konnichiwa minna san!
program jangka pendek 3L atau lifelong learning ni program kemahiran jangka pendek yang ditawarkan oleh GiatMara yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai latihan yang ditawarkan oleh GiatMara.
hari jumaat haritu (4 julai 2025) aku join program ni dengan modul jahit drawstring bag. drawstring bag yang kitorang jahit ni macam ala-ala beg bekal orang jepun. nanti kita tengok hasil dia macam mana. belajar 1 hari je memandangkan modul pun cuma satu ni. tak perlu nak ambil masa sampai seminggu ๐
![]() |
| sila abaikan tarikh sebab tarikh tu ikut availability para peserta |
mula-mula kita belajar teori dulu. cikgu akan terangkan ukuran dan bahan apa yang kita perlukan untuk jahit beg ni. kemudian kami akan dibahagikan 2 kumpulan untuk mengukur dan memotong kain. peserta yang mengikuti program ni sepatutnya 10 orang. tapi yang datang ni hanya 5 orang, selebihnya diorang datang pada hari selasa minggu depan (8 julai 2025).
![]() |
| kumpulan potong fabrik utama - menggunakan heavy cotton yang rupa dia dah macam canvas |
![]() |
| kumpulan adik-adik potong lining - menggunakan kain cotton biasa |
kali ni dikira sesi praktial setelah teori. setelah memotong kain, cikgu akan tunjuk satu persatu langkah untuk menjahit beg ni. jangan risau, cikgu akan ajar sampai la kita faham dan tahu macam mana nak buat.
![]() |
| adik ni rajin betul menggosok kain ๐ |
![]() |
| yang duduk depan mesin jahit tu cikgu |
![]() |
| masa ni aku dah pening asyik tukar-tukar mesin ๐ |
disebabkan aku orang pertama yang siap dulu, aku tolong orang lain yang masih terkapai-kapai. dulu masa belajar menjahit memang aku yang selalu tolong cikgu ajar orang lain. bukan nak berlagak, tapi tu cara kita nak ingat balik langkah-langkah yang kita dah buat. manusia ni kadang selalu cepat lupa.
![]() |
| semua peserta berjaya siapkan dan tunjuk hasil kerja masing-masing |
![]() |
| tadaaaa.. ni la rupa beg tu secara detail |
program jangka pendek 3L ni bukan saja tawarkan modul menjahit saja. baru-baru ni GiatMara Kuala Lumpur ada juga menawarkan modul-modul lain selain menjahit. haritu tengok dekat sosial media thread pun ramai juga yang berminat dengan program ni. limit 1 modul 10 peserta saja.
tak sia-sia belajar kemahiran ni. sama macam subjek yang kita belajar dulu - kemahiran hidup bersepadu. subjek kegemaranku ๐
MyLittleNote:: balik dari program ni aku terus demam. lahhh. haha jya mata ne!








24 comments:
so cuteee! kain pun pihak sana sediakan ye? kita datang memang bawak diri jela kan?
haritu ada baca blog cuya join giatmara ni jugak, dia ambil kelas memasak. berbaloi sungguh belajar free, ilmu kemahiran pun dapat
Berbaloi kalau dapat join bengkel cmnie .untung2 boleh jana pendapatan
betul. sebab tu harga rm25 ๐ cikgu kata sebab guna fabrik mahal.. datang bawa diri pun tak juga.. kena bawa alatan menjahit sendiri mcm gunting, tali tape.. giatmara tu macam2 skills diorang ada boleh kita belajar..
memang tujuan giatmara nak tingkatkan kemahiran untuk jana pendapatan..
Bagus giat mara ada buat program macam ni kan. Seronok juga hadir kelas menjahit. Dapat ilmu menjahit. Lepas tu boleh juga tambah pendapatan.
bestnya modul buat beg ni, ilmu dpt beg pun dapat, kalau dipraktik ni mst boleh jual kan
Menarik juga join ni. Macam ada nampak Giat Mara berdekatan rumah.
Wahh…cantik hasilnya ๐๐ฝ
Ni kalau akak join, mau jadi paling corot siapkan. Itu pun kalau siap laa ๐คฃ
wahh ini face to face.. kami pulak collab dgn Giatmara kelas jahit & masak secara online hehe.. cantiknya beg tu dah siap!
Nampak beg yang dipaparkan peserta macam lain-lain saiz.
betul tu. zaman sekarang susah nak cari kerja, kena create peluang pekerjaan pula sekarang ni..
ilmu-ilmu yang kami dapat disini semua boleh dipraktik untuk jualan. cuma rajin tak rajin je nak buat business ni
kadang giatmara berdekatan tak semua course yang ada.. macam giatmara kuala selangor cuma ada jahitan pakaian wanita.. dulu ada teknologi fotografer
takpa kak, nama pun belajar. cikgu memang sabar dan melayan kita untuk menjahit satu persatu sampai la jadi walaupun tak siap ๐
ohh ada juga ya online? tapi tu la online pun nampak susah sebab benda ni kena praktikal.. bukan teori saja..
mungkin cara kami pegang nampak berbeza saiz dia.. tapi kalau ketara sangat tu, biasa la.. mesti ada jahit salah tu ๐
baguuuuus hasilnya kak ^o^... bisa juga nih untuk simpan kosmetik atau skincare saat traveling. tapi bagi yg belum bisa pakai mesin jahit samasekali akan diajarkan juga ya? saya nih pernah coba pakai mesin jahit punya mama, tak pandai betul hahahahaha... tak bisa lurus. dan rapat ;p
Salam singgah..follow dulu blog ni ya..
Cantik dan cute la bag tu..bagusnya ada kemahiran macam ni...x yah beli dah..buat aje..boleh buat side income gak ni
menarik ni! kalau ada yg masak2 pm laa sy. bab2 menjahit ni sy ke laut sikit hahahha
Cantik begnyer
Boleh buat pegi pasar raya isi barang belian
heeee rajinnya hiking. Saya suka tengok view gunung dan pemandangan semula jadi ni. Tapi, dia punya seksa nak sampaikan ke atas tu hanya tuhan je yang tahu.
Comelnya kejadian bag tu. Kalau saya yang buat tu taktau lah apa rupa lah ye XD
Comelnya kejadian beg dia tu..
Post a Comment