Wednesday, May 13, 2015

Tidak Sah Perkahwinan

Assalamualaikum.

tiba-tiba lah kan aku nak buat entri macam ni. bukan apa, sekarang ni banyak dah drama melayu yang dah di adaptasi dari novel. bukan aku nak salahkannya, cumanya dalam situasi perkahwinan ni.


1) situasi : drama tettt. (cerai dan talak)

seorang suami sudah meletakkan syarat talak dengan salah seorang jika melanggari syarat ini maka talak akan jatuh. kemudian si suami itu telah melanggari talak dan dia tidak beritahu pada isteri dia pun. mereka hidup dalam satu bumbung selama 3 bulan sejak syarat talak itu dilanggari. setelah si isteri mengetahuinya bahawa mereka bukan suami isteri dan dia keluar dari rumah.

***

dah bagus dah kalau mereka sedar dan tahu tentang hukum hakam perkahwinan ni. lagi-lagi bab cerai berai ni. tempoh idah seorang isteri selama tiga bulan. dalam keadaan idah boleh rujuk, kalau habis tempoh idah kena kahwin balik. sama ada dengan orang lain atau bekas suami sendiri. bila dikupas tentang isu perkahwinan dan isu talak atau cerai ini memang panjang ceritanya. itu apa yang aku belajar ketika zaman sekolah dulu. alhamdulillah ilmu masih tak hilang lagi. (tapi dulu time study topic ini memang aku rasa nak lari sebab isu perkahwinan ini buat aku meremang. haha. perangai budak-budak la kan)


2) situasi : drama yang ada pak sanggup.

yang ini aku tak nak explain panjang macam mana terjadinya pak sanggup itu. sebenarnya, hukum menikahi wanita yang mengandung adalah TIDAK SAH. tak kesah la si lelaki itu bapa kepada anak yang dikandungkan wanita itu atau bukan. yang penting TIDAK SAH. kalau nak sangat jadi pak sanggup atau bertanggungjawab atas kandungan itu, syaratnya tunggu wanita itu bersalin baru boleh dinikahi. kesimpulanya, jika ada drama atau novel yang ada watak pak sanggup tu. sila repot cepat-cepat dengan pantas tuntas dan efisyen. dan, kalau nak jadi penulis novel atau pengarah drama, benda ini jangan dipandang ringan tau. kemungkinan jika mereka kahwin, memang TIDAK SAH hubungan suami isteri itu dan dianggap berzina. nauzubillah. MELAINKAN, kalau wanita yang hamil itu baru seminggu atau kurang seminggu kandungannya boleh la menikah dengan bapa kepada anak dalam kandungan itu. dengan orang lain yang bukan bapa kepada anak dalam kandungan tu kena tunggu perempuan tu bersalin la.

contoh yang agak ok lah. 
drama tettttt kringggg krupp krapp. 

si isteri ini buat pasal dengan lelaki lain sampai termengandung. suami dia jadi paksangup, kemudian suami itu menceraikan si isteri selepas bersalin. kemudian, selepas tamat tempoh idah, si isteri tu berkahwin dengan lelaki yang si isteri buat pasal tu.

dalam contoh diatas, perkahwinan mereka still sah.

***************************

hakikatnya, hanya dua situasi yang dapat aku kongsikan. nak share lagi takut ada yang kelaut lagi. disebabkan post ini sebelum ni jadi draf. atas faktor tengah syok taip ada idea pepanjang lebar ja tetiba ada kerja lain nak buat. haha.

oh ya!

kalau ada salah tolong betulkan takut membawa ilmu kearah kesesatan. hehe.

MyLittleNote:: alhamdulillah, syukur sangat-sangat. aku lulus test JPJ kereta. test JPJ motor on the way. :) jya ne!

5 comments:

  1. Saya dh mls nk layan drama2 melayu ni, rasa mcm bosan dan x berinformasi ahaha

    ReplyDelete
  2. nisa membebel hahaha :D btw df pun jarang tgk hahahaha

    ReplyDelete
  3. lulus test JPJ kereta?tahniah! :-)

    ReplyDelete
  4. Cerita yg ke-2 tu mmg kesian, dh cam laki dayus plak

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.