Monday, November 9, 2020

Done Thesis

بسم الله الرحمن الرحيم


alhamdulillah, bulan ogos yang lalu aku baru saja menyelesaikan bebanan thesis writing yang agak mencabar lagi-lagi di musim covid 19 ni. kajian aku melibatkan observation serta interview. salah satu cabaran dimana semester terakhir terpaksa ODL. sedih memang sedih sebab tak dapat nak gather balik dengan classmate for the last time. gather masa kelas online yang memasing tutup kamera termasuk aku. rindu nak lepak sama-sama. buat aktiviti persatuan, aktif itu aktif ini. rindu dengan busy life as a student. semester 4 banyak betul aktiviti aku join. termasuk la jadi sukarelawan untuk SUKANUN 2019. semester 5 sibuk dengan persatuan kelab Jepun. 


banyak ilmu yang aku dapat semasa buat thesis ni. termasuk lah macam mana nak buat research, reading a lot of articles sampai nak naik muntah sebab most of articles yang dicari tak jumpa pun yang berkaitan dengan apa yang aku nak walaupun keywords itu ada. sepanjang buat thesis ni nak menangis pun ada sebab seminggu sebelum submit memang tak cukup tidur. dengan nak karang ayat sedap-sedap supaya takda isu plagarism. aku ni dah la jenis english tak power sangat. sampai satu tahap tu aku terfikir balik. macam mana aku dulu boleh senang je buat report final project masa diploma.  




orang lain buat thesis or fyp pegang hardbound memasing. kitaorang ni pengang cd je. tapi ada je kawan-kawan lain yang kena buat hardbound atas permintaan SV memasing. aku pengang cd ni pun rasa nak menangis sebab.... ya Allah! nak dah habis belajar dah. 😭


walaupun thesis aku tak sebagus orang lain. but I'm so proud to myself 💕❤ betul la apa yang kakak cakap, thesis ni adalah benda yang kita paaling sayang sebab atas usaha sendiri dengan bantuan SV la of course. terima kasih semua! kepada kakak yang memberi idea, bakal kakak ipar yang banyak terangkan method yang telah dicadangkan oleh SV. [pening aku nak study pasal method yang aku tak pernah belajar, menggagau cari member budak statistik] dan juga kawan-kawan yang lain yang membantu secara lansung atau tidak lansung. haa~ tiber aku buat appriciation entry. haha


MyLittleNote:: pasang niat nak sambung master even rasa macam mustahil je. iteww tak pandai mana pun. sobs. jya mata ne!

9 comments:

  1. Tahniah!!.rasa lega kan dah habis tesis..apply je buat master, inshaa Allah, boleh..fighting!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :) alhamdulillah rasa lega cuma kakak suruh apply master sambung thesis tu. haha tapi rasa macam tak mampu je nak sambung master :(

      Delete
  2. Perah otak kejap fikir 'pengang' tu apa. Pegang rupanya haha sorry ye. Slow sikit harini sebab banyak blogwalking.

    Anyway, congrats for finishing your thesis. Bukan senang nak buat so you and everyone that helped deserves this appreciation post :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. omg! thanks for the info. tak sangka boleh typo. hahaha

      thank you so much! 🥰

      Delete
  3. congratulationnn yeayyyy dah boleh enjoy heheh

    ReplyDelete
  4. pergh dah habis belajar dah! congratss sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, 3 tahun je. thank youuuuu! good luck to you bakal dr! 😍

      Delete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.