بسم الله الرحمن الرحيم
pagi ahad nyaman yang indah. kakchik sedang bersiap-siap untuk keluar. tiba-tiba dia tanya aku jalan ke damansara tanpa lalu highway nkve. musim pkpb ni seriau nak lalu jalan besar kot terserempak dengan pak polis. hari tu kakchik ada appoitment klinik muka (facial clinic). disebabkan aku rasa annoy dan taktahu nak explain balik dekat kakchik, aku mengambil keputusan untuk menghantarkannya.
setibanya di tempat yang dituju, aku mengambil keputusan untuk menunggu didalam kereta. awal-awal lagi kakchik dah pesan. boleh je tunggu dekat dalam klinik, tapi aku tetap dengan pendirianku. sanggup ni tunggu dalam kereta. 1 jam kemudian.. 30 minit kemudian. aku dah mula panas punggung. kaki dah letih bersila tak dapat menjulur dengan selesa (maklumlah kaki panjang 🤣) kepala mula rasa pening. jika tidur dalam kereta berpasangkan air-cond pun bahaya apatah lagi masih sedar. perut pun mula berbunyi menandakan waktu makan. mana taknya, keluar rumah tadi breakfast pun tidak. aku ingatkan nak singgah eid halal lepas treatment kakchik. terbayang cheese corndog yang enak itu. tapi.... kakchik lambat! aku lapar!
kebetulan, aku park kereta dekat depan satu restauran ramen. macam enak je kalau makan ramen ni. tapi kedai ni buka pukul 11.30 pagi. adehh~ aku perati je kedai ni. melihatkan tingkah laku pekerja yang sedang bersiap sedia untuk menjalankan perniagaan pada hari tu. RAMEN. terus aku teringat halal kah? dengan pantas aku mencari logo halal. alhamdulillah jumpa! bila kedai itu start beroperasi, satu persatu pekerjanya datang dan punch in. kebanyakan melayu. okay aku akan masuk!
selepas scan mysejahtera. aku mula melangkah mencari tempat duduk. pelanggan yang datang semua berpasangan dan cina. aku? loner dan melayu 😆 kemudian, dapat sambutan yang baik dari pelayan dan diberikan aku satu bakul untuk letak barang. setelah diteliti menu yang telah disediakan (menu kena scan tengok online ya sebab nak jaga SOP kebersihan) aku memilih Toripaitan Miso Spicy. aku suka miso dan aku juga suka pedas maka mungkin itu pilihan yang tepat?
Dia akan hidangkan air dahulu kemudian makanan. Tak amik masa yang lama pun. Tahu-tahu dah siap. Cuma aku agak terkejut juga dengan green tea yang aku pesan. Eh! Ini green tea atau matcha? Bila minum, teringat dekat kawan Jepun yang pernah menghidangkan matcha pada kami. Matcha? Maybe green tea. Ah aku suda bingung dengan perbezaan green tea Korea dan green tea Jepun
Masuk je broth ramen yang aku pesan ke dalam mulut, terus teringat. Ehhhhh.. adakah ini masak lomak nogori? 🤣 lidah aku dah kenapa? Oh jangan risau. Ramen tu memang sedap! 5 bintang aku bagi. Kalau ada 10. 10 bintang aku bagi. Sedap gila! Harga pun berpatutan.
Seirock-ya menghidangkan music Jepun yang sangat klasik. Music zaman maharaja gitu. Tiba-tiba teringat dekat Osaka dan drama Neko Zamurai. Rasa macam balik kepada zaman-zaman pakai hakama, yukata, kimono dan seangkatan dengannya. Klasik! My honest review, I will be going this restaurant again kalau craving makanan Jepun lagi. Ni kalau craving Japanese food, balik-balik pergi sushi king 🤣
Ramen Seirock-Ya Uptown, Damansara
Address: 6-G, Jalan SS 21/35, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya Selangor
Menu: Ramen Seirock-Ya Menu
MyLittleNote: kes Selangor makin meninggi. stay safe everyone! 😣 jya mata ne!
Oh my ... cantiknya rupa paras hidangan ramen tu. Tergoda akak tengok 🤤
ReplyDeletebaru satu ramen. belum rasa ramen yang lain 😋
Deleterasanya highway takde roadblock, jln biasa je yg selalu ada...nmpk yummy ramen tu..
ReplyDeletehighway nkve memang ada hehe
Deletemake sense jugak kalau cakap macam masak lemak nogori. kaler pun lebih kurang. dah boleh rentas negeri ni, always take care.
ReplyDeletebetul ke rasa macam masak lemak? hehe.. nak try la
ReplyDeleteSeram pulak tengok warna green tea tu. Selalu minum green tea kat sushi king je. First time dengar nama restoran ni.
ReplyDeleteAccording to my friends, seirock ya punya ramen paling authentic setakat ni lol
ReplyDeletenak rasa! beza green tea and matcha matcha ni from powder green tea yang uncang
alaa x nampak sangat ramen tu. Saya ni jenis yang tak makan sushi, tp yg ni nampak macam menarikk
ReplyDeletebtw bila nak update blog 😳
Oh my... that ramen look soooo good! I might give this place a try because tbh I kind of resent mainstream restaurant
ReplyDelete