Tuesday, July 1, 2025

Akhirnya! Saya Sudah Diagnosis

Konnichiwa minna-san!


Tak sangka betapa gigihnya aku untuk cuba memperbaiki diri sendiri. Cuba untuk memperbaiki kesihatan mental. Ingatkan episod kemurungan waktu ketika itu hujung tahun 2023 sudah berlalu. Rupanya ia tetap akan mengekori kita.


Lepas aku habis kontrak bekerja sebagai pembantu tatarias untuk drama astro, aku bekerja sambilan sebagai tukang jahit di sebuah gudang pakaian. Selama aku bekerja, tak terjangka perasaan tu datang kembali. Hampir setiap bulan! Emosi terganggu bila tibanya waktu datang bulan. Mula-mula ingatkan hanya hormon yang tidak berapa stabil memandangkan usia pun mencecah awal 30an. Tidak mustahil bukan? Aku cuba untuk sentiasa positif, tetapi aku tewas. Aku hampir untuk mengundur diri awal dari masa yang ditetapkan ketika bekerja sebagai pekerja sambilan. Mujur ketua bahagian kawalan kualiti memahami perasaan aku. Dia benarkan untuk aku mengambil cuti jika keadaan betul-betul membuatkan aku 'burnout'. Masalahnya aku bukan 'burnout'! I don't know why :(


Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk membuat ujian DASS secara atas talian. Sejujurnya aku perlukan bantuan! Aku sudah mula memikirkan perkara yang tidak-tidak. Bila fikirkan situasi itu membuatkan aku jadi 'anxiety'. Lalu tanpa aku ketahuhi, aku mengalami 'panic attack'. Aku hanya mengalami depresi, bukannya 'anxiety'. Kenapa begini? Aku jadi sukar tidur dalam keadaan bernafas yang tercungap-cungap. Ku perisa BPM di jam tangan, ianya menunjukkan diri ku dalam keadaan normal. Normal kah ini?


Entah kali berapa aku buat ujian DASS, akhirnya aku mengambil keputusan untuk membuat temu janji doktor di Klinik Mentari. Aku cuma menganggap, belum tentu dapat panggilan. 


Hari berganti hari, telepon bimbitku berdering. Aku hanya membiarkan dan menganggap ianya 'scammer' yang membuat panggilan. Entah mengapa, mood aku ketika itu memeriksa senarai panggilan di aplikasi True Caller. Salah satu senarai itu tertulis PSY - psikologi. Lantas aku memeriksa emel pula. Benar. Aku menerima temu janji yang ditetapkan oleh klinik mentari. Lama aku menatap kandungan emel tersebut. Tanpa ku sedari, aku mengalami 'panic attack' buat kali kedua. 


Minggu berganti minggu. Tiada angin, tiada ribut. Emosi aku tidak terkawal. Apa yang aku rasakan ketika itu, aku ingin menghilang. Sudah mula untuk mengurung diri di dalam bilik. Menangis. Itu normal ketika emosi terganggu. Tetapi waktu itu kucing ku perlukan diri ku. 'Tandas' mereka perlukan pasir. Nak tak nak terpaksa la aku bersiap dan keluar. Jika waktu itu aku abaikan kucing-kucing ku. Pasti episod depresi ku bertambah teruk. Kembali untuk mengurungkan diri. Tidur semahu-mahunya. Tiada selera makan. Lagi parah bila tiada daya untuk melakukan aktiviti lain. 


Sebelum bertemu doktor, emosi ku kembali stabil. Ketika itu juga 'anxiety' datang menyapa. Rasa mahu lari dan taknak berjumpa dengan doktor! Bagaimana kalau doktor kata aku cuma biasa-biasa saja? Bagaimana jika aku sebenarnya bukan sakit. Hanya mencari perhatian dari orang lain dan bukannya dari keluarga sendiri. Bermacam-macam terjadi dibenak fikiran ini. Dalam masa yang sama, tubuh badan ku hanya menurut kata hati walaupun fikiran berkecelaru. Menghidupkan enjin kereta lalu memandu dalam keadaan yang cukup tenang dipagi hari di mana manusia lain sedang bertungkus lumus untuk menjalankan hari baru mereka. 


Lama aku duduk di dalam kereta. Menenangkan perasaan dan fikiran. Aku whatsapp Khal mencari kekuatan. Lantas aku menggerakkan kaki menuju ke klinik. Aku ingin sihat! Aku harus sihat! Setelah mendaftar. Sesi psiologi bersama doktor walaupun perasaan waktu itu bercampur baur. Pelbagai tingkah laku dan perasaan terselah membuatkan waktu sesi aku berjalan terasa lama. Aku jadi panas punggung. Rasa tidak selesa bila duduk disitu dan perasaan ini diseksa. Bertubi-tubi soalan psiko yang membuatkan aku tidak keruan untuk menjawab. Akhirnya, aku didiagnosis - mengalami depressi, 'anxiety' juga 'low self-esteem'. Aku dibekalkan ubat dan diberi temu janji akan datang. Adakah aku akan mengikuti kata-kata doktor? Atau aku hanya hanyut duduk di dalam duniaku?


photo credit : pinterest


MyLittleNote:: ini pun banyak kali fikir nak post ke tidak. Jya mata ne!

8 comments:

thisni3za said...

Get well soon dear..Ofis sy dulu pun ada sorg akak ni ada panic attack...Tp kalau x control / tak belajar utk control susah jgk nk buat kerja...

Ujie Othman said...

Tahniah dik kerana berjaya beranikan diri jumpa doktor.

Tak ada orang lain yang boleh tolong, kecuali diri sendiri.
Kena teruskan rawatan tau, kuatkan semangat 💪🏼

Mznimnwr said...

pernah mengalami benda ni juga dulu. boleh dikatakan tiap2 minggu menangis je kerjanya. asyik rasa diri useless, rasa malas nak hidup sebab menyusahkan orang je. nak dekat 3 tahun makan ubat, cuma saya mild jelaa.

semoga cepat sembuh. this shall pass! cari circle yang baik, banyakkan beriadah dan buat benda2 yg happykan diri awak

nohas said...

Allahu..semoga baik2 keadaan mu sekarang ni...fight the depressing feeling, keep calm..

Aphizha said...

Teruskan melawan perasaan dan fikiran yang bukan-bukan tu. Awak kuat! Cari hobby yang awak suka, secara tak lansung dapat melupakan fikiran kelaut tu.

Fanny Nila (dcatqueen.com) said...

baguuuus kak ... karena berani akhirnya untuk bertemu doktor... penyakit depresi dan anxiety ini bukan semua orang bisa mendiagnosis sendiri.. perlu bantuan ahli , sehingga mereka bisa tahu cara mengatasinya.. tak usah malu utk ke psikiater atau psikolog... penyakit mental itu nyata, dan memang harus diobati oleh ahlinya. semoga setelah ini kakak bisa sembuh seperti sediakala yaa.. :)

Suria Amanda said...

Awak kuat, awak boleh lawan...insyaallah...sihat seperti sediakala...ok?

Ana ML said...

You are strong nisa! I know u can overcome this. Love you my friend!