Saturday, September 21, 2013

Saya tak tahu nak kata apa.

bismillah.

maaf kerana privet blog secara tiba-tiba. kesian pulak bagi pengunjung yang terpaksa menerjah blog yang lagi satu yang entah berapa kurun lamanya tak terupdate-update. -_-

sebelum itu, aku nak kata yang penulisan aku sepanjang berblogging ini sungguh annoying. tersangat annoying. baru ku sedar -_-. dan baru-baru ini cara penulisan aku berubah sedikit. berkat banyak membaca. kot la. berubah la kot. kepada sesiapa yang mengikuti blog yang marhaen ini. mereka akan tau.

sebelum itu juga aku nak minta maaf atas penggunaan 'aku' sepanjang aku berblogging. lagi-lagi bab menulis. tapi bab mengomen takada la pulak. takda kan? :D 

untuk apa pulak aku menggunakan bahasa seperti itu? penggunaan kata 'aku' dan 'engkau' membuatkan seseorang itu rapat. walaupun ianya nampak kasar dipandangan masyarakat melayu yang sopan santun budi bicaranya. bila difikirkan balik. adakah kita selalu berdoa dengan Allah menggunakan bahasa 'saya'? agak janggal bukan. juga didalam tafsiran Al-Quran, bila ada ayat bicara manusia dengan Tuhannya menggunakan kata 'aku' dan 'engkau'. thats my opinion. tak tau la pulak bagi korang. kalau salah tolong kasi betulkan ya. :)

_______________________________________________________________

alhamdulillah, final project dah submit. tapi lecture benar-benar frust terhadap kami. aku lagi la frust! aku faham. memang itu semua salah kami. dan aku teramat bersalah. bersalah kerana malas nak perform. malas nak design. yang penting malas nak drawing! apa dah jadi dengan aku pun aku tak tau. kata orang nak buat kerja mesti dengan hati. like shoot with your heart. bagi sesiapa yang suka ambik gambar la. 

yup! aku dapat rasakan. untuk sem ini memang aku tak sentuhkan hati ini dengan kerja. aku pun tak tau kenapa. mungkin hati ini makin jauh dengan Tuhan. 

mencari sinar dalam kegelapan. mungkin
[kredit]

jarang jumpa senior. serius. tak rapat langsung dengan mana-mana senior. jumpa senior tu rasa macam segan gila. even senior dah jemput suruh datang studio. tapi kami tetap tak nak jumpa. why? rasa macam tak nak menyusahkan diorang. yela, semua projek membebankan.

mungkin. bila diselidik balik. hati ini ada masalah hubungan dengan Tuhan. bila hubungan manusia ada masalah. automatik kita juga ada masalah hubungan dengan Tuhan.

lepas aku stalk status lecture dipesbuk. ya! lecture sangat frust sampai nak menangis. keluar semua segala yang menyatakan student sekarang tak sama dengan student dulu. glup! aku termasuk dalam golongan student sekarang. T.T

MyLittleNote:: kenangan sem dua yang paling teruk!

4 comments:

  1. frust betul nampaknya lecturer sis ni..tapi tak per..next time kena tingkatkan usaha lagi yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah , minta minta diri ini jangan jadi malas tahap gaban.. T.T

      Delete
  2. Salam Hanamiko! Wah! Dah macam nama jepun plak.. Comel jer rasa sebut Hanamiko.. =)
    Btw, Mieza 1st time singgah sini.. Jalan2 cari kawan baru... Salam perkenalan dari Mieza ye.. =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  3. Kalau org jawa mmg sebut aku, tak kira kasar walau ckp dgn org tua. Aku = saya.

    Pasni jadi student yg baik ya..sian lecturer tu..:)

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.