mati satu perkataan yang mudah untuk kita eja. M . A. T. I. semua orang akan mati. bukan orang je. semua mahluk Allah. sedangkan elektrik pun boleh mati dekat rumah tu. mati adalah satu kepastian selepas kehidupan. even baby dalam perut tu pun roh dah ditiupkan. kalau tiba-tiba gugur. mati lah jawabnya. (betul tak? kalau salah tolong betulkan ye *smile*)
mati tu pun bila-bila masa je. kita pun tak tau bila kita akan mati. mungkin ketika itu kita sedang mengerjakan ibadah yang menghasilkan pahala. or mungkin ketika itu kita sedang sibuk bersuka ria mengerjakan maksiat? (nauzubillah!)
saya tak dapat gambaran macam mana sakitnya mati. dan saya tahu mati itu sakit yang paling sakit dalam dunia ni. sedangkan sakit bersalin pun berada carta kedua selepas mati. bagaimana pula kepada mereka-mereka yang selama ini menghadapi kesakitan penyakit yang mereka hidapi ini. mungkin penyakit-penyakit kronik. mungkin juga penyakit-penyakit misteri. mana tahu kan. mungkin juga sakit selepas kemalangan. saya juga tidak dapat mengambarkan bagaimana mereka yang meninggal dengan tiba-tiba. hari ni sihat walafiat dan keesokkannya dia tiada? dengan erti kata lain mati mengejut. ya! mati mengejut dengan tiba-tiba. itu yang saya amat kuatiri. bukan sebab saya takut akan mati. ini sebab saya takut akan amalan saya. cukupkah ia?
pernah tengok kah video pemain bola sepak tiba-tiba rebah di tengah padang bola? bila dihampiri, pemain tersebut tidak bernyawa. mungkin juga. saya yang duk taip entri ni tiba-tiba lepas publish rebah dan tidak bernyawa. mungkin. probability. mana kita tahu. kuasa Allah.
lupa mati.
orang yang lupa mati ni amat benci kepada kematian. dia akan melupakan kematian untuk menikmati kehidupan di dunia dengan gembiranya. soal mati seolah-olah tidak penting dalam hidupnya. dosa dan pahala dianggap remeh yang mengganggu kehidupannya yang ingin meraih kenikmatan dunia.
nauzubillah. moga kita semua dijauhkan. amin~
takut mati.
orang yang takut mati pula dikategorikan sebagai orang yang betul-betul takut akan mati. apabila dia disahkan mati akibat penyakit yang dihadapinya. dia akan menjadi lemah dan tidak berdaya. seolah-olah dia mati lebih awal yang dijangkakan. bukan juga hanya kepada orang yang mengalami penyakit kronik. malah orang yang sihat pun boleh takut akan mati. orang yang takut mati ini berpunca dari kurang ilmu tentang kematian. mati ini bukan hanya setakat mati sahaja. selepas mati kita ada satu perjalanan yang akan ditempuh.
ingat mati.
orang yang ingat mati ini seperti orang yang ingin mengerjakan haji. mereka tidak memikirkan hal tentang lain. kecuali memikirkan tentang matlamatnya yang akan mereka capai bila mengerjakan haji kelak. seseorang yang ingat mati akan lebih berusaha untuk melakukan amal kebaikan, kerana mereka fikirkan yang mereka masih tidak lagi cukup akan amalan yang mereka lakukan. dan mereka akan melakukan yang terbaik bagi amalan yang mereka kerjakan.
moga-moga kita tergolong dalam golongan seperti itu. amin~
sebelum tu. tok sah lah bubuh muka comey-comey kat pesbuk naa.. :)
MyLittleNote :: aku tak tau lah kenapa aku taip entri ni. mungkin sebab ada sesuatu yang menyebabkan aku ingat akan mati? bila dengar orang meninggal dalam keliling kita mungkin itu salah satu sebab mengapa kita ingat akan mati. wallu'alam. moga roh beliau dicucuri rahmat..