Monday, June 7, 2021

Hiking 2020 #1: Gunung Tahan via Merapoh - Merapoh (Day 1)



بسم الله الرحمن الرحيم


21 - 24 Februari 2020 - hari bersejarah buat aku sebab aku berjaya menawan gunung tertinggi disemenanjung Malaysia iaitu Gunung Tahan yang terletak dalam Taman Negara, Pahang. kisah dia sangat panjang dan aku memang betul-betul pun tak plan naik Tahan. 


start 13 Januari sehingga 8 March aku internship dekat Merapoh.  masa mula-mula start intern aku memang dah search yang Merapoh dekat dengan Gunung Tahan. dan aku pun tak tahu sebenarnya Gunung Tahan ni gunung tertinggi di semenanjung Malaysia. yang aku tahu Gunung Tahan antara G7. lepas tu aku taktahu la dengar cakap siapa, kata hati mungkin. "dah alang-alang duduk Merapoh kenapa taknak naik Gunung Tahan. bukan senang sampai Merapoh." dan trip Gunung Tahan ni pun former intern tempat aku intern yang organize. mula-mula tu aku risik la kalau ada kosong. lepas tu katanya takda kosong. aku okay saja. takut waktu nak pergi tu aku kerja lain nak kena buat. (kerja dekat tempat intern)


tup tup tup ada line up yang tarik diri last minit. tup tup kerja yang sepatutnya aku ada kerja ditangguhkan. aku pun meminta izin pada supervisor. boleh tak aku join trip Gunung Tahan? dah dapat kelulusan, former intern tu pujuk berkali-kali aku suruh join. HAHA. dan aku berkata. "okay, I'm in" ahh aku dah gila!


training yang mampu aku buat hanya seminggu saja. mana sempat! tak sempat nak training load. preparation equipment pun tarak. tapi member tempat intern cakap, takpa kat sini banyak barang boleh pinjam. lepas tu aku pinjm beg hiking dengan project manager. nasib baik project manager sempoi. hahaha!


21 Februari 2020 | Jumaat
and the journey began~


pagi tu breakfast dulu sekali tapau untuk lunch nanti dalam perjalanan. kemudian baru berkumpul ramai-ramai untuk agihkan portion. portion tu bahan-bahan mentah bekal makanan serta barang kelengkapan untuk khemah seperti ground and fly. portion tu akan diagihkan sama rata agar masing-masing tak bawa load yang terlebih beban. dan aku hanya memerhatikan saja sebab ini adalah pertama kali aku akan merasai berkhemah didalam hutan. setelah berkemas, baru lah bergerak ke pintu masuk Taman Negara Sg Relau. 



trip ini bukan group kami saja, ada juga group lain. setelah mendaftarkan diri, kami diarah untuk membongkar kesemua barang untuk dikira. termasuklah setiap plastik dan item serta besi atau barang-barang apapun. kaedah ini untuk memastikan kita juga akan membawa keluar semula barang-barang tersebut. 



setelah selesai, akan ada sedikit taklimat sebelum memasuki hutan Taman Negara. pegawai Taman Negara menasihatkan agar sampai ke Kem Kor sebelum jam 6 petang. aktiviti pendakian tidak digalakan selepas 6 petang.



langit begitu cerah sekali. 



setelah mendaftarkan diri di pejabat Taman Negara, kami kemudiannya dibawa ke enterance Rentis Gunung Tahan dengan menaiki 4 wheel. Dekat Rentis Gunung Tahan ni la ada Kelah Sanctuary, Kuala Juram. Tapi kami tak pi la jenguk. Takat nak mempersiapkan diri mental dan fizikal sebelum masuk ke dalam track ke Gunung Tahan. 



bergambar didepan pintu sebagai kenangan. First day memang muka ada senyum. Pakaian pun kemas. 





tempat utama yang dituju adalah Kem Kor. Adalah 4 batang sungai yang lebar kena cross, tak termasuk anak-anak sungai. First day ni kira banyak air. Paras air ada yang takat buku lali, takat betis, takat pinggang pun ada. Sis redho je seluar basah sampai pingang 😂


Lebih kurang 3 jam perjalanan, sampai la kita dekat check point iaitu Kuala Luis untuk berehat dan lunch. Kemudian teruskan perjalanan ke check point seterusnya iaitu Lata Luis. Fuhhh, bentuk muka bumi trek dia aku memang taknak cerita. Haha. Dari Kuala Luis ke Lata Luis jarak dia 6km. Rehat jap amik nafas, nak terkucil, nak sapkok (mostly geng lelaki yang sapkok) baru teruskan perjalanan 2.5km ke Kem Kor. 


Oh ye, sepanjang perjalanan ni adalah aku kena tegur dengan guide sebab cara aku jalan salah. Yee aku tahu yang aku ni noob tak pernah hiking bawa load, apatah lagi tidur dalam hutan. Lol, sis sentap ye masa kena tegur. Sebelum ni hiking bantai la macam mana pun okay je. Hahaha. Lagi-lagi bila kau tak cukup training. Tengok hari terakhir kisah dia macam mana. 



Dalam 6 lebih sampai la ke Kem Kor, tapi ada geng yang dah sampai dulu. Tu pun sampai lambat tempat pun tarak sebab berebut tapak dengan group lain. Geng lelaki masak dulu, geng perempuan mandi dulu. Waktu tu angin sejuk mulai menerpa wajah. Menunjukkan tanda-tanda hujan bakal menjelma. Fuhh air sungai dia kemain sejuk. Tersangat la sejuk hingga ke tulang belulang. Selesai mandi dan solat, geng perempuan pula mengantikan diri untuk membuat persediaan makan malam. Geng lelaki pula membersihkan diri serta solat. 



Magrib mula bertandang, kami pun makan malam serta berdiskusi. Yang lawaknya, guide cakap ni first time dia bawa group sembang benda ilmiah. Masa ni la kami masing-masing taaruf sesama sendiri. Background dari mana etc, sampaikan aku kena paksa explain Park and Amenity tu apa. Haha. Waktu dinner, masa tu la tetiba hujan mulai turun. Mula dahh sejuk dia tak boleh bawa bincang. Lepas hujan mula reda, baru la geng perempuan membasuh pinggan mangkuk periuk serta perkakas lain. Gelap sangat! Dengan aku takda headlamp, adehh. Lepas solat jamak magrib dan ishak, aku terus bersiap-siap untuk tidur. Ada yang masih berjaga untuk bersembang. Aku amik keputusan untuk tidur awal agar bertenaga pada keesokkan harinya. 




MyLittleNote :: lama juga nak produce entry ni. Hahahaha, sebab cerita perjalanan aku agak-agak lupa sebab benda tu dah setahun yang berlalu. So aku kena recall balik base on highlight instagram stories member which is one of line up masa hiking Gunung Tahan sesama. So ya, aku akan continue second and third and last day untuk next entry. Jyaa mata ne!  Oh btw, sorry ya kalau aku ada ter-drop komen guna akaun lain 😂

13 comments:

  1. Seronoknya dapat meneroka alam sebegini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, hutan ni pun salah satu terapi saya.

      Delete
    2. Berdamping dengan alam memang terapi yang mendamaikan jiwa :)

      Delete
  2. tak sabar nak baca lagi, as preparation utk saya nak gi Tahan next trip xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, inshaAllah. Lama juga nak karang ayat ni.

      Delete
  3. Ya Allah bestnye. I miss exploring the nature.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi-lagi musim covid ni. Rasa rindu sangat nak masuk hutan. Pergi kebun belakang rumah pun rasa nak menangis. Bau hutan, bau pokok rasa relax. Terapi diri.

      Delete
  4. bagus aktiviti macam ni ..kena betul2 fit..pernah gi Taman Negara, cuma jalan2 kat bawah je..

    sapkok...hehe..word baru belajar..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, kena betul-betul fit. kalau tak asyik cedera saja sepanjang perjalanan. hehe


      sapkok saya tahu, sapedek saya tak tahu. haha

      Delete
  5. Fuh..seronok! Terkenang zaman muda mudi akak dulu...lagi-lagi yang gambar last tu.
    Tapi bukan kat G. Tahan ni la, tak sempat buat trip ke G. Tahan. Rindunya momen2 gini..

    Eh..29 feb tu pulak akak ada kat tmn negara di kuala tahan. Mampu jungle trekking je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuala tahan lagi popular dari merapoh sebab community dekat sana sudah dididik macam mana nak buat eco tourism merangkap menjaga alam sekitar. err macam mana ya nak explain sebab saya lupa. haha. dekat kuala tahan juga tempat research sesetengah universiti. teringin nak pergi belah kuala tahan. hehe

      Delete
  6. Bestnya tengok orang pegi hiking sebab I was not programmed to do something like that. Pernah pegi hiking lepas tu memang tak pegi dah sebab stamina tak macam orang lain.

    I love reading this hiking journey story of yours.

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's okay. you can start with camping to enjoy the nature. kalau buat outdoor jogging pun boleh sikit2 naikkan stamina. stamina saya pun tak berapa kuat sangat sebab lama juga tinggal buat aktiviti sukan. nampak je kurus tapi takda stamina. T.T

      thank you for loving to read my hiking story ❤

      Delete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.