Saturday, December 28, 2013

Latihan Intensif Bakal Komander 2013

bismillahirrahmanirrahim.
hari tu janji cuti sem nak update blog bagai.
nak tukar design blog.
tapi semua hampeh ! -.-

it's ok. janji blog kesayangan ni tak kena makan dengan sarang labah-labah elektronik suda.

masa cuti sem hari tu, aku join LIBK. nama panjangnya Latihan Intensif Bakal Komander. kepada budak-budak UiTM khasnya, mereka tahu apa itu LIBK ini. dan LIBK ini start pada 17 November sampai lah 28 November. semuanya 12 hari. sangat sadis bila raya haji yang pertama tu aku dah kena balik kampus sebab kampus kami menjadi tuan rumah kali ini. tu yang kena balik awal. *nangis*

buat apa aku masuk ?

hmm. sebab aku suka aktiviti lasak dan suka kawad. eheh!


dalam permulaan kem ! memasing wajah cerah je.


sebelum duduk kena buat baris dulu. kira kekuatan. dan bla bla bla.



kekanan lurus !
sumpah ! pakai full uniform ni lah paling aku benci. lagi-lagi bab nak pakai boot tu.


hari pertama masuk baris. tu pun memasing dah ramai yang tumbang.


yeahh! ini dia. hari yang paling aku suka. iaitu masuk hutan. memang pengalaman amat berharga bagi diri aku. even, sebelum ni aku dah pernah masuk hutan tapi kali ni amat seronok sebab kami masuk hutan tanpa guide tetapi masuk menggunakan peta ala ala tentera dan kompas. pengalaman best bila kami hampir sesat. seriyes. sesat di dalam hutan. dan pertama kali kena gigit pacat. wohoo!

lokasi kem. Kem Ulu Kenas, Perak.

banyak betul ilmu dan pengalaman yang aku dapat sepanjang kem ni. antaranya, dapat belajar selamatkan orang sakit di waktu malam. (kecemasan di waktu malam) dan malangnya aku terpaksa menjadi orang yang patah kedua-dua kaki. syok oh kena usung. hahaha! selain tu, dapat belajar kawad tongkat. dapat hitamkan muka. eheh?

dan yang paling best bila kena jerit sorang-sorang bagi hukuman. siap ada ujian lagi tu. jurulatih pulak orang yang pencen dari ketenteraan. pheww~ dan aku paling fail bab bagi hukuman tu. kalau duduk dalam platun tu terrer ah. bila jadi IC platun tu yang terus tak terrer dah. -,-


curi-curi tangkap gambar. kenangan katanya.


dan yang paling best bila dah passing out. so, secara rasmi kami dah ada pangkat baru. dari Bakal Komander terus Komander Rendah Muda. muda gitu. 

how about raging? biasa lah bila duduk dekat kem. kem pulak tu ala ala macam tentera. normal la tu. cukup la tu, gambar banyak sebenarnya. terima kasih komander yang menjadi tukang photographer tu. gambar yang dia upload memang banyak. tapi nak masukkan dalam sini semua memang hang la aku punya blog ni tak pasal-pasal. 

seronok memang seronok. yang pasti banyak cabaran yang harus ditempuhi sepanjang bekerja dengan pihak UiTM sebagai komander UiTM ni. pengalaman harus dikumpul. tanggungjawab jangan dipersiakan.

MyLittleNote:: rasa macam terhina pulak menunjukkan gambar sendiri yang tak ada rupa tu. alahai~ jyaa ne!

Monday, December 9, 2013

Hana Sakura Giveaway

jeng jeng jeng.

*muncul dengan penuh bergaya.
dengan memakai pakaian ala ala super hero.
siap berdiri di atas tiang lampu suluh.

memandangkan hakak kitew buwat giveaway. itew nak join (ayat gedik)

ehem ehem. kembali matang.

memandangkan kak Hanis ini blogger yang saya kenal sejak saya es pi em dolu dolu. maka, sebagai sahabat yang tak pernah pernah jumpa ni. saya nak join GA beliau. bukan itu sahaja. saya juga nak support beliau dengan GA beliau. (saya kurang pasti sama ada GA pertama atau kedua atau seterusnya.) dan saya teramat suka dengan hadiah dalam GA yang beliau anjurkan ini. oh em gee!! i loike that dress. impian nak pakai dress ala princess gitu. LOL!

sesiapa yang berminat, sila la join. SYARAT tak ada langsung !! *wahhhhhhh!! terbeliaq bijik mata*

MyLittleNote :: inshaAllah kalau saya ada rezeki. jya ne!