Sunday, July 6, 2025

Program Jangka Pendek 3L - Lifelong Learning

konnichiwa minna san!


program jangka pendek 3L atau lifelong learning ni program kemahiran jangka pendek yang ditawarkan oleh GiatMara yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai latihan yang ditawarkan oleh GiatMara. 


hari jumaat haritu (4 julai 2025) aku join program ni dengan modul jahit drawstring bag. drawstring bag yang kitorang jahit ni macam ala-ala beg bekal orang jepun. nanti kita tengok hasil dia macam mana. belajar 1 hari je memandangkan modul pun cuma satu ni. tak perlu nak ambil masa sampai seminggu ๐Ÿ˜‚


sila abaikan tarikh sebab tarikh tu ikut availability para peserta


mula-mula kita belajar teori dulu. cikgu akan terangkan ukuran dan bahan apa yang kita perlukan untuk jahit beg ni. kemudian kami akan dibahagikan 2 kumpulan untuk mengukur dan memotong kain. peserta yang mengikuti program ni sepatutnya 10 orang. tapi yang datang ni hanya 5 orang, selebihnya diorang datang pada hari selasa minggu depan (8 julai 2025).


kumpulan potong fabrik utama - menggunakan heavy cotton yang rupa dia dah macam canvas


kumpulan adik-adik potong lining - menggunakan kain cotton biasa


kali ni dikira sesi praktial setelah teori. setelah memotong kain, cikgu akan tunjuk satu persatu langkah untuk menjahit beg ni. jangan risau, cikgu akan ajar sampai la kita faham dan tahu macam mana nak buat. 


adik ni rajin betul menggosok kain ๐Ÿ˜†


yang duduk depan mesin jahit tu cikgu


masa ni aku dah pening asyik tukar-tukar mesin ๐Ÿ˜…


disebabkan aku orang pertama yang siap dulu, aku tolong orang lain yang masih terkapai-kapai. dulu masa belajar menjahit memang aku yang selalu tolong cikgu ajar orang lain. bukan nak berlagak, tapi tu cara kita nak ingat balik langkah-langkah yang kita dah buat. manusia ni kadang selalu cepat lupa. 


semua peserta berjaya siapkan dan tunjuk hasil kerja masing-masing


tadaaaa.. ni la rupa beg tu secara detail


program jangka pendek 3L ni bukan saja tawarkan modul menjahit saja. baru-baru ni GiatMara Kuala Lumpur ada juga menawarkan modul-modul lain selain menjahit. haritu tengok dekat sosial media thread pun ramai juga yang berminat dengan program ni. limit 1 modul 10 peserta saja. 


tak sia-sia belajar kemahiran ni. sama macam subjek yang kita belajar dulu - kemahiran hidup bersepadu. subjek kegemaranku ๐Ÿ˜‚


MyLittleNote:: balik dari program ni aku terus demam. lahhh. haha jya mata ne!

24 comments:

Mznimnwr said...

so cuteee! kain pun pihak sana sediakan ye? kita datang memang bawak diri jela kan?
haritu ada baca blog cuya join giatmara ni jugak, dia ambil kelas memasak. berbaloi sungguh belajar free, ilmu kemahiran pun dapat

adnil linda said...

Berbaloi kalau dapat join bengkel cmnie .untung2 boleh jana pendapatan

Hanamiko Sakura said...

betul. sebab tu harga rm25 ๐Ÿ˜‚ cikgu kata sebab guna fabrik mahal.. datang bawa diri pun tak juga.. kena bawa alatan menjahit sendiri mcm gunting, tali tape.. giatmara tu macam2 skills diorang ada boleh kita belajar..

Hanamiko Sakura said...

memang tujuan giatmara nak tingkatkan kemahiran untuk jana pendapatan..

Aphizha said...

Bagus giat mara ada buat program macam ni kan. Seronok juga hadir kelas menjahit. Dapat ilmu menjahit. Lepas tu boleh juga tambah pendapatan.

Kakmim said...

bestnya modul buat beg ni, ilmu dpt beg pun dapat, kalau dipraktik ni mst boleh jual kan

Ezna Khalili said...

Menarik juga join ni. Macam ada nampak Giat Mara berdekatan rumah.

Ujie Othman said...

Wahh…cantik hasilnya ๐Ÿ‘๐Ÿฝ
Ni kalau akak join, mau jadi paling corot siapkan. Itu pun kalau siap laa ๐Ÿคฃ

anamizu said...

wahh ini face to face.. kami pulak collab dgn Giatmara kelas jahit & masak secara online hehe.. cantiknya beg tu dah siap!

NA said...

Nampak beg yang dipaparkan peserta macam lain-lain saiz.

Hanamiko Sakura said...

betul tu. zaman sekarang susah nak cari kerja, kena create peluang pekerjaan pula sekarang ni..

Hanamiko Sakura said...

ilmu-ilmu yang kami dapat disini semua boleh dipraktik untuk jualan. cuma rajin tak rajin je nak buat business ni

Hanamiko Sakura said...

kadang giatmara berdekatan tak semua course yang ada.. macam giatmara kuala selangor cuma ada jahitan pakaian wanita.. dulu ada teknologi fotografer

Hanamiko Sakura said...

takpa kak, nama pun belajar. cikgu memang sabar dan melayan kita untuk menjahit satu persatu sampai la jadi walaupun tak siap ๐Ÿ˜‚

Hanamiko Sakura said...

ohh ada juga ya online? tapi tu la online pun nampak susah sebab benda ni kena praktikal.. bukan teori saja..

Hanamiko Sakura said...

mungkin cara kami pegang nampak berbeza saiz dia.. tapi kalau ketara sangat tu, biasa la.. mesti ada jahit salah tu ๐Ÿ˜‚

Fanny Nila (dcatqueen.com) said...

baguuuuus hasilnya kak ^o^... bisa juga nih untuk simpan kosmetik atau skincare saat traveling. tapi bagi yg belum bisa pakai mesin jahit samasekali akan diajarkan juga ya? saya nih pernah coba pakai mesin jahit punya mama, tak pandai betul hahahahaha... tak bisa lurus. dan rapat ;p

Etuza said...

Salam singgah..follow dulu blog ni ya..

Suria Amanda said...

Cantik dan cute la bag tu..bagusnya ada kemahiran macam ni...x yah beli dah..buat aje..boleh buat side income gak ni

dear anies said...

menarik ni! kalau ada yg masak2 pm laa sy. bab2 menjahit ni sy ke laut sikit hahahha

Warisan Petani said...

Cantik begnyer
Boleh buat pegi pasar raya isi barang belian

Acenana said...

heeee rajinnya hiking. Saya suka tengok view gunung dan pemandangan semula jadi ni. Tapi, dia punya seksa nak sampaikan ke atas tu hanya tuhan je yang tahu.

Acenana said...

Comelnya kejadian bag tu. Kalau saya yang buat tu taktau lah apa rupa lah ye XD

Leeya Hezlin said...

Comelnya kejadian beg dia tu..