Wednesday, July 16, 2025

Hiking 2020 #1: Gunung Tahan via Merapoh - Merapoh (Day 4 - Last)


بسم الله الرحمن الرحيم




24 Februari 2020 | Isnin


hari terakhir ni, kami tekad untuk sampai ke Kuala Juram sebelum asar. walaupun kami sepatutnya bermalam di Kem Kor, kami terpaksa bermalam di Kem Permatang. yang dah barai teruk sudah semestinya aku serta seorang lagi ahli. dia pun agak teruk sebab kedua belah kaki melecet habis! mana tidaknya, sepanjang perjalanan kasut masing-masing basah. jari kaki masing-masing dah kecut macam asam boi 😂 melecet? semua melecet. kuku kaki sampai ada yang nak tercabut dah. aku sampai rasa menyesal pakai kasut hiking. baik pakai je kasut adidas kampung.


orang yang kena gerak dahulu sudah semestinya orang-orang injured macam aku dan sorang lagi tu. yang sorang lagi kaki kerap cramp dia dah okay dah. semangat teruk terus jadi sweeper. aku pun melayan perasaan sepanjang perjalanan menuju ke Kem Kor. dekat Kem Kor ni kami ada tinggal beberapa barang antaranya sampah, pakaian yang tidak perlu dibawa naik ke puncak, kasut adidasku, dan barang-barang lain. kemudian, nak turun kena kutip la balik kan. naya je sampai Pejabat Taman Negara sebab kena kira semula tau sampah yang dibawa naik. waktu ni la ada benda mengeletis dekat tangan aku. nasib baik cepat perasan terus suruh orang buangkan. aku memang dah geli dengan benda pacat ni. 






kronologi perjalanan sepanjang 4 hari 3 malam


kami tiba di Rentis Gunung Tahan anggaran lepas asar. Alhamdulillah. jejak je kaki dijambatan gantung tu, aku rasa terharu dan menangis. we did it guys! we did it.. walaupun masa tu ada sorang ahli dengan guide dah sampai dulu dan diorang patah balik sebab nak tolong angkut beg orang lain. aku ditawarkan juga memandangkan aku injured. tapi aku cuba untuk sampai dalam keadaan membawa beban. aku ingin berjaya! gitu la semangat yang membakar dalam jiwa. 


betul-betul dah takda rupa bila dah sampai bawah.. HAHA


sebenarnya ni gambar first day. masa last day kitorang ada tangkap
beramai-ramai bersama sijil dekat pejabat pintu masuk Taman Negara.
apakan daya! gambar hilang. HAHA


naik Gunung Tahan pun dapat sijil. bukan saja naik Gunung Kinabalu je


guide kami bernama Zulhilmy, tapi panggil dia Amy.. menurut kata dia, ni first time dia bawa trip line up kebanyakkan first time hiking tinggi macam ni. line up pun newbies, tiba-tiba pula hujan je manjang sepanjang trip dengan angin kencang dan sejuk beku. HAHA. kalau korang nak naik. boleh je naik dengan Amy.. dia pun banyak tolong aku. tolong bawa barang, tolong swipe, tolong bebel kat aku bila aku hampir give up. dia juga yang komen kata cara aku berjalan bila hiking tu salah. mendapat la kau kaki terseliuh bengkak habis. 


MyLittleNote:: okay hutang cerita hiking Gunung Tahan dah tamat! start 2021, 2025 baru habis. HAHA kalau orang kata nak naik lagi? mesti la nak naik lagi sebab cerita ni pun dah 5 tahun. lagipun masa naik takda rezeki nak dapat view cantik.. tapi view berkabus macam tu pun tak semua orang dapat kan.. syukur alhamdulillah.. jya mata ne!

14 comments:

Farrah MF said...

Moga selepas ni ada rezeki repeat dan dapat tengok view cantik 😊

Farrah MF said...

Moga selepas ni ada rezeki repeat dan dapat tengok view cantik 😊

Aphizha said...

Alhamdulillah..Berjaya juga akhirnya sampai puncak dan dapat sijilnya dalam kepayahan. Usaha tak mengkhianati hasil orang kata. Bagus guide Amy ni bagi semangat untuk hikers yang lain. Lepas ni kalau naik lagi bolehlah buat preparation awal, bagi fit dulu.

Ezna Khalili said...

Panjat gunung ni bukan my thing tapi suka je baca dan tengok permandangan kat atas gunung. Gayat tempat tinggi.....baca pun jadilah.

Mznimnwr said...

bukan senang hiking sambil bawak load, lagi2 baru first time kan. senget benget bahu haa! tahniah btw, hebat ye dah settle gunung Tahan walaupun sampai injured2. doakan saya pun dpt sampai gunung tahan jugak satu hari nanti. kita ni tak yakin sebab rasa lemah je angkat load hahaa

Ujie Othman said...

Alhamdulillah…Tahniah dik! 👏🏽
Mendaki memang mencabar fizikal dan mental.

Adehh..geli pacat!
Akak masa trekking di taman negara Pahang kena serangan pacat. Banyak naik ke kaki. Geli sampai terlompat-lompat 😄

Hanamiko Sakura said...

inshaAllah aminnnn one day!! terima kasih kak

Hanamiko Sakura said...

inshaAllah lepas ni memang nak training betul2 baru terjah G7 yang lain pula. semua ni berkat jaga mental. kalau mental kita tak okay, fit tak fit memang akan kecundang juga..

Hanamiko Sakura said...

takpa, one day.. biasakan diri buat latihan load training, sebelum naik tahan ni ada juga buat load training. gigih bawa buku banyak2 masuk beg naik turun tangga. haha

Hanamiko Sakura said...

saya tak pernah tau kak kena gigit pacat. selama intern dekat merapoh. 2x kena gigit. first time tu pergi mandi sungai. naik2 je pacat dah gemuk melekat dekat kaki. menjerit saya! haha. kali kedua tu lepas turun tahan, pergi camping. ada kesan gigitan dekat bekas luka saya masa naik tahan.. dah la gatal teruk!

Hanamiko Sakura said...

takpa kak, baca pengalaman orang pun dah rasa seronok juga. kalau bukan minat akak pun jangan dipaksa. nanti jadi tak seronok

Suria Amanda said...

Lama dah akak x hiking ni...last lepas PKP 2022 KE 2021...ni badan dah naik memang kena cari momentum semula kalau nak start hiking balik and kena start bukit2 biasa je dulu...kan?

Hanamiko Sakura said...

saya lagi lama kak tak hiking. last pun 2020 😆 ni pun nak start hiking balik main bukit2 biasa dulu je kak.. dengan sekali jogging atau briswalk.. slow slow dulu.. main terjah nanti jadi benda lain.. risauu

dear anies said...

laju je ya pacat 'mendaki'😁
bgs betul budak Amy tu... ciri2 pemimpin yg baik mmg terserlah