Assalamualaikum,
aku dah lama usha sejenis teknologi bernama tablet ni. dah lama juga pendam dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk membeli dengan duit sendiri setelah rasa selesa dengan penggunaan Samsung Tab A kepunyaan kakak (literally right now, I forgot the model. goshh!) sebelum tu, aku survey juga sama ada mahu membeli brand Samsung atau Apple. tanya member, tanya abang Godek (he is pro with the technology items) dan mereka semua menggalakan untuk membeli brand Apple sedangkan mereka tahu aku pengguna Samsung yang setia - aku pakai Samsung sejak lepas SPM sampai la sekarang. tu pun masih tergila-gila terutama sekali dengan Samsung Galaxy Z Flip gara-gara Ko Moon-Young dalam kdrama It's Okay to Not Be Okay dengan Noh Ae-Jung dalam kdrama What is Love? 😂
Pros and Cons: aku memilih Samsung Galaxy Tab S6 dari brand Samsung manakala dari brand Apple aku memilih Ipad 8th Generation (nak beli Ipad Air takda bajet even beli dengan education price 😭) Pros Samsung ni senang connected dengan phone sendiri memandangkan sekarang aku menggunakan Samsung Galaxy A71 - baru beli tahun lepas dengan menggantikan Samsung Galaxy Grand Prime yang aku pakai sejak 2015. selain tu, harga juga jauh lebih murah berbanding Ipad 8th Gen walaupun dengan GB yang sama. S pen sudah tersedia didalam kotak, manakala Apple Pencil kena beli berasingan. Cons, aku tak tahu nak cari salah apa dengan Samsung memandangkan dah jadi pengguna yang setia. tetapi, mengikut pendapat kawanku, Apple mempunyai apps yang jauh lebih banyak berbanding Samsung yang menggunakan android contohnya Goodnotes dan Procreate.
banyak juga tengok review dari youtuber pakar-pakar teknologi ni. kebanyakkan memilih Samsung Tab berbanding Ipad. bila diikutkan dengan artist which designer atau pelukis-pelukis digital, majoriti menggunakan Ipad. mungkin disebabkan Procreate (?) yaa, Procreate apps yang mudah untuk melukis dan Goodnotes membuat nota yang cute dan kemas. boleh juga buat journal. sekarang ni pun aku sudah mulai membiasakan diri dengan menggunakan produk-produk dari Apple. aku sendiri ada phone back up iaitu Iphone SE yang lama punya tu 😂 (kakchik dengan Aki bagi pinjam) serta aku bekerja sebagai graphic designer yang telah dibekalkan iMac oleh company tempat aku bekerja (mula-mula menggunakan iMac sumpah rasa janggal. sebelum ni pernah la guna MacBook zaman bila ntah. sampai menyumpah-nyumpah taktahu guna. haha. lama-lama biasa juga guna iMac. serius sedap bila buat design. kadang tu payah bila guna keyboard. keyboard juga berbeza kedudukannya.
tu yang orang cakap, mostly buat design or edit gambar atau video memang senang pakai iMac ni. tapi iMac tak sesuai untuk gamers sebab iMac ni tak mampu nak tanggung memori-memori besar sesuatu game. (betul kan? kalau salah info bagi tahu. hehe)
oh yee. keputusannya aku memilih Ipad 8th Generation. mula-mula ingat nak beli walk-in je dekat Machine. rupa-rupa takda stock. terpaksalah beli online. tu pun tunggu hampir sebulan! sambil tunggu sambil tengok video unboxing orang lain. and mostly orang pakai Ipad Air. ah sudah! aku takut berbolak balik hati ini. yela, mana tahu tetiba Ipad Air lagi indah dipandangan mata berbanding Ipad 8th Gen serta masa tu dah mampu memiliki Ipad Pro. tibehh. nak jual pun tak boleh sebab aku dah buat engraving nama sendiri. LOL
inshaAllah dalam masa beberapa hari lagi Ipad yang ditunggu-tunggu bakal sampai. ingat nak jadikan hadiah diri sendiri semperna ulangtahun kelahiran. siap cakap dengan kakak serta kawan-kawan - jangan belikan aku apa-apa sebab dah dapat hadiah paling mahal. hoho. masalahnya beli waktu birthday ingat sampai esok, sekali sebulan :') jadi la hadiah hari raya. kita ada Ipad raya. gitu~
InshaAllah, seketul Hanamiko Sakura akan bakal berkarya semula. rindu nak buat digital doodle, digital arts and seangkatan dengannya. rindu juga nak lukis-lukis anime. ahh! lepas ni boleh fokus study hiragana, katakana serta hangul. haaaa bab hangul ni. hmmm
dan terakhir sekali, dengan penggunaan tablet. akan berkurang lah penggunaan kertas dan plastik. inshaAllah. save environment and save the earth! 🌎🌏
MyLittleNote:: Khal ada cakap dekat aku. "kau tak menyesal ke nak stab back Samsung?" ahh sudah! jya mata ne!
Suka jugak brand iphone tapi RM tak mengizinkan hehehe
ReplyDeleteWah, seronoknya dia! Selamat berkarya semula.
ReplyDeletesetia dgn korea...hehe..kalau lg bagus, ok je beralih arah ke US pula..
ReplyDeleteakk pun terpikat jg Galaxy Z Flip..nmpak cool je..
saya tahan je nak beli ipad. teringin jugak sbnrnya tgk kawan kawan pakai ahaha
ReplyDeleteAkak blogging guna ipad la ni..hehe
ReplyDeleteUtk phone, akak masih setia dengan Samsung.
tahniahh, mesti happy dapat ipad dengan usaha sendiri kan :D
ReplyDeleteteringin jugak nak ipad ni tapi tab sekarang pun masih ok :3
bestnya awak kerja grafik pakai imac. saya masa zaman belajar je merasa buat design kat imac, sekarang pakai pc jelah. 1st time guna memang janggal, tapi lama2 dah terbiasa xD
ReplyDeletenanti share lah entry pasal ipad tu lepas dah dapat. tak pernah terfikir nak beli tab2 ni semua tapi lepas baca ni rasa macam nak jee hahaha
wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh amazed sangat. hehe
ReplyDeletefollowed u here
Congrats on your first own Apple product. hehe
ReplyDeleteSama lah macam Hanamiko, Tqa penggemar Samsung, membesar dengan Samsung tapi masa pakai Samsung tu dah pakai iPod and iPad (dua2 1st gen) tapi still suka Android sebab suka tukar2 homescreen and theme.
Sekarang memang tengah kumpul duit for Samsung Z Flip and iPad Air sebab iPad yang lama tu dah tak boleh update dah. Nak letak movie or kshow pun tak boleh so agak bosan dah. Nak connect dgn my Airpods Pro pun tak boleh. So kalau ada rezeki memang nak angkat iPad Air satu. Senang nak bawak kemana2, tak payah nak angkut Macbook ni kalau travel sekalipun.
Looking forward for your digital arts in the future :)