Thursday, March 15, 2018

What Happen in Early 2018?

bismillahirahmanirrahim

alhamdulillah Allah masih panjangkan umur aku sedangkan orang sekeliling yang aku kenali mula berhijrah ke "alam baru" iaitu alam barzakh. :'))


oh ya!
selamat tahun baru walaupun sekarang aku dah ketinggalan 2 bulan. hehe. bulan januari hari tu aku pulun jawab exam. awal tahun bebudak sekolah pergi sekolah, aku awal tahun dah kena jawab exam. relax la. dah lumrah bebudak universiti kan. *tutup muka*


bulan februari aku start kerja parttime masa cuti sem hari tu. kerja biasa-biasa je untuk student macam aku ni. walaupun biasa-biasa, best juga sebab kerja dengan kerajaan ni. aku parttime kerja dengan UiTM dekat library dia. biasanya library UiTM ni dipanggil PTAR iaitu Perpustakaan Tunku Abdul Rahman. tapi aku kerja dekat PTAR Puncak Alam memandangkan UiTM Puncak Alam terrrramatlah dekat dengan rumah aku. jadi aku tiap hari pergi kerja bermotorsikal sahaja. memang memula tu aku gerun. tapi sampai bila nak beranikan diri kalau kita tak alami sendiri right?


like seriously! PTAR Puncak Alam sejuk ya amat! hari-hari aku pakai sweater


bila dah jadi acah-acah staff UiTM tu. dapat la aku merasa jadi pekerja macam mana. dapat lah juga merasa jadi sebahagian daripada UiTM yang bukan seorang student. haaaa. lain tau perasaan dia macam mana. so bila aku dah naik semester 2 ni aku dah boleh layan staff-staff ni macam kawan. kiranya masih lagi dalam keadaan hormat. bukan dalam perasaan takut-takut. semua manusia ni sama saja. jangan takut-takut okay? kalau boleh hormat la sebab kita ni penuh dengan budaya budi pekerti.


sekarang ni dah bulan march daaa. sem ni lecture kata macam rushing. cuba kita bayangkan puasa tu nak dah dekat. lepas puasa raya. tup tup dah final exam. hewhewhew. bila cuti sem ni paaaling bermakna bagi aku sebab aku suka kalau buat kerja-kerja parttime ni. tak suka mengharapkan duit pinjaman atau duit parents. bayangkan orang tua macam aku ni asyik fikir nak kerja padahal jasad depan assignment. hahaha. semua ini Allah dah tentukan dan ada hikmahnya. 


okay lah. kalau rajin aku cerita lagi. doakan aku rajin. dah banyak sangat entri terpendam dalam draft. kihkihkih


MyLittleNote:: doakan aku rajin sem ni dan aku tak suka Suzy dating dengan Lee Dong Wook. done membawang. haha. jyaa mata ne!

1 comment:

  1. wohoo saya pun study kat sini jugak, tapi duduk alam bina. jarang pegi ptar besar ni sebab jauhh

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.