Monday, August 16, 2021

Re-make of Sugar Glider Doodle

بسم الله الرحمن الرحيم

aku pun tak tahu kenapa tengah malam buta ni aku pergi stalk entry lama-lama aku dulu zaman sekolah menengah dan lepasan spm. bila baca balik memang cringe. tapi aku terjumpa satu entry yang aku pernah join giveaway melukis doodle. so aku decide nak lukis balik version 2021 dengan menggunakan ipad yang baru beli. (of course dah janji nak buat artwork right? haha) serta ilmu yang ada semasa zaman diploma. kini aku melukis balik menggunakan skills yang bertambah baik. dulu ye la kan aku lukis free hand gitu tanpa gridline. sekarang aku lukis semua benda kena gridline. kalau tak memang akan jadi senget dan benget. mata kiri terbesar la, kening herot la. 😂

versi 2012

versi 2021


macam makin teruk je? hahahahaha makin serabai, makin berisi. terima lah karya pepagi buta jam 1 pagi. oh ye, btw versi 2021 ni aku pakai procreate. banyak lagi benda kena belajar guna apps ni. aku setakat guna benda basic and still mengeksperimen berus-berus yang ada. kena banyakkan tengok tutorial lagi ni. yosh! ganbatte ne

MyLittleNote:: risau dengan diri sendiri kadang-kadang ni. semakin lama semakin banyak pulak post jadi draft. hope tak writing block. Jya mata ne!

Wednesday, August 11, 2021

Resin Alphabet Keychain

بسم الله الحمن الرحيم

Resin ni ada satu liquid yang lama-lama jadi plastik beku yang hmm aku sendiri taktahu nak explain macam mana 😂 bagi budak-budak sains adalah satu polymer chemistry. Resin ni juga adalah rembesan dari pokok yang mana dulu zaman kecik-kecik bila panjat pokok atau cederakan pokok, mak-mak akan berkata nanti pokok nangis. Terbukti la rembesan dalam bentuk titisan air yang keras. Kononnya pokok sedang menangis. Dalam istilah industri pulak - resin ni salah satu compound chemical yang unik yang akan membeku menjadi benda yang boleh tahan lama. Dia punya proses nak keras tu bergantung pada jenis resin atau jenis tempat untuk dijemur? 


Padahal benda yang tak perlu nak explain, tapi aku kena explain atas rujukan sendiri mahupun orang lain yang tidak tahu apa itu resin. Sebenarnya pun aku taktahu resin tu apa. Bila dibaca balik. Ohhh ini ke? Patut barang-barang banyak dibuat daripada resin, especially benda-benda kecil seperti deco or keychain or barang hiasan. Aku selalu tengok benda-benda art dari instagram apa ntah tak ingat. Tapi macam lama juga IG tu tak buat tutorial. Kalau tak dia akan buat keychain or anting-anting yang cute. Tuang cecair jernih yang dicampurkan macam-macam untuk nampak meriah. Dikeringkan dan menjadi benda yang cute. Lama-lama kelamaan baru aku faham cecair tu adalah resin. 


Resin ni sekarang quite popular dekat Malaysia. Banyak yang aku jumpa dekat tiktok dan shopee. Dekat tiktok mostly diorang tunjuk cara-cara nak buat. Dekat shopee, sudah semestinya small business yang jual art-art sebegini. Satu hari aku ada scroll twitter. Tetiba aku terjumpa satu tweet yang menjual resin alphabet keychain. Selama ni duk usha memang harga dia satu biji tu hampir mencecah RM10, tapi seller ni buat promo jual 2 RM10. Jadi aku tak teragak-agak untuk membeli terus saja whatsapp seller tu. Aku pilih floral design memandangkan aku ni florist part time. Aku beli sebab terkenangkan keychain dekat kunci kereta yang dah hancur. Tak selesa takda apa-apa dekat kunci tu. Satu untuk aku, manakala satu lagi aku hadiahkan dekat Khal merangkap kawan baik sejak sekolah lagi. Senyap-senyap aku pasangkan dekat kunci kereta dia. Seronok tengok reaksi dia. Oh ye, keychain tu lawa sangat. Aku puas hati. Kalau ada yang tercacat tu biasa lah, handmade. Kalau kilang buat nampak kemas la kan. 



Cantikkan? Yang ni aku beli kali kedua khas untuk cousin yang rapat sejak dari kecik, satu lagi hadiah untuk teman semasa menjalani tempoh latihan praktikal juga merangkap sebagai teman hiking Gunung Tahan. Boleh la beli beramai-ramai dengan seller ni. Peramah and sentiasa update dekat customer. Boleh follow IG dia guys By Mira nak belikan member hadiah pun boleh je bagi keychain ni. Comel je. 


MyLittleNote:: jaga diri dan pastikan jaga kesihatan mental anda. Jya mata ne!

Monday, June 7, 2021

Hiking 2020 #1: Gunung Tahan via Merapoh - Merapoh (Day 1)



بسم الله الرحمن الرحيم


21 - 24 Februari 2020 - hari bersejarah buat aku sebab aku berjaya menawan gunung tertinggi disemenanjung Malaysia iaitu Gunung Tahan yang terletak dalam Taman Negara, Pahang. kisah dia sangat panjang dan aku memang betul-betul pun tak plan naik Tahan. 


start 13 Januari sehingga 8 March aku internship dekat Merapoh.  masa mula-mula start intern aku memang dah search yang Merapoh dekat dengan Gunung Tahan. dan aku pun tak tahu sebenarnya Gunung Tahan ni gunung tertinggi di semenanjung Malaysia. yang aku tahu Gunung Tahan antara G7. lepas tu aku taktahu la dengar cakap siapa, kata hati mungkin. "dah alang-alang duduk Merapoh kenapa taknak naik Gunung Tahan. bukan senang sampai Merapoh." dan trip Gunung Tahan ni pun former intern tempat aku intern yang organize. mula-mula tu aku risik la kalau ada kosong. lepas tu katanya takda kosong. aku okay saja. takut waktu nak pergi tu aku kerja lain nak kena buat. (kerja dekat tempat intern)


tup tup tup ada line up yang tarik diri last minit. tup tup kerja yang sepatutnya aku ada kerja ditangguhkan. aku pun meminta izin pada supervisor. boleh tak aku join trip Gunung Tahan? dah dapat kelulusan, former intern tu pujuk berkali-kali aku suruh join. HAHA. dan aku berkata. "okay, I'm in" ahh aku dah gila!


training yang mampu aku buat hanya seminggu saja. mana sempat! tak sempat nak training load. preparation equipment pun tarak. tapi member tempat intern cakap, takpa kat sini banyak barang boleh pinjam. lepas tu aku pinjm beg hiking dengan project manager. nasib baik project manager sempoi. hahaha!


21 Februari 2020 | Jumaat
and the journey began~


pagi tu breakfast dulu sekali tapau untuk lunch nanti dalam perjalanan. kemudian baru berkumpul ramai-ramai untuk agihkan portion. portion tu bahan-bahan mentah bekal makanan serta barang kelengkapan untuk khemah seperti ground and fly. portion tu akan diagihkan sama rata agar masing-masing tak bawa load yang terlebih beban. dan aku hanya memerhatikan saja sebab ini adalah pertama kali aku akan merasai berkhemah didalam hutan. setelah berkemas, baru lah bergerak ke pintu masuk Taman Negara Sg Relau. 



trip ini bukan group kami saja, ada juga group lain. setelah mendaftarkan diri, kami diarah untuk membongkar kesemua barang untuk dikira. termasuklah setiap plastik dan item serta besi atau barang-barang apapun. kaedah ini untuk memastikan kita juga akan membawa keluar semula barang-barang tersebut. 



setelah selesai, akan ada sedikit taklimat sebelum memasuki hutan Taman Negara. pegawai Taman Negara menasihatkan agar sampai ke Kem Kor sebelum jam 6 petang. aktiviti pendakian tidak digalakan selepas 6 petang.



langit begitu cerah sekali. 



setelah mendaftarkan diri di pejabat Taman Negara, kami kemudiannya dibawa ke enterance Rentis Gunung Tahan dengan menaiki 4 wheel. Dekat Rentis Gunung Tahan ni la ada Kelah Sanctuary, Kuala Juram. Tapi kami tak pi la jenguk. Takat nak mempersiapkan diri mental dan fizikal sebelum masuk ke dalam track ke Gunung Tahan. 



bergambar didepan pintu sebagai kenangan. First day memang muka ada senyum. Pakaian pun kemas. 





tempat utama yang dituju adalah Kem Kor. Adalah 4 batang sungai yang lebar kena cross, tak termasuk anak-anak sungai. First day ni kira banyak air. Paras air ada yang takat buku lali, takat betis, takat pinggang pun ada. Sis redho je seluar basah sampai pingang 😂


Lebih kurang 3 jam perjalanan, sampai la kita dekat check point iaitu Kuala Luis untuk berehat dan lunch. Kemudian teruskan perjalanan ke check point seterusnya iaitu Lata Luis. Fuhhh, bentuk muka bumi trek dia aku memang taknak cerita. Haha. Dari Kuala Luis ke Lata Luis jarak dia 6km. Rehat jap amik nafas, nak terkucil, nak sapkok (mostly geng lelaki yang sapkok) baru teruskan perjalanan 2.5km ke Kem Kor. 


Oh ye, sepanjang perjalanan ni adalah aku kena tegur dengan guide sebab cara aku jalan salah. Yee aku tahu yang aku ni noob tak pernah hiking bawa load, apatah lagi tidur dalam hutan. Lol, sis sentap ye masa kena tegur. Sebelum ni hiking bantai la macam mana pun okay je. Hahaha. Lagi-lagi bila kau tak cukup training. Tengok hari terakhir kisah dia macam mana. 



Dalam 6 lebih sampai la ke Kem Kor, tapi ada geng yang dah sampai dulu. Tu pun sampai lambat tempat pun tarak sebab berebut tapak dengan group lain. Geng lelaki masak dulu, geng perempuan mandi dulu. Waktu tu angin sejuk mulai menerpa wajah. Menunjukkan tanda-tanda hujan bakal menjelma. Fuhh air sungai dia kemain sejuk. Tersangat la sejuk hingga ke tulang belulang. Selesai mandi dan solat, geng perempuan pula mengantikan diri untuk membuat persediaan makan malam. Geng lelaki pula membersihkan diri serta solat. 



Magrib mula bertandang, kami pun makan malam serta berdiskusi. Yang lawaknya, guide cakap ni first time dia bawa group sembang benda ilmiah. Masa ni la kami masing-masing taaruf sesama sendiri. Background dari mana etc, sampaikan aku kena paksa explain Park and Amenity tu apa. Haha. Waktu dinner, masa tu la tetiba hujan mulai turun. Mula dahh sejuk dia tak boleh bawa bincang. Lepas hujan mula reda, baru la geng perempuan membasuh pinggan mangkuk periuk serta perkakas lain. Gelap sangat! Dengan aku takda headlamp, adehh. Lepas solat jamak magrib dan ishak, aku terus bersiap-siap untuk tidur. Ada yang masih berjaga untuk bersembang. Aku amik keputusan untuk tidur awal agar bertenaga pada keesokkan harinya. 




MyLittleNote :: lama juga nak produce entry ni. Hahahaha, sebab cerita perjalanan aku agak-agak lupa sebab benda tu dah setahun yang berlalu. So aku kena recall balik base on highlight instagram stories member which is one of line up masa hiking Gunung Tahan sesama. So ya, aku akan continue second and third and last day untuk next entry. Jyaa mata ne!  Oh btw, sorry ya kalau aku ada ter-drop komen guna akaun lain 😂

Wednesday, May 5, 2021

First Product from Apple: Ipad 8th Generation

Assalamualaikum,


aku dah lama usha sejenis teknologi bernama tablet ni. dah lama juga pendam dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk membeli dengan duit sendiri setelah rasa selesa dengan penggunaan Samsung Tab A kepunyaan kakak (literally right now, I forgot the model. goshh!) sebelum tu, aku survey juga sama ada mahu membeli brand Samsung atau Apple. tanya member, tanya abang Godek (he is pro with the technology items) dan mereka semua menggalakan untuk membeli brand Apple sedangkan mereka tahu aku pengguna Samsung yang setia - aku pakai Samsung sejak lepas SPM sampai la sekarang. tu pun masih tergila-gila terutama sekali dengan Samsung Galaxy Z Flip gara-gara Ko Moon-Young dalam kdrama It's Okay to Not Be Okay dengan Noh Ae-Jung dalam kdrama What is Love? 😂




Pros and Cons: aku memilih Samsung Galaxy Tab S6 dari brand Samsung manakala dari brand Apple aku memilih Ipad 8th Generation (nak beli Ipad Air takda bajet even beli dengan education price 😭) Pros Samsung ni senang connected dengan phone sendiri memandangkan sekarang aku menggunakan Samsung Galaxy A71 - baru beli tahun lepas dengan menggantikan Samsung Galaxy Grand Prime yang aku pakai sejak 2015. selain tu, harga juga jauh lebih murah berbanding Ipad 8th Gen walaupun dengan GB yang sama. S pen sudah tersedia didalam kotak, manakala Apple Pencil kena beli berasingan. Cons, aku tak tahu nak cari salah apa dengan Samsung memandangkan dah jadi pengguna yang setia. tetapi, mengikut pendapat kawanku, Apple mempunyai apps yang jauh lebih banyak berbanding Samsung yang menggunakan android contohnya Goodnotes dan Procreate. 


banyak juga tengok review dari youtuber pakar-pakar teknologi ni. kebanyakkan memilih Samsung Tab berbanding Ipad. bila diikutkan dengan artist which designer atau pelukis-pelukis digital, majoriti menggunakan Ipad. mungkin disebabkan Procreate (?) yaa, Procreate apps yang mudah untuk melukis dan Goodnotes membuat nota yang cute dan kemas. boleh juga buat journal. sekarang ni pun aku sudah mulai membiasakan diri dengan menggunakan produk-produk dari Apple. aku sendiri ada phone back up iaitu Iphone SE yang lama punya tu 😂 (kakchik dengan Aki bagi pinjam) serta aku bekerja sebagai graphic designer yang telah dibekalkan iMac oleh company tempat aku bekerja (mula-mula menggunakan iMac sumpah rasa janggal. sebelum ni pernah la guna MacBook zaman bila ntah. sampai menyumpah-nyumpah taktahu guna. haha. lama-lama biasa juga guna iMac. serius sedap bila buat design. kadang tu payah bila guna keyboard. keyboard juga berbeza kedudukannya. 


tu yang orang cakap, mostly buat design or edit gambar atau video memang senang pakai iMac ni. tapi iMac tak sesuai untuk gamers sebab iMac ni tak mampu nak tanggung memori-memori besar sesuatu game. (betul kan? kalau salah info bagi tahu. hehe) 


oh yee. keputusannya aku memilih Ipad 8th Generation. mula-mula ingat nak beli walk-in je dekat Machine. rupa-rupa takda stock. terpaksalah beli online. tu pun tunggu hampir sebulan! sambil tunggu sambil tengok video unboxing orang lain. and mostly orang pakai Ipad Air. ah sudah! aku takut berbolak balik hati ini. yela, mana tahu tetiba Ipad Air lagi indah dipandangan mata berbanding Ipad 8th Gen serta masa tu dah mampu memiliki Ipad Pro. tibehh. nak jual pun tak boleh sebab aku dah buat engraving nama sendiri. LOL


inshaAllah dalam masa beberapa hari lagi Ipad yang ditunggu-tunggu bakal sampai. ingat nak jadikan hadiah diri sendiri semperna ulangtahun kelahiran. siap cakap dengan kakak serta kawan-kawan - jangan belikan aku apa-apa sebab dah dapat hadiah paling mahal. hoho. masalahnya beli waktu birthday ingat sampai esok, sekali sebulan :') jadi la hadiah hari raya. kita ada Ipad raya. gitu~


InshaAllah, seketul Hanamiko Sakura akan bakal berkarya semula. rindu nak buat digital doodle, digital arts and seangkatan dengannya. rindu juga nak lukis-lukis anime. ahh! lepas ni boleh fokus study hiragana, katakana serta hangul. haaaa bab hangul ni. hmmm


dan terakhir sekali, dengan penggunaan tablet. akan berkurang lah penggunaan kertas dan plastik. inshaAllah. save environment and save the earth! 🌎🌏


MyLittleNote:: Khal ada cakap dekat aku. "kau tak menyesal ke nak stab back Samsung?" ahh sudah! jya mata ne!

Monday, April 19, 2021

Salam Ramadan 2021

Assalamualaikum,


sudah sekian lama tidak mengarang apa-apa cerita didalam blog ini. tujuan pengeposan harini adalah untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat diri ini yang akan dibaca orang diri ini juga bila berusia 20 tahun akan datang. mungkin juga buat cucu cicit, kawan-kawan terdekat bila mereka menemui blog ini. selain itu juga saya ingin mengucapkan selamat berpuasa buat kawan-kawan alam maya. kawan-kawan pembaca blog Hanamiko Sakura yang baru mahupun yang lama (saya pasti yang paling lama dan legend mungkin sudah tidak aktif berblog lagi)




didoakan juga supaya kita semua dapat menjalani kehidupan yang normal seperti selalu. bebas melihat wajah manusia tanpa mask. juga bebas bergerak kemana saja tanpa memohon permit untuk merentas. juga dapat terbang ke mana-mana negara yang disukai. juga dapat mengenali kawan-kawan dan kenalan baru dari negara lain. 


akhir kata, selamat berbuka. saya pasti video resepi masakan Khairul Aming sudah diupload sebentar tadi (masa menaip dalam pukul 12:44) 


MyLittleNote:: korang berbuka apa harini? hehe Jya mata!