Thursday, March 17, 2022

Hiking 2020 #1: Gunung Tahan via Merapoh - Merapoh (Day 2)


بسم الله الرحمن الرحيم


22 Februari 2020 | Sabtu

pagi-pagi lagi hujan turun. aku pun tak sedar sejak bila hujan turun. menurut rakan sependakian, tempat tidur dia habis basah termasuk sleeping bag kepunyaannya. kebetulan aku tidur dibahagian tengah, memang tak merasa kebasahan itu. dalam keadaan hujan sebegitu, kami telah diberi arahan oleh guide untuk bergerak sekitar jam 8 pagi. cuaca begitu sejuk sekali menyebabkan masing-masing berat untuk bergerak. nak taknak terpaksa juga bergerak dalam cuaca hujan sebegitu. walaupun tak lebat tetap meneruskan perjalanan. asalnya bergerak bila hujan mula reda, jam 10 pun hujan tak reda. memang kami redah saja la 😂 juga terpaksa meredah sungai  yang arusnya deras. mujur tidak berapa deras dan melintasinya menggunakan tali yang ada. 


destinasi utama seterusnya ialah ke Kem Botak untuk bermalam. check point pertama setelah bergerak dari Kem Kor adalah Kem Permatang lebih kurang 2.5km. walaupun jaraknya pendek, trek memang tak boleh bawa bincang. tersangat la pacak dengan bawa bebanan yang agak berat (sebenarnya aku sendiri tak tahu berapa berat bebaban yang aku tanggung). berehat sebentar minum air sikit serta mencari kekuatan fizikal terutama sekali mental.


emoji senyum tak ikhlas sebab mood dah kelaut dan lencun. dah la hujan, basah, sejuk pulak tu 😫


kemudian meneruskan perjalaann ke Kem Kubang, check point untuk berkumpul dan menikmati makan tengah hari. makanan tengah hari disediakan di Kem Kor sebelum bertolak. dekat Kem Kubang ni ketinggian dah mencecah 1406m. sikit lagi nak sampai.. 


masing-masing lencun. tengok suasana sekitar yang dipenuhi dengan kabus dah boleh agak sejuknya bagaimana.


lepas makan tengah hari, teruskan perjalanan ke Kem Berlumut. walaupun Kem Berlumut ni bukan check point untuk berehat, tapi buat sekadar kita ni dah sampai mana. trek Berlumut ni buat mental aku betul-betul koyak orang cakap. trek yang pacak aku boleh hadap lagi. ni trek berlumut walaupun mendatar buat aku hampir putus asa. laluan yang berselut, kasut tak rupa dengan kasut. yang membuatkan perjalanan kita bertambah berat. Maha Suci Allah, dekat atas gunung pun ada laluan berlumpur dan berlumut macam membajak tanah gambut. siap ada pucuk pakis pulak tu. 


masa ni aku dah mula sendu. walaupun tinggal aku sorang kebelakang ditemani dengan guide. serius, aku la paling lambat antara line up semua. sumpah rasa nak putus asa. dengan kawasan Kem Berlumut ni buat aku terkenang pada seseorang.


menurut guide, trek berlumut ni memang sentiasa berlecah begini. kecuali waktu musim panas. mungkin trek kering? sebenarnya tak putus asa pun. aku tetap meneruskan perjalanan. walaupun lambat, aku yakin akan sampai jua. tapi tak seronok sebab aku terlalu fokus dengan pendakian. orang lain dapat menikmati view yang cantik. aku hanya mampu merenung trek dan fokus pada stamina diri sendiri. guide pesan, ikut pace sendiri dan jangan kejar orang hadapan. 


sewaktu berkumpul di Kem Kubang, kami dinasihatkan oleh guide untuk berkumpul kembali di Kem Bonzai. sebenarnya perjalanan aku dari Kem Berlumut ke Kem Bonzai, otot pangkal peha aku agak tengang. sepanjang perjalanan kaki aku kerap cramp. tu pun kena paksa telan ubat serbuk untuk kaki cramp tapi rasanya tersangat la masin 😐 orang yang menemani aku memaksa aku untuk berjalan sebab aku dah terlampau amik masa. ahli lain magrib dekat Kem Bonzai, aku pula magrib dalam perjalanan. memandangkan aku ni ahli yang lambat, maka aku sampai Kem Bonzai dalam keadaan gelap. cuaca di Kem Bonzai tersangat la sejuk dengan angin meniup agak kuat. pokok-pokok pun mulai renek dan tiada lagi pokok yang tinggi.


tak lama kemudian, yang lain mula gerak ke Kem Botak. risau tiada tempat untuk pasang khemah. aku pula dinasihatkan untuk berehat dan cuba untuk melawan ketegangan otot yang membuatkan aku tak mampu lagi untuk mengangkat kaki. masa tu aku dan kawan intern antara ahli yang lambat. maka kami berdua ditemani seorang ahli (dia ni kaki masuk hutan, tawan Gunung Tahan ntah berapa kali) yang memastikan kami benar-benar bersedia untuk meneruskan perjalanan ke Kem Botak. oh ye, kami ni dah jadi geng lambat sebab dia dah start injured disebabkan kaki cramp. kes macam aku asyik cramp 😭 setelah bersedia, kami meneruskan perjalanan. perjalanan ke Kem Botak ni bukan takat menguji mental dan fizikal. aku pun tak tahu la menguji apa. angin tersangattttt la kuat yang membolehkan kau bila-bila masa boleh tumbang. sudah la nak melawan arus angin, lapar pulak tu. nak terkucil satu hal. mujur trek tu ada air yang mengalir 😂


sampai je dekat Kem Botak, aku dah kekakuan termenung taktahu nak masuk dalam khemah macam mana. sejuk tak boleh bawa bincang. dari atas sampai bawah kejang dan basah. dengan hujan turun rintik-rintik. kemudian kami makan malam di dalam khemah ditemani cuaca yang sangat sejuk. mujur ada kopi panas yang dapat menghangatkan dingin malam. 


seterusnya, kita tunggu hari ke 3 untuk next entri 😅


MyLittleNote:: aku dah terpublish entri ni tau, tak habis edit lagi. tu yang terpaksa habiskan edit.. haha jya mata ne!!

Monday, March 14, 2022

Our Beloved Summer (Original Sound Track)

kdrama ni dah lama juga habis. hujung bulan Januari. disebabkan Original Sound Track dia memainkan peranan penting yang membuatkan drama ni buat aku tak boleh move on walaupun sekarang ni tengah layan drama lain. 


sebenarnya kan, aku ni dah lama tak layan kdrama. entah kenapa boleh layan kembali. mungkin drama-drama sekarang bukan cliché macam dulu lagi? lagi pun aku lebih kearah jdrama berbanding kdrama. kdrama ni slow sikit. jdrama tu berdesup zass tersangat la pantas. dulu aku minat betul dengan drama goblin. bila difikirkan balik, drama tu cliché, tapi rupanya OST dia yang memainkan peranan penting. 


Part 1: Drawer [10cm]


Part 2: Maybe if  [BIBI]


Part 3: Squabble [Ha Sung Woon]


Part 4: There for you [Kim Na Young]


Part 5: Christmas Tree [V]
disclaimer: peminat BTS memang akan minat la dengan lagu ni 😅


Part 6: Home [Janet Suhh]


Part 6: Why [Janet Suhh]


Part 7: The Giving Tree [Lee Seung Yoon]
disclaimer: buat-buat tak nampak la ye dengan thumbnail video ni 😅


Part 8: Summer Rain [Sam Kim]


Part 9: Even Now [Yang Yoseob]
disclaimer: mungkin peminat Highlight minat dengan lagu ni


Part 10: I Will Make You Happy [Jang Beom June]


Part 11: Our Beloved Summer [Kim Kyung Hee]


Part 11: Red String of Fate [Kim Kyung Hee]
disclaimer: aisyehhh, takda MV pulak


suka dengan Janet Suhh sejak dari OST It's Okay Not to Be Okay. drama ni boleh ditonton melalui netflix yang mempunyai 16 episod. standard episod drama korea. drama yang diadaptasi dari webtoon - sebenarnya webtoon still on going 😅


MyLittleNote:: kalau nak dengar secara spotify boleh la follow link ni. OST Our Beloved Summer (Spotify) Jya mata ne!!

Thursday, March 10, 2022

Home Surveillance Order

بسم الله الرحمن الرحيم

baru je update tentang kisah ringkas menjadi pesakit covid, tahu-tahu kakak dan satu family dia pula yang terkena jangkitan tu. aku pula dikategorikan sebagai contact rapat. sebabtu dikenakan home surveillance order. seminggu juga tak masuk office. kena work from home. sepanjang menjadi contact rapat, alhamdulillah tiada simptom seperti demam, batuk dan sebagainya. cuma nak pesan, booster pun salah satu ikhtiar untuk mengelakkan terkena jangkitan covid variance omicron ni. kakak dan abang ipar pula belum lagi amik booster. 


sebelum aku amik booster, aku takut jugak nak amik ni sebab terdengar kisah-kisah orang yang amik booster meninggal dunia. lepastu aku tertengok video Shazz Zainuddin yang dia pergi amik booster. kata-kata dia begitu menusuk hati aku sampai nak nangis. katanya, mati ni tak kira dimana saja, berapa umur. sakit apa. kematian tu rahsia Allah. jadi aku nekad untuk amik booster. 




jadi kalian yang belum lagi amik booster, pergi la amik. kita pun nak dekat fasa endemic ni. nak keluar negara tak? sampai boarder buka pun aku masih tak mampu nak travel luar negara. haha, so sad.


MyLittleNote:: duduk rumah ni semua drama korea yang ongoing pun aku dah habis tengok. ni pun merana nak tunggu next episod. HAHA, jyaa mata ne!

Saturday, March 5, 2022

I have been tested positive

بسم الله الرحمن الرحيم




10/7/2021
aku disahkan positif setelah mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif covid-19. aku beramai-ramai dengan adik beradik, bapa serta anak-anak buah membuat swab test, result keluar 3 hari kemudian. aku dan bapa disahkan positif manakala yang lain negatif. aku tak risau dengan diri sendiri, yang lebih merisaukan adalah bapa. bapa tu dalam kategori warga emas. syukur alhamdulillah, bapa tidak mempunyai simptom yang berat dan juga sudah lengkap dengan 2 dos vaksin. mula-mula bapa agak marah juga, dia siap tunjuk kad vaksin dia. "saya dah ada vaksin ni, macam mana boleh positif" sambil ketawa menunjukkan bapa sedang bergurau dengan pegawai yang bertugas. "sekurang-kurangnya peluang untuk duduk dekat hospital rendah pakcik" pegawai kkm pun balas dalam nada bergurau. 


tunggu turn buat PCR test (7/7/2021)


bapa dan aku masing-masing berkurung dalam bilik masing-masing. tetapi masih berwaspada dengan ahli keluarga yang lain. kuarintin dalam rumah papan ni susah, tandas cuma satu dan berkongsi. terpaksa keluar bilik dalam keadaan berselubung serta memakai mask. pada hari kedua setelah mendapat tahu kami positif, maka kami pun pergi ke CAC setelah mendapat panggilan dari pihak PKD. kebetulan masa tu hari pertama selangor buka CAC khas untuk daerah masing-masing. suasananya begitu meriah dengan orang-orang positif sampaikan orang awam mulai berada dalam keresahan dan kerisauan. 



ramai sangat orang. line beratur pun panjang sampai ke rumah-rumah orang lain.


disebabkan pembukaan CAC pada waktu tu hari pertama, suasana agak tidak terurus. kami datang pada awal pagi dan habis urusan pada lepas asar. dengan berlapar, tempat solat pun takda. terpaksa balik rumah qada' solat. aku dan bapa dapat masuk ke dewan jam 4 petang. urusan yang sangat cepat, yang amik masa mungkin sebab beratur. atau dengan warga asing yang tak berapa faham dan pandai dengan teknologi sekarang. aku kesian tengok warga asing yang terkebil-kebil tak berapa faham dengan bahasa melayu. merenung borang seolah-olah sedang menjawab exam. nak tolong pun aku tengah tolong bapa. maaf!


waktu ni orang dah makin berkurangan sebab dah petang.


sewaktu berjumpa dengan doktor, keadaan aku sihat sahaja. alhamdulillah. cuma doktor cakap bapa berkemungkinan akan dibawa ke MAEPS disebabkan bapa mempunyai masalah kesihatan. aku dah tak senang duduk dengan kata-kata doktor tu. cuma doktor cakap, tunggu saja sehingga mendapat panggilan dari pihak KKM. setelah urusan selesai di CAC, maka kami pun pulang serta menyambung semula sesi kuarintin kami. kebetulan, vaksin dos pertama makin hampir tarikhnya dan aku berharap agar diberi peluang untuk menerima vaksin ketika itu. 


17/7/2021
tamat juga akhirnya sesi kuarintin dalam keadaan yang tiada simptom. aku dan bapa pergi semula ke CAC. alhamdulillah, syukur sangat bapa masih belum dapat panggilan dan tidak dibawa ke MAEPS. sepatutnya potong gelang "emas" tu 16hb, tapi kami datang tengahhari dan CAC tutup 😢 terpaksa la tunda untuk keesokkan harinya. 


awal sangat tutup 😂


dapat line depan sebelum pintu CAC buka.

pagi-pagi datang, rupanya semasa kami beratur ada pegawai bertugas cakap, warga emas diberi que hadapan. aku dengan pantas panggil bapa dan kami pun beratur didepan pintu. selain orang tua, ada juga kanak-kanak dan bayi. sedih sangat 😢 


sebagai seorang covid fighter, aku tak sangka boleh dijangkiti virus ni. syukur alhamdulillah semuanya dalam keadaan yang baik-baik saja. cuma selepas post covid ni aku agak sukar melakukan kerja-kerja berat yang membuatkan diri sendiri cepat penat. selepas potong gelang ni, sepatutnya aku ada appointment vaksin, tapi malangnya bila aku sampai ke PPV, MySejahtera aku masih merah dan mereka tak terima. terpaksa la tunggu sehingga MySejahtera status jadi biru 😢 (alhamdulillah, sekarang dah dapat complete booster pun)


MyLittleNote:: sekarang virus omicron pulak, orang yang dah pernah positif pun boleh dijangkiti semula. cuak jugak.. jaga diri semua! kepada yang belum pernah dijangkiti, jaga diri elok-elok!! 💪 jya mata ne!!