konnichiwa minna san!
hujung bulan 6 haritu kecoh pasal MyKasih tak boleh digunakan. aku bukan la jenis yang beria sangat. sebab dekat rumah pun tinggal berdua dengan bapa. apa yang ada, adalah. apa yang tiada tu memang akan aku keluarkan duit sendiri atau minta ihsan adik-beradik minta tolong belikan 😂 ni dikira guna kuasa veto anak bongsu la. kau masih muda ke, masih tua ke. selagi belum kahwin, boleh je paw adik-beradik.
lepas kecoh-kecoh tu tergerak la hati aku nak check sama ada aku ni layak atau pun tidak. bila disemak memang tak layak walaupun dapat STR. aku try guna ic bapa. oh bapa layak la! bapa sebagai warga emas yang tiada pasangan dikira layak. dalam kategori bapa, program ni dapat masa bulan April 2025, tapi sekarang baru tahu. takpa la, yang lepas tu kita anggap bukan rezeki. untuk bulan Julai ni kita habiskan untuk stok duduk berdua dengan bapa saja.
sebenarnya kan, bapa taktahu pun dia dapat MyKasih. yang dia tahu dia dapat STR je. STR memang akan terus dikreditkan dalam akaun bank. tapi MyKasih ni dikreditkan dalam kad pengenalan. tiap kali aku nak membeli tu aku akan pinjam ic dia. bebel bapa.. HAHA tapi aku tak bagi tahu tau sebab bapa tak reti sangat benda-benda baru ni. risau aku entah apa-apa yang dia duk beli. lagi risau dia pergi ke pekan bawa motor. sekarang ni dekat kampung lori-lori tanah berkeliaran. risau sangat!
![]() |
| cukup la untuk dua orang bujang 😂 syukur alhamdulillah |
ada keperluan bapa aku belikan juga. bapa suka minum-minum kopi 2in1 ni walaupun kopi ni kandungan gula tinggi. bapa pun kena kawal pengambilan gula sebab dia ada kencing manis. keperluan diri sendiri pun aku beli juga. jajan-jajan buat kudap-kudapan diwaktu pagi atau petang.
MyLittleNote:: bila ambil barang tak tengok harga tu. makkk aihh terkejut kita. tak banyak pun barang tapi harga dah cecah 200 lebih. hidup zaman sekarang tersangat la berat. jya mata ne!

21 comments:
Pak Zain salah seorang penerima..2 bulan sekali dia pi redeem. PZ redeem beras je..kalau ada lebih baru amik barang lain..selalunya Kak SA akan tambah mana yang lebih...
Sekarang ni kuasa beli kita kecil kalau nak dibanding dengan dulu sebab harga barang mahal.
Alhamdulillah rezeki...=D
sebenarnya mykasih ni boleh pakai berapa kali dlm masa sebulan? ke... tak ada limit?
Ambik lauk² untuk seminggu...rm100 tentu habis...belum tambah lagi sekut la..apa lah...hahaha.. bertabah lah...
betul tu hdup zmn skrg tersangat berat mata memandang T__T ehhh tp MyKasi dlm ic tu wlu kita tak ambil yg bulan-bulan lepas punya masih boleh guna sehingga 3 disember taun ni kan? ehehe
Alhamdulillah...syukur rezeki ..Terima kasih followa ya
Alhamdulillah ada sumbangan myKasih
Sayangnya yang dah lepas tu tak dapat digunakan. Ke boleh sebenarnya. Kena tanya kot baki yang lepas dibawa kedepan ke kan. Bolehlah guna.
Zaman sekarang harga barang mahal, baru berapa barang je dah cecah seratus.
Apa yang dapat ni kita gunakan, syukur dapat juga tambah duit belanja barang dapur.
Oh very good box
saya pun nak redeem beras, tapi dekat rumah ni banyak makhluk perosak. jadi tak berani nak amik buat stok
tak silap katanya dikreditkan dalam sebulan sekali.. program berakhir sampai hujung tahun ni.. dalam rm200 mcm tu.. boleh je guna banyak kali asalkan habis rm200 tu
alhamdulillah :D
beli lauk basah mcm ikan dgn ayam pun boleh habis dalam 200 untuk stok seminggu.. haha
rasanya yang dah lepas2 tu dah tak boleh nak redeem.. saya ada download apps mykasih..
alhamdulillah, sama sama
alhamdulillah
yang dah lepas tak boleh nak digunakan lagi. kira burn sebab ni pun bukan mcm akaun bank boleh dibawa kehadapan. haha.. setiap peredaran masa mesti setiap barang harga dia mahal.. syukur alhamdulillah ada juga duit belanja dapur
thank you <3
betul tu kak..
Sumbangan Asas Rahmah ni dapat tiap2 bulan kan? ammi ingatkan one-off tapi haritu ke rumah pakcik katanya tetiap bulan dapat. ktia ni tgk jelah org lain dapat
Post a Comment