manusia) Aku bekerja disini kerana niat mahu menolong Khal, disebabkan Khal juga aku masih bekerja disini kerana niat mahu menolongnya atas dasar projek yang perlu kami selesaikan. 


Sementara menunggu hari terakhir, aku cuba pohon dengan syarikat yang lain. Aku juga mengambil keputusan untuk sambung belajar. Bukan sarjana, tapi aku teringin nak cuba belajar kemahiran. Lalu aku menyelidik dan mengkaji tentang GiatMara. Sebelum aku cuba menyelidik dan mengkali, aku ada seorang kawan yang sedang belajar di GiatMara ni. Setelah yakin, aku cuba memohon dengan menghubungi cawangan yang menawarkan kursus yang aku inginkan. Cuba teka aku nak belajar apa? Ya. Aku teringin nak belajar menjahit. Walaupun dulu minat fesyen dan tak sambung belajar pun dalam bidang ini, tapi minat menjahit tu berkobar-kobar. Masalah mencari baju yang bersesuaian dengan diri ini yang tinggi lampai dan kurus keding ni susah betul nak cari melainkan menempah baju dibutik-butik mahal mahupun menempah dengan tukang jahit yang ada. Kebanyakkan tukang jahit yang mengambil upah yang agak murah pun pangkat makcik-makcik. Yang sebaya-baya kita kebanyakkan pereka fesyen. Upahnya sudah semestinya sama harga dengan tempahan dibutik-butik mahal. 


Persoalanya, kenapa tak belajar je dengan kelas-kelas swasta yang berlambak bila dihujung minggu? Aku ni pun bukannya berduit sangat nak pergi kelas-kelas begitu walaupun minatnya tersangat la mahal. LOL.. lagi satu, aku suka jika ada sijil yang sah. Entah apa-apa.. Oh ya! Dengan belajar di GiatMara ni aku dapat SKM iaitu Sijil Kemahiran Malaysia yang diiktiraf dengan Malaysia. Gituhhh. So adik-adik lepas SPM yang minat belajar kemahiran ni boleh la belajar di GiatMara dengan kursus yang adik-adik minati. Banyak je kursus yang ditawarkan. Kena rajin buat kajian. 


Walau apapun, baru la namanya THE BIGGEST DECISION IN 2023


Kursus yang aku ambil ni cuma 6 bulan saja. Sekarang ni dah bulan Ogos.. dah hampir dua bulan juga aku menganggur ni. HAHA. Awalnya aku nak buat posting cerita ni bulan Januari. Pejam celik dah bulan lapan. Lepas raya haritu terus sibuk dengan nak siapkan tugasan dan peperiksaan. Tak sempat nak belek blog. Buka blog pun cuma tenung je. LOL


minggu orentasi iaitu minggu awal tahun 2023


penghujung orentasi ada makan-makan


Lepas habis kursus ni, perancangan masa depan? aku hanya berserah saja pada takdir dan berdamai dengannya. HAHA. Pertengahan tahun 2023 banyak betul dugaan dan ujian yang buat kita sedar hidup di dunia ini bukan selamanya duduk di atas roda. Kadang-kadang boleh jatuh ke bawah.

MyLittleNote:: Sekian dari saya~ nak cerita tentang kursus ini, memerlukan entri yang lain. Malas pula nak muatkan dalam satu posting. Nanti tak menarik. HAHA Jya, mata ne!