Saturday, December 15, 2012

Kenapa Ambil ID ??

sebagai budak part 1, ramai senior bertanya kepada kami. KENAPA AMBIL COURSE ID?
dan sebagai budak picisan seperti aku ni. aku ingin membuat alasan yang aku tak tahu kenapa aku ambil ID. 

ini dia, soalan dibalas soalan.

mungkin.
inilah yang dinamakan takdir Allah. sebab sebelum ni aku pernah apply sains komputer pada pilihan pertama. akhirnya, keputusan tidak mahu berada dipihak aku sebab aku salah apply. ish ish ish (geleng kepala). 

mungkin.
ini juga takdir Allah setelah berkali-kali aku melakukan istikharah. memohon pilihan manakah yang layak bagi aku. course yang berkaitan matematik, ku cuba untuk menjauhkan diri. eh! bukan bermakna aku benci matematik. aku cuma tak suka. senang cerita yang berkaitan dengan nombor. terutama sekali akaun dengan add math. wakaka! :P *ayat ini di-bold-kan dan dibesarkan hurufnya* TAK SUKA BUKAN BERMAKNA BENCI, TAK BAIK LAH BENCI ILMU ALLAH KAN :) anda paham adik manes, eh! kompem ke yang baca ni adik-adik? maap ^_^''

ini dia.
alkisahnya, dulu aku masa kecik-kecik tak tau lah kenapa suka sangat main pondok-pondok. main rumah-rumah. then, siap decorate lagi. bila ibu tak bagi beli mainan rumah-rumah, dengan akal fikiran kanak-kanak, aku mula melukis plan rumah di dalam buku tulis yang kononnya boleh main la. bilik ni aku nak letak mana, bilik tidur ada berapa dan etc. then, bila masuk rumah orang. aku siap tengok setiap sudu rumah macam ruang tamu ke. tak ada lah sampai masuk bilik orang. ANAK SAPA LAH TU. kalau rumah yang bertingkat tu. hati aku ni rasa macam nak sangat naik tingkat atas rumah orang tu. kalau naik betul-betul kena cubit dengan ibu pulak. -_-' sekali lagi ANAK SAPA LAH TU.

dan, bila pergi pusat membeli-belah mana-mana yang ada exhibition jual rumah. kan ada model rumah. aku siap datang dekat model tu dan teliti betul-betul. kalau dekat sekolah, subjek pendidikan seni yang suruh buat rumah, aku lagi semangat nak buat. ingat lagi dulu, aku dah buat penat-penat. boleh dikira macam model rumah betul walaupun agak buruk (maklumlah, hasil kerja budak-budak) aleh-aleh, esoknya dah rosak. budak mana yang rosakkan ni. aku geram betul! impian aku berkecai nak tunjukkan dekat cikgu. :( 

oh, itu je kot. ekceli, aku nak juga merewang study pasal benda lain. maklumlah, UiTM Seri Iskandar ni ada fakulti seni reka. nak juga tengok orang study fashion design, photography, art (seramik) and etc. kan aku dah cakap yang aku minat seni. ok finish :P

and last but not least, aku di sini bukan nak bebel pasal ID ni kan, oh! maksud aku, interior design ye bukan interior decorate yang macam Eric Leong buat tu. hehe ;) yaa~ bak kata pensyarah aku kata KAMI ADALAH PEREKA EMOSI. sekian terima kasih. dan aku tak nak lah cerita pasal ID ni di entri seterusnya melainkan permintaan orang ramai.. (kononyer la :P) ID is just simple work yang memerlukan tanggungjawab yang besar. BESAR PUNYA!! tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. macam tu lah kot sebab lebih banyak tertumpu pada projek. perghh!! 

my first project XD

ni baru satu, belum lagi banyak projek..

MyLittleNote ::  till then, nak makan dulu.. jyaa ne!

15 comments:

Afiqah said...

Awak. mungkin awk jumpe kawan plkn sy. yg bernama rabiah. dari melaka. hehehe

RIZZNA said...

Owh...ID. Nak mntak design kn bilik tido ank CiM tk? Diorg buat serak mcm mana pown tk nmpk serak. Pening kepala tengok bìlik bdk2 laki, kemas 6min je dh beserabut smula.

Ujie Othman said...

Mesti best course ni..sbb melibatkn minat.

TiranaAduka said...

salam
Kalau ambik apa yg kita suka.pastinya tak de masalahkan?

TiranaAduka said...

salam
Waduh orak sogko tirana aduka.hanamiko sakura boleh bbahasa jawa.
Ingatkan japan mali.arigato ogaimas mushi musi..

LadyBird said...

inilah dinamakan takdir kot.. cita2 waktu kecil itu jauh lbh telus.. maka Allah tunaikannye.. :)

gadisBunga™ said...

show your love on what you do and people will eventually stop questioning. :)

aku HaniAsyira said...

takdir Allah mmg menarik kan.. tape ada idea melimpah-limpah kan

Sya said...

Jangan risau interior design pun best jugak. Teringat pulak bila mian game Sims 3, ahaha XD


Nanti cantikkan rumah saya pulak yer :p

shar90 said...

final project kene buat ape plak? hee ^^

syafiqa said...

kalau minat,semua okay.
sobs

wakgelas said...

wak nk ucap gudluck jee yee.. ehHHe

ct kektus said...

rezeki ni namanya. :)

akuamir said...

kalau minat best kot

syakirahmn said...

best kottt kos ni. aaaa dulu cita-cita penah ah nak ambil ni tapi rezki ikut lain.

tkpa, ada minat, semua jalannn ;)