Friday, September 27, 2013

Isu Isteri Pemain Bola Sepak

bismillahirrahmanirrahim.

sekarang kecoh pasal isteri pemain bola sepak yang kurang ajar terhadap orang tua (pengawai keselamatan). aku dapat maklumat ni pun dari pesbuk. wahhh! pesbuk dah jadi tempat maklumat yang sensasi! tak perlu lagi menghadap tv tengok berita. atau tengok rancangan gosip seantero dunia. bila aku dapat tau pun, aku buat tak tau. malas nak amik tau sebab masa tu aku online time tu juga aku tengah buat kerja. kononlah buat kerja. roommate aku pulak pi tengok video tu dan dia cerita punya la kurang ajar si isteri pemain bola sepak tu. apa lagi, aku pun pakat nak tengok juga. lepas tu dapat la lagi satu maklumat tentang video pengakuan pakcik tu. lepas aku tengok tu rasa macam nak nangis je.

walaupun pakcik tu tak ada kaitan dengan aku. tapi aku rasa macam kurang ajar gila si isteri pemain bola sepak tu. sanggup dia buat orang tua macam tu. kesian pakcik tu, bukan pakcik tu orang yang senang. dia sendiri cakap dia orang susah. bila aku tengok video tu aku dah terbayangkan bapa dekat rumah. bayangkan lah kalau ada orang buat macam tu dekat bapa kita sendiri! 


berita selanjutnya: KLIKKLIK

kita tak ada hak nak maki hamun orang lain. even pangkat kita kat dunia ini orang dapat bezakan. tapi pangkat kita dimata Allah? sama sahaja. cuma yang dibezakan adalah iman dan ketakwaan. moga si isteri pemain bola sepak itu mendapat hidayah.

MyLittleNote:: moga Allah redha dengan penulisan ku ini. dan aku baru dapat berita yang senior sekolah ku dulu hilang. Allah, moga dia dijumpai. jyaa ne!

4 comments:

  1. Tak tengok pun video tu.. Malas nak amik port.. Haha!
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  2. pitam ok tgk video tu wuwuwu... tapi yg pelik ada gak yg bersetuju dgn isteri dia pitam kali kedua puluh haha

    ReplyDelete
  3. No matter siapa yang berada di pihak yang benar, tapi Islam mengajar kita untuk sentiada beradab sesama manusia - tidak kisah yang tua atau muda.

    Nisa'

    ReplyDelete
  4. Hi aslkum.. sgt nice blog ... can i follow u ?? kalau bleh, follow me back ya ..

    http://slapmestore.blogspot.com/

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.