Thursday, July 9, 2015

Akhirnya kita kena menanggung hutang !

sekarang ni minggu ke 5 di alam universiti sesi diploma. lagi berapa minggu ntah aku bakal menamatkan pengajian. (inshaaAllah lepas lah semuanya) tapi sekarang ni sedang menanggung siksa jiwa dan raga dengan menghadap projek. lecture bilang, ini last sem ibarat kaki kita melangkah ke arah degree punya silibus. yaa~ belum masuk alam degree dah rasa macam mana degree punya kerja ya.

pung pang pung pang masuk site keluar site. ukur sana ukur sini. ukur column ukur beam. masuk majlis daerah pinjam drawing. jumpa client tanya pasal business dia. oh ya! aku buat projek butik pakaian muslimah. memang cadangnya nak buat branch baru untuk Bella Ammara yang terkemuka yang femes tu dekat Perak. tapi bila aku masuk butik dia dekat Shah Alam tu lidah aku terkelu. dalam hati terdetik "cantik!". akhirnya aku cari butik lain jadikan aku punya client projek. tidak mengapa lah Bella Ammara. akan ku jadikan dikau sebagai case study ku. *sobs*

konon nak buat macam ni butik tu.

memandangkan aku nak dah tamat belajar (inshaaAllah) dengan cgpa yang tak berapa uhmm dan gempak sangat tu. yang tidak melayakkan aku mendapat biasiswa tu. maka aku pun berkira-kira. apabila sudah tamat belajar nanti, aku mahu menangguhkan pelajaran ke peringkat seterusnya sementara. sebab apa? sebab aku tak sanggup nak menanggung bebanan hutang ptptn tu. okay, aku menyesal amik. kalau tak amik pun menyesal pulak. ermm.

aku tahu ptptn tu tak berapa bagus. tapi time tu terdesak tak tahu nak cekau kewangan dari mana nak sambung belajar tu. lagi-lagi kos aku ni melibatkan kewangan yang tinggi. hidup ni dah kena pandai berdikari start lepas tamatnya exam SPM. maybe start masuk sekolah menengah kot, harus untuk mula berdikari dari segi kewangan. jangan terlampau mengharapkan sangat dari parents. diorang pun nak bayar bil itu bil ini sejak kegawatan ekonomi mula melanda sekarang.

bulu roma mula meremang.

MyLittleNote:: raya nak dah dekat. sis redha tak da baju raya, kasut raya, duit raya. sis faham sekarang ni kegawatan ekonomi. hmm. jyaa ne!

Sunday, June 7, 2015

Kecelaruan Identiti

korang pernah tak mengalami kecelaruan identiti?
kecelaruan dimana anda tidak kenal siapa diri anda.
tidak tahu bakat anda.
juga tidak tahu kebolehan anda.

mana tahu anda seorang yang berbakat besar?
(penulisan ini ibarat seperti promoter pulak. maafkan saya *monyet menutup mulut*)


kecelaruan identiti. eh, siapa anda?
[lukisan diatas atas air tangan penulis blog ini: Hanamiko Sakura]

dulu. ingat tak zaman sekolah tadika cita-cita anda nak jadi apa? bila melalui cabaran doniawi ini. cita-cita anda bertukar. memang benar lah kata-kata ini; manusia merancang, Allah yang menentukan . orang kata, kalau nak jadi sesuatu itu yang penting niat kena betul. bila niat dah betul tu, lepas tu kena istiqamah sikit. bukan sikit, kena banyak!


contoh niat nak jadi yang lebih baik. kena tambahkan perisa pengorbanan iaitu istiqamah. istiqamah itu payah nak buat. tsk tsk.


kadang pun blog pun boleh kecelaruan identiti. hehe.
kecelaruan nak buat gaya penulisan seperti apa. sama ada lawak. santai. formal. atau lain-lain. lain orang lain caranya. 
lagi satu, design blog nak buat macam mana. anime? formal? atau santai?

iman manusia ini naik dan turun.
tidak tetap seperti malaikat.
tidak naik seperti para rasul.
tidak turun seperti orang fasik.

MyLittleNote: hai awak. saya dah sampai kampus ni. fighting for last sem. jadi super senior tu. wuuu~ jya ne!

Wednesday, May 13, 2015

Tidak Sah Perkahwinan

Assalamualaikum.

tiba-tiba lah kan aku nak buat entri macam ni. bukan apa, sekarang ni banyak dah drama melayu yang dah di adaptasi dari novel. bukan aku nak salahkannya, cumanya dalam situasi perkahwinan ni.


1) situasi : drama tettt. (cerai dan talak)

seorang suami sudah meletakkan syarat talak dengan salah seorang jika melanggari syarat ini maka talak akan jatuh. kemudian si suami itu telah melanggari talak dan dia tidak beritahu pada isteri dia pun. mereka hidup dalam satu bumbung selama 3 bulan sejak syarat talak itu dilanggari. setelah si isteri mengetahuinya bahawa mereka bukan suami isteri dan dia keluar dari rumah.

***

dah bagus dah kalau mereka sedar dan tahu tentang hukum hakam perkahwinan ni. lagi-lagi bab cerai berai ni. tempoh idah seorang isteri selama tiga bulan. dalam keadaan idah boleh rujuk, kalau habis tempoh idah kena kahwin balik. sama ada dengan orang lain atau bekas suami sendiri. bila dikupas tentang isu perkahwinan dan isu talak atau cerai ini memang panjang ceritanya. itu apa yang aku belajar ketika zaman sekolah dulu. alhamdulillah ilmu masih tak hilang lagi. (tapi dulu time study topic ini memang aku rasa nak lari sebab isu perkahwinan ini buat aku meremang. haha. perangai budak-budak la kan)


2) situasi : drama yang ada pak sanggup.

yang ini aku tak nak explain panjang macam mana terjadinya pak sanggup itu. sebenarnya, hukum menikahi wanita yang mengandung adalah TIDAK SAH. tak kesah la si lelaki itu bapa kepada anak yang dikandungkan wanita itu atau bukan. yang penting TIDAK SAH. kalau nak sangat jadi pak sanggup atau bertanggungjawab atas kandungan itu, syaratnya tunggu wanita itu bersalin baru boleh dinikahi. kesimpulanya, jika ada drama atau novel yang ada watak pak sanggup tu. sila repot cepat-cepat dengan pantas tuntas dan efisyen. dan, kalau nak jadi penulis novel atau pengarah drama, benda ini jangan dipandang ringan tau. kemungkinan jika mereka kahwin, memang TIDAK SAH hubungan suami isteri itu dan dianggap berzina. nauzubillah. MELAINKAN, kalau wanita yang hamil itu baru seminggu atau kurang seminggu kandungannya boleh la menikah dengan bapa kepada anak dalam kandungan itu. dengan orang lain yang bukan bapa kepada anak dalam kandungan tu kena tunggu perempuan tu bersalin la.

contoh yang agak ok lah. 
drama tettttt kringggg krupp krapp. 

si isteri ini buat pasal dengan lelaki lain sampai termengandung. suami dia jadi paksangup, kemudian suami itu menceraikan si isteri selepas bersalin. kemudian, selepas tamat tempoh idah, si isteri tu berkahwin dengan lelaki yang si isteri buat pasal tu.

dalam contoh diatas, perkahwinan mereka still sah.

***************************

hakikatnya, hanya dua situasi yang dapat aku kongsikan. nak share lagi takut ada yang kelaut lagi. disebabkan post ini sebelum ni jadi draf. atas faktor tengah syok taip ada idea pepanjang lebar ja tetiba ada kerja lain nak buat. haha.

oh ya!

kalau ada salah tolong betulkan takut membawa ilmu kearah kesesatan. hehe.

MyLittleNote:: alhamdulillah, syukur sangat-sangat. aku lulus test JPJ kereta. test JPJ motor on the way. :) jya ne!

Friday, May 8, 2015

Yang mana satu nak cerita !

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

mungkin aku agak busy nak update cerita baru. sebenarnya sekarang aku tengah runsing tentang test JPJ. wahaha! dah tua-tua baru nak ambil lesen. yela kan, macam mana dah tua baru ambil lesen. semua kos perbelanjaan lesen L ke P seterusnya CDL atas tanggungan diri sendiri. tak ada supporter mana-mana serta biasiswa atau pinjaman bank. kuikuikui. melampau la kan nak buat lesen minta biasiswa dengan pinjam bank. oleh disebabkan aku amat gemar merempit menggunakan motor, maka aku ambil lesen motor dan kereta sekali gus. heyy~ memang pening la kan nak ingat RPK serta RSM motor dan kereta. dua-duanya amat berbeza. yang paling aku sedih sekali, aku tak boleh ingat sangat RSM kereta. RSM motor boleh counter. isk isk isk. RSM kereta bila dah semangat menghafal, bila naik je kereta. glup! aku lupa. oh tidak! boleh tak aku nak tampal nota dekat dashboard? hahaha.


okey,
test JPJ satu hal. hal yang lain pulak. alhamdulillah, start 8 June 2015 mula lah perjalanan hidupku sebagai pelajar semester terakhir dalam bidang diploma rekabentuk dalaman. nama peymos amos; ID (interior design). untuk last sem ini tugasnya kena buat ala-ala life project. yala kan, pengalaman praktikal dah ada. tak kan nak buat project setaraf budak part 1 hingga part 4 kan. tapi malangnya tak start apa lagi pun macam collect data, SWOT analysis. dan dot dot. (kalau cerita melebih tak kemaunya pembaca terkulat-kulat nak faham) walauapapun, untuk last sem ni kena all out. kata senior dulu-dulu. last sem ni sakit sikit. ada yang cakap; last sem ini agak senang juga la dapat dekan. in shaa Allah.

sempena cuti sem ni, moh la kita tidur puas-puas. nanti dah masuk sem bermula lah membelaan eyes beg untuk tahap ke berapa ntah. sigh~

dannn.
cepat benar masa berlalu. pejam celik dah dekat 3 tahun belajar. macam semalam je baru dapat panggilan pergi temuduga. kemudian surat tawaran belajar. oh hai! saya budak part 1.

MyLittleNote:: last sem ni kita collect la memori bebanyak ya! haha. jya nee!

Wednesday, March 11, 2015

Mulakan Dengan Senyuman


Assalamualaikum.

memang semalam update cerita baru, tapi disebabkan entri tu rasa annoying tahap apa ntah. jadi aku ambil keputusan nak delete. seriusly, memang aku nak update cerita pasal "Kejayaan Serta Kerjaya" tu. tapi disebabkan waktu office hour nak dah berakhir, itu yang membuatkan entri jadi annoying. dengan penatnya pergi site. mengukur-ukur kawasan rumah orang itu nak tengok area tu sempit atau tidak. 

dan selamat pagi !
aku curi masa kejap pagi-pagi datang office ni dengan update blog sebab ada orang tu dah pelik dah. haha. maafkan akak dik :D

okay.
dah tak ada cerita ye. nanti kalau otak ini penuh dengan informasi. akan ku curahkan dekat blog ini ya. maklumlah. otak ni asyik fikri pasal design je. bulan ni dah last praktikal. (nangis) dan kena struggle dengan final project untuk last sem. dup dap dup dap.   


MyLittleNote:: sambung buat kerja ! jya ne !