Saturday, March 18, 2017

Software yang patut Desginer ada !


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

software yang selalu digunakan dari adobe. software dari adobe memang best la kalau nak guna tu. yang aku tahu hanya photoshop, reader a.k.a pdf, illustrator dan lightroom serta in design. yang lain minta maaf la tak tahu sangat. kebangakkan software yang aku tahu tu, cuma lightroom dan in design sahaja la yang aku tak pernah guna. dan premiere pro ni pun aku baru tahu fungsinya. haha, kuno. 

kebanyakkan laptop atau PC seorang designer akan berlambak-lambak software yang ada. yang paling selalu diorang akan pakai photoshop, in design, atau illustration. bagi seorang photographer atau videographer diorang akan guna photoshop atau lightroom untuk edit gambar. sony vegas pro untuk buat video or something else software yang videographer pakai la. oh ya, premiere pro salah satu software adobe yang boleh anda edit video.

software ini memang best la pakai kalau nak buat video gempak.

as a architecture or engineering or industrial designer software wajib diorang mesti ada autoCAD. CAD bermaksud computer aided design. software ini diorang akan buat drawing mengikut scale yang ditetapkan. digunakan untuk membuat detail drawing yang gila-gila detail sampai mata naik juling. haha. itu mengarut. tapi yang penting buat drawing ikut scale. 



buat drawing guna autoCAD memang garisan anda tidak akan nampak senget. straight je.

kalau nak buat 3D selalunya guna google sketch up. tak pun guna 3D Max. sketchup ini bagus kalau nak buat drawing ala-ala perspektif yang nampak real life. beza 3D Max dengan google sketch up ini, 3D lebih nampak advance. anda akan dapat merekabentuk sesuatu ruang yang anda sendiri idam-idamkan melalui sofware ini. ianya lebih kurang macam permainan game sims. 


I don't know which one dia punya logo. haha




aku belum pernah lagi try guna 3D Max ni. sebab laptopku tak dapat nak menampung keberatan software ni. mampu guna google sketch up saja. kita bukan saja guna untuk interior design je, selalunya budak grafik pun guna software ni. kat sini kita boleh main render-render ikut sesuka hati kita. lepas tu polish bagi nampak real even ianya cartoon je. 

logo yang lama

latest, lagi latest tak tahu la saya. haha




sketch up ni boleh juga render bagi real. tapi tak se-power 3D Max la. setakat ni aku belum lagi pro guna sketch up ni. kena pandai main warna, lighting and so on. 


last but not least.

satu lagi software dimana khas untuk mereka yang suka melukis macam anime etc. cute je logo limau nipis. hahaha. dan ia salah satu software kegemaran aku sebab senang nak melukis doodle dibandingkan melukis di photoshop. 



ini sajalah software yang aku tahu sebagai seorang designer. dan kemungkinan mereka ada menggunakan software yang lebih gempak dari apa yang aku senaraikan? dan sesungguhnya memang sekarang ni aku memerlukan laptop yang baru supaya dapat menampung kesemua software yang patut designer ada. aku designer apa? deisgner syok sendiri. hahaha

dan korang cerita lah software apa yang korang guna. manalah tahu ada yang guna software lain daripada yang lain. sebab lain bidang lain software yang dia pakai. right?

MyLittleNote:: seriously ini daft pada tahun 2015 dan akhirnya aku berjaya publish serta siapkan entry. hahaha. jya mata!


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Monday, March 13, 2017

Derma Darah

bismillahirrahmanirrahim

semalam aku nak pergi derma darah. by the way, derma darah ni aktiviti kesukaan aku. tak tahu kenapa. memang dari zaman sekolah menengah nak derma darah. tapi waktu tu bawah umur memang tak dibenarkan la. ye dak? waktu pertama kali aku derma darah tahun 2013. semester ke berapa pun aku dah tak ingat. excited punya pasal. kawan-kawan pun excited juga sebab dia nak tahu dia darah jenis apa. aku memang dah tahu darah jenis apa sebab parents darah O, dah semestinya aku darah O. positive atau negative tak tahu pula. bila ditanya tentang itu dekat nurse/doktor dia cakap yang tu kena uji dekat makmal. okay fine. hahaha



time nak derma untuk pertama kalinya aku ada masalah bab tak makan lagi. sekali tu aku kena halau dengan nurse tu suruh pergi makan. dia cakap budak ni lepas ni nak derma tapi tak makan. lepas check up semua dia suruh pergi makan. tapi jangan lari la. pesannya. masa nak derma tu aku dengan sorang kawan ni. dia sanggup derma juga sebab nak teman aku. dan masalah yang kami hadapi sama iaitu tak makan lagi. dia nervous kemain. aku dah cakap takpayah nak derma. tapi dia nak juga sebab aku derma. childish sungguh. 

tahun berganti tahun. aku terlepas tahun 2014 sebab waktu tu aku busy dengan assignment dan project membuatkan aku kurang tidur. terlepas dengan aktiviti tu pun satu hal. kalau terlepas tu ibarat kau putus cinta dengan kekasih hati. frust woo.

tahun 2015 kembali lagi, waktu tu aku semester terakhir. lecture siap pesan dekat kami. "dermakan la darah you all yang pemalas tu. nanti jadi rajin" bila dia sangat stress dengan kami yang buat kerja macam kura-kura. masa tu aku amik kesempatan pergi derma. yahoo. kali kedua ni tak best sebab lepas derma lengan aku bengkak sikit. salah cucuk kot. sakit X(

dalam tahun yang sama aku derma buat kali ke 3 waktu tu dah habis belajar. dan first time juga derma untuk Pusat Darah Negara. masalah kali ni katanya aku macam low blood pressure. soalnya saya ni udah makan ya buk. tidurnya cukup aja. dan kali ni lepas derma bahagian yang kena cucuk tu smooth je. takda bengkak dan sakit. yang paling best goodiesnya dapat sekotak air jus yang besar tu, XD

tahun 2016 dapat juga peluang untuk derma. kali ni pun takda masalah melainkan blood pressure. yang tukang check tu pun macam risau. ye saya tahu saya ni ada masalah pening kepala dan migraine. 

kali terakhir derma darah

oh ya, tahun ni pun aku nak derma darah, semalamkan? yaa. aku kena reject. setitik darah yang diuji itu timbul. dan katanya mungkin aku kurang tidur atau makan makanan yang tidak berkhasiat. sobs sobs. kecewa alang kepalang. kecewa sesangat. dinasihatkan untuk memakan sayur yang berlebihan. mengingatkan tentang itu. ya, memang aku jarang makan sayur sejak dua menjak ni. yela, kat office aku makan apa. mee segera je lebih. lunch makanan yang disediakan pun sayur sangatlah sikit (dan aku ni jenis sayur addicted) bila balik rumah jarang makan. kat rumah memang selalu membedal sayur lagi-lagi ulam ulaman. sodap!

lepas kena reject tu baru la aku sedar yang aku ni dah mula pening kepala. seminggu lepas asyik pening tak sudah. low blood pressure barang kali. ni pun pening lagi, siap bangun dari kerusi dah jatuh kejelepuk macam tak boleh nak imbangkan badan. huwarkhh. apa masalah aku ni.

MyLittleNote:: bulan ni sangat la busy dengan kerja ni. haha. jya mata!


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...