Saturday, December 15, 2012

Kenapa Ambil ID ??

sebagai budak part 1, ramai senior bertanya kepada kami. KENAPA AMBIL COURSE ID?
dan sebagai budak picisan seperti aku ni. aku ingin membuat alasan yang aku tak tahu kenapa aku ambil ID. 

ini dia, soalan dibalas soalan.

mungkin.
inilah yang dinamakan takdir Allah. sebab sebelum ni aku pernah apply sains komputer pada pilihan pertama. akhirnya, keputusan tidak mahu berada dipihak aku sebab aku salah apply. ish ish ish (geleng kepala). 

mungkin.
ini juga takdir Allah setelah berkali-kali aku melakukan istikharah. memohon pilihan manakah yang layak bagi aku. course yang berkaitan matematik, ku cuba untuk menjauhkan diri. eh! bukan bermakna aku benci matematik. aku cuma tak suka. senang cerita yang berkaitan dengan nombor. terutama sekali akaun dengan add math. wakaka! :P *ayat ini di-bold-kan dan dibesarkan hurufnya* TAK SUKA BUKAN BERMAKNA BENCI, TAK BAIK LAH BENCI ILMU ALLAH KAN :) anda paham adik manes, eh! kompem ke yang baca ni adik-adik? maap ^_^''

ini dia.
alkisahnya, dulu aku masa kecik-kecik tak tau lah kenapa suka sangat main pondok-pondok. main rumah-rumah. then, siap decorate lagi. bila ibu tak bagi beli mainan rumah-rumah, dengan akal fikiran kanak-kanak, aku mula melukis plan rumah di dalam buku tulis yang kononnya boleh main la. bilik ni aku nak letak mana, bilik tidur ada berapa dan etc. then, bila masuk rumah orang. aku siap tengok setiap sudu rumah macam ruang tamu ke. tak ada lah sampai masuk bilik orang. ANAK SAPA LAH TU. kalau rumah yang bertingkat tu. hati aku ni rasa macam nak sangat naik tingkat atas rumah orang tu. kalau naik betul-betul kena cubit dengan ibu pulak. -_-' sekali lagi ANAK SAPA LAH TU.

dan, bila pergi pusat membeli-belah mana-mana yang ada exhibition jual rumah. kan ada model rumah. aku siap datang dekat model tu dan teliti betul-betul. kalau dekat sekolah, subjek pendidikan seni yang suruh buat rumah, aku lagi semangat nak buat. ingat lagi dulu, aku dah buat penat-penat. boleh dikira macam model rumah betul walaupun agak buruk (maklumlah, hasil kerja budak-budak) aleh-aleh, esoknya dah rosak. budak mana yang rosakkan ni. aku geram betul! impian aku berkecai nak tunjukkan dekat cikgu. :( 

oh, itu je kot. ekceli, aku nak juga merewang study pasal benda lain. maklumlah, UiTM Seri Iskandar ni ada fakulti seni reka. nak juga tengok orang study fashion design, photography, art (seramik) and etc. kan aku dah cakap yang aku minat seni. ok finish :P

and last but not least, aku di sini bukan nak bebel pasal ID ni kan, oh! maksud aku, interior design ye bukan interior decorate yang macam Eric Leong buat tu. hehe ;) yaa~ bak kata pensyarah aku kata KAMI ADALAH PEREKA EMOSI. sekian terima kasih. dan aku tak nak lah cerita pasal ID ni di entri seterusnya melainkan permintaan orang ramai.. (kononyer la :P) ID is just simple work yang memerlukan tanggungjawab yang besar. BESAR PUNYA!! tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. macam tu lah kot sebab lebih banyak tertumpu pada projek. perghh!! 

my first project XD

ni baru satu, belum lagi banyak projek..

MyLittleNote ::  till then, nak makan dulu.. jyaa ne!

Monday, December 10, 2012

Bermula lah Kehidupan Baru

hajat dihati nak ber-blogwalking ditangguhkan atas dasar setiap kali nak komen mesti connection internet lemah. glup! terima kasih lah yang sudi datang ke teratak buruk yang tak lama lagi akan diubah sempena tahun baru 2013. eh! jangan risau, teratak anda sudah saya jenguk tanpa diberi keizinan untuk meninggalkan jejak kasih. :)

minggu ni merupakan minggu yang kedua bagi aku dalam sesi pembelajaran di universiti. keadaan aku sekarang ni boleh la dikatakan sebagai culture shock. yela, aku dah biasa jadi budak sekolah. kononya lah jadi budak sekolah. merasakan diri ini tak matang-matang. masih menggunakan pencil case yang kartun-kartun yang chomey-chomey. tak padan dengan umur. bak kata lecture aku, lecture dia dulu akan campak pencil case student dia yang pakai kartun-kartun ni. so far setakat ni, aku dah tukar pencil case aku. :P

sekarang ni aku tengah pening-pening lalat. lalat? oh! lalat itu tiada kaitan, just rasa pening tu macam duduk atas rakit dekat laut yang bergelora. begitu lah rasanya. dengan projek pertama yang akan dilaksanakan. oh! interior design memang skopnya sangat luas. pufftt~ (geleng kepala)

saje nak letak XP
[credit form Google Image]

oleh itu. gambatte ne to me XD 

MyLittleNote :: pisst~ siapa kat sini orang Sabah? saya dapat roommate Sabah. XD

Tuesday, December 4, 2012

Sebulan Menghilang

hola! cik Hanamiko Sakura sudah kembali. dapat ku rasakan aura pecahan rekod untuk tidak menghapdet belog selama sebulan. huwahaha! *clap clap* ekceli, banyak sebenarnya aku nak bebel dekat sini. kenapa aku menghilang? kemanakah gerangan tuan hamba cik Hanamiko Sakura? eh eh eh.. banyak soalan pulak. tanpa membuang masa, waktu dan karen. ingin aku umumkan bahawasanya aku sekarang dalam status dah sambung study. alhamdulillah~ berkat doa kalian yang tidak putus-putus tanpa menjemukan. akhirnya aku tercampak ke UiTM Seri Iskandar Perak. siapa orang Perak di sini? meh datang jenguk aku. hahaha! (merepek jap) 

cer tanya budak-budak yang dah pernah study dekat UiTM ni
minggu apakah ini. hahaha!

pfft~ adakah aku akan aktif berbeloging selepas ini?
insyaAllah. kalau tenet di kolej ini laju mengalahkan kepantasan Dato' Lee Chong Wei bermain badminton. eh! hahaha!

lagi satu, banyak sebenarnya nak story mory lory ni.. tapi nanti la ye.. wakakaka!

MyLittleNote :: hari ni hari konvo Zaki. tahniah buat beliau ^^